Jom join contest raya pertama terompahcaring !

Telah lama menyepikan dari join contest (selalunya join GA and segmen je). So, rasa cam nak support terompahcaring dengan menjoinkan diri dalam contest pertamanya. Kita buat checklist dulu..senang, takut2 ada yg teringgal kan..



Step1

Copy gambar terompah caring ni, dan letak pada entry masing-masing. (done)


Step 2.

Buat satu entry dengan sambung ayat ini ”Hari raya kali ni best kerana…”(ikut suka nak berapa patah) atau (boleh pilih nak buat mana satu)
Buat satu entry dengan sambung ayat ini “Hari raya kali ni tak best kerana…”(ikut suka nak berapa patah) (done)

Miss pilih pilihan yang pertama. Hari raya kali ni best kerana…


Tahun ini beraya,
Happy x terkata,
Full month bersama,
Dengan keluarga tercinta.

Beli baju raya dengan gangster,
Pegi pulak naik van mak salmah,
Empat bulan bercuti semester,
Sebulan ber 'Ramadhan' di rumah.

Masa berblogwalking jumpa ini,
Topup diberi dari kualiti entri,
Harap dapat duit raya lagi,
Dari yang empunya contest ni.
hehe


Step 3.

Tag pada 2 orang blogger lain.



Step 4.

Post link entry yang dah dibuat tu dekat bahagian komen. (done)







P/S : done...nk lapor diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 

Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012

Join cabutan bertuah la pulak




Miss nak tag...


Dah siap..wahhh, pendeknya entry, harap owner cabutan bertuah terima. 

Bersedia untuk lapor diri...(kalu korang nk join klik je banner kat atas tu ye, ikutlah arahan2 yang diberi)

Video Gempak Karya Anak Tempatan

Nak cerita panjang pun x guna. Korang layan dulu video ni.


Amacam? Best?..huhu, nk cry kuat2 la. Ni adalah official video dari kumpulan MAX 24.7 yang bertajuk 'Cinta 247'. Karya anak tempatan... Kita tengok..apa yang best and apa yang x best..


Yang Best
  • Kualiti video ok, kita clear lah ni
  • Pakaian ok lah
  • Jalan cerita video ni pun oklah

Yang x best
  • Dance hancur (huduh)
  • Jalan cerita ni macam dh byk kali tgk kat vid2 lain
  • Lagu terabur

Cuba kita bandingkan dengan MV terbaru dari Super Junior.."Mr Simple"



Yang best
  • Of course lagu dia
  • Dance kaw-kaw punya
  • Heechul yang macam ensem sikit (selalunya dia control ayu..kui2)
  • Semua lah best..haha

Mungkin ada sesetengah orang akan cakap yang kumpulan Max 24.7 ni baru lagi. Terlalu jauh nk dibandingkan dengan kumpulan Super Junior ibarat langit dan bumi. Ok fine, kita tengok pulak video klip pertama kumpulan Suju 'U' yang dihasilkan lebih kurang 6 tahun yang lepas.




Tak kan x leyh buat lebih kurang ataupun lebih baik dari video klip yang dihasilkan pada 6 tahun yang lepas kot. Hurmm.. kesimpulannya, max 24.7 kena berusaha dengan lebih gigih lagi dan memerlukan tenaga pengajar tarian yang superb untuk jadi bintang pop Malaysia. **tarian tu yang miss x puas hati gila, hancur tahap gaban..baik bagi adik miss y darjah 2 tu menari. Lagu x kisah sgt..Asal melodi good, boleh je layan

Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE.

Miss tertarik nak join segmen lagi..so, kita boleh isytiharkan bulan August adalah bulan bersegmen. Chewahh, kenapa Miss join segmen ni?? Hah...sebab

Tujuan utama segmen ni diadakan: 

" Untuk bagi peluang kepada semua blogger yang nak tarik pembaca baru datang ke blog masing-masing dan juga kepada mereka² yang nak ber-blogwalking dengan lebih efisien dan dapat promote blog korang secara percuma, korang mungkin berpeluang mendapat pembaca setia & menambah lebih ramai follower. Tapi semua tu bergantunglah pada kekuatan blog korang" - kata2 yg dipetik dari owner segmen


Camne nak join? Korang hanya perlu baca & ikut syarat² di bawah:

1. Kalau korang berminat, bolehlah jadi follower Lighta Shadowee. Tapi itu pun kalau korang berminatlah, tiada paksaan sama sekali. (done)

2. Buat satu entri dengan tajuk Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE. (done)

3. Copy paste pic rasmi segmen ini, dan letakkan pada entri anda tadi. Make sure linkkan pic tersebut ke entri ini (http://lightshadow88.blogspot.com/2011/08/segmen-rekemen-blog-bersama-lighta.html). (done)




4. Letakkan dua (2) link entri yang paling best/menarik/lawak dari blog korang sendiri. Part ni sangat penting! Pilih dengan bijak, supaya pembaca yang datang akan terus jatuh cinta dengan blog korang lepas baca entri tersebut. Kalau diorang suka dengan entri tu, konfem² diorang akan follow & keep updated dengan blog korang. InsyaAllah. (done)



5. Kalau korang rajin & bermurah hati, bolehlah tag rakan-rakan yang lain. Lagi ramai, lagi meriah kan? (done)



6. Lastly, tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini. Siap! (done)

**Tarikh tutup belum ditentukan lagi, bergantung pada penyertaan. Kalau ramai yang berminat, penulis akan panjangkan tempoh segmen ni.





psssst: Miss nk lapor diri..

Simpan Teddy Bear umpama simpan berhala?

Entry kali ni Miss copy and paste...wahh gitu. Miss dah pandai curik karya orang lain tau..hehe. Memain je, Actually Miss sangat tersedak baca  entry ni dari blog Adam Fikri. So, Miss mintak kebenaran dari Adam untuk dipublishkan ke entry Miss. Adam dah pun bersetuju dengan hal ni. Entry yang akan korang baca dicopy sabijik2 dari artikel yang asal tanpa ada sedikit olahan pun dari Miss. Then, Miss harap perkongsian ini memberi manfaat kita bersama.





Terkejut tak dengan tajuk entry ni? haha.. adam bukan buat2 cerita taw. ni adam sendiri yang tanya pada ustaz adam dan dia terangkan dah secara detail. biar adam kongsikan pada korang tentang apa yang ustaz adam cakapkan..

korang ada teddy bear tak? mesti ada kan. kebanyakkan yang ada teddy bear tu adalah golongan perempuan. kalau lelaki ada teddy bear tu memang lain macam dah la tu. muka ganas je tapi ada teddy bear. tak ke pelik kan..

ok, back to topik, ustaz adam kat kolej cakap lah kan, jika kita ada simpan teddy bear, ianya umpama kita menyimpan berhala. korang tahukan apa hukumnya sembah berhala kan? haram right? so, kalau dah sembah pun haram inikan pula menyimpan kan? jika teddy bear yang kita simpan tetapi tiada budak kecil yang bermain dengan teddy bear itu, ia dikira haram..

satu lagi, tentang trofi2 yang kita menang dari tak kira apa jenis pertandingan pun,itu juga dikira haram selagi trofi itu menyerupai benda hidup (contoh gambar di bawah)



senang cakap, selagi sesuatu patung itu menyerupai benda hidup (ukiran berdasarkan benda bernyawa macam orang berlari, berenang dll) ia di kira haram untuk menyimpannya.

patung benda bukan hidup boleh disimpan seperti patung tumbuhan, pokok2 dan lain2..

sebenarnya korang boleh untuk simpan trofi dan teddy bear tersebut, tetapi korang kena cacatkan, contoh trofi yang korang dapat yang nampak ukiran manusia, korang cacatkan bagi nmpak ukiran ptung mati (contoh cacatkan kepala trofi sebab manusia kalau tiada kepala akan mati). teddy bear pun sama.

adam pun terkejut bila di cakapkan pasal ini, tapi hukum tetap hukum. so, korang boleh rujuk kepada ustaz korang. sebarang kesilapan adam dalam entry ini sila la tegur...

 kongsikan pada yang lain (jangan lupa kreditkan ok) ^^



Ok, dah siap baca? Apa pandangan korang? cuba share2 sikit. Then, Blog Adam ni banyak sangat informasi yang berguna. Kalau berminat, klik link kat bawah ni ye. 


SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah

Owh, sebenarnya jenis darah jugak boleh melambangkan personaliti. Cuba check kat bawah ni ( Miss amik dari blog dieylashaza.blogspot.com (Owner segmen =p)


Darah A [ Farmers ]
Mereka berdarah jenis ni memang seorang yang pemalu , 
bertimbang rasa , setia , tak pandai menipu , perahsia , 
sensitip , agak degil dan serius dalam hidup..


Darah B [ Hunters ]
Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu


Darah AB [ Humanists ]
Mereka pandai menguruskan kewangan , cool and steady,
ceria , bijak mengawal emosi.


Darah O [ Warriors ]
Outgoing , expressive , passionate , ada ciri pemimpin , 
self-confident , sifat cemburu kuat , setia , sabar


Syarat-syaratnya :

1. Follow blog nih [ takpaksa pon , nih if nak tau perkembangan je]
2. Buat satu entry khas dan letak tajuk :
SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah
3. Letak header kat bawah tu


4. Nyatakan jenis darah korang sama ada A , B , AB , O
[nak memudahkan aku buat ikut kump darah]
5. Like page kat fb [ nih pon takpaksa ]


Jawapannya adalah:
 
Darah B [ Hunters ]
"Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu"
 
psst: Bab pemalas tu memang diakui..kui2x . Satu lagi, Heechul punya jenis darah AB =p


SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Ok2..korang mesti cakap, banyaknya segmen Miss join kan. Yup,banyak...hari2 mesti ada segmen. Sebab?? Syarat dia mudah, x de perlu tag sana or tag sini. So, sesiapa yg nk Miss join, buatlah syarat2 yang mudah =P. hehe.

"Segmen ni saling tak tumpah macam kritik blog jugak. Macam entri pertanyaanlah dekat reader atau pengunjung, tanya dorang blog korang berat atau tak. Yelah, kalau nak pergi tanya satu-satu macam susah kan. Apakata kasi kumpul semua? Berminat? Silalah join. Hahaaa..
Tapi korang kena jujur. Kalau blog tu rasa berat, maklumkan kepada tuan punya blog. Kalau ramai kata blog korang berat, chill. Cari punca kenapa blog korang berat dan usaha baiki blog korang supaya mesra pengunjung." kata2 dari Tia (Jangan marah owner segmen,miss kreditkan kata2 itu kepada kamu)

Korang x nak tahu ke blog korang ni Berat ke x? Sebenarnya Miss jumpa banyak blog yang berat. Apa masalahnya kalu blog kita berat. Mestilah lambat loading, ada sekali miss pegi satu blog ni..bukan je loadingnya lambat tapi..netbook Miss jadi 'hang'. Panas je hati beb. Kena restart lappy balik. Apa lagi..jom lah join sama2..hehe


Syarat2nya:
  1. Buat satu entri. Masukkan banner kat atas ni. Jangan lupa linkkan banner terus ke sini.
  2. Tajuk entri "SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"
  3. Dah siap tinggalkan link entri di kotak komen.
  4. Tarikh tutup segmen AHAD 21/08/2011 pada jam 2 petang (24JAM)



Sesiapa yang rasa blog Miss berat..sila beritahu ye. Miss akan cuba buang apa2 widget yang memberatkan tu =). Untuk kesenangan bersama

Segmen angah ini blog jiwa jiwa - ertinya cinta pada anda



Kali ini kita bersegmen dari blog "Ini Blog Jiwa Jiwa". Actually lepas sahur tadi x de kerja nak buat. Sementara tunggu azan subuh. Miss terjumpa segmen ni. So, join je lah kan. Hehe, rasa berjiwang pulak sorang2.

" Cinta datang dari perasaan yang paling halus. Muncul secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang sangat relevan. Tetapi masa kita sedang jatuh cinta, kita tahu perasaan tu wujud jauh di sanubari. Walaubagaimanapun, cinta pada yang Abadi adalah lebih Suci "

Ok, siap. Owner segmen cakap cerita dengan ringkas dan padat. Miss pun bukan jenis orang yang jiwang. So, harap ownernya sudi2 lah menerima nukilan yang x seberapa ni ye =p

Owh ye, sesiapa yg berminat..kliklah kat header tu ye =)

Segmen C Ayob : Promosi Blog Secara Percuma!!!!

Sebelum tarikh tutup..Miss nak join segmen dari C Ayob. Hah.. promosi blog tau.. hehe, boleh la kenal2 blogger2 yang x femes cam Miss ni. Macam mana proses mempromosikan blog yang akan C Ayob buat. Cam gini..dia akan mempromosikan blog kita selama sebulan, sepanjang bulan puasa ni. 

 

" Maklumlah, ada antara blog korang ini....banyak follower tapi tak banyak orang view.....ada juga kurang follower...banyak orang view... "(kata2 yang dicopy paste dari owner segmen, jgn marah =p)

 

Promosi akan di buat seperti slideshow di blog C Ayob...mantopkan!!! 




Jadi, siapa-siapa nak...buat satu entri.... ( Syarat2nya )

1.    Letakkan Banner C`Ayob-Ilmu Asas Hidup (di atas tu)
2.    Tajuk : PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C`AYOB   dan linkkan ke entri ini....
3.    Siap ?? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini..;
Kalau nak follow blog ini...di persilakan :)
 
 

Segmen Zana : Salam Ramadhan

Kan..kan..Miss dah cakap, Miss tengah gila segmen sekarang (padahal x de entry nk tulis..boo). Berturut-turut Miss join. hehe, Kali ni segmen bertuah yang telah dipilih untuk miss join adalah “Segmen Zana : Salam Ramadhan“. Syarat2 dia boleh tahan banyak, tp bukan susah pun..bedal je labu. Kih2, jom kita stalk sama2 syarat2 dia.

Arm'z ajak komen blog aku!!

Assalammualaikum, nak join segmen lagi..



Sekarang Miss tengah gila segmen. So, sesiapa yg ada buat segmen, ajaklah Miss. Insya Allah, kalu x de aral memang Miss akan join. Hehe.

Syarat2

1. Stick image diatas dalam entry korang. Copy gambar tu yer.. (done)
2. Buat entry bertajuk : Arm'z ajak komen blog aku!! (done)
3. Dalam entry tu korang cita sikit pasal blog korang.(done)

Bismillah, blog Miss ni sebenarnya telah pun wujud sejak tahun 2009. Tapi, masa tu ilmu berblogging sangat tipis didada. Jadi, miss tinggalkan blog ni terbengkalai lebih kurang 2 tahun. Akhir tahun 2010, Miss telah pun tutup akaun FB atas beberapa sebab yang menyesakkan jiwa dan raga (perghh, alasan). Akhirnya Miss mengambil keputusan untuk memajukan semula blog ni awal tahun 2011. Dalam blog ni, miss ni ada pelbagai informasi. Maksudnya, bukan semata2 hal peribadi besesuaian dengan tagline yang akan Miss komersialkan iaitu "Bukan Sekadar peribadi, Banyak boleh dikongsi". 

4. Dah siap?? ok... antar url entry korang di ruangan komen entry ni. (done) 
5. Tag 2 atau lebih kawan.. Pastikan diaorang tahu. (done)

Miss Nak tag..

6. Jangan lupa!! Follow blog ni sekali.. Bukan apa nanti senang nak terjah balik. (done)






psst: checklist semua dh lengkap,boleh lapor diri.

    Siapa nak masuk bloglist blog LisaAfha, sila angkat tangan!!

    Hye, miss nk join bloglist la pulak. psst: orang x de kerja,dok rumah goyang kaki. Hehe (Miss la tu)



    Korang nak join x? tengok syarat2 kat bawah ni

    Syarat pertama:
    Tepek banner ni.aka. header blog lisa ni:). tajuk seperti tajuk entry ni. (done)

    Syarat kedua:
    Pastu cerita sikit pandangan korang tentang lisa, tentang blog lisa, bodek2 ke. haha (ringkas2 pun takpe) (done)

    Bagi pendapat Miss, blog Lisa ni kemas and tersusun. Menonjokan ciri feminin sebab warna pink. Hehe, cuma satu je. Kedudukan nuff Lisa bahagian sidebar x tepat lah yunk. Kena letak kat atas sekali. Nanti Lisa ubah ye =)

    Syarat ketiga:
    Letak blog lisa dalam bloglist korang jugak. (kalau sudi):P... Miss x de bloglist lagi, nanti kalu dah ada..Miss letak ye. Hoho

    Syarat keempat:
    Hantar link ke komen. (done)





    entry kreatif/best dapat special review dari lisa!

    Jom tambahkan FOLLOWER

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Miss nk join segmen, ye la untuk tambah follower and tambahkan kenalan blogger. X de lah cam katak dok bawah tempurung pulak kan..Heee

     
    Ok segmen kali ni dari blog software for dummies and ownernya kita panggil sebagai Aril. Korang berminat x nak join? Klik je kat gambar tu ye..Miss dah linkkan ke blog Aril. Sekarang masa untuk melaporkan diri. Saya dah sedia..saya dah sedia..ye haaa =p
     

    Sinetron bakal diberhentikan??

    Assalammualaikum dan salam Ramadhan semua. Sinetron bakal diberhentikan penyiaran di Malaysia?? x de ribut..x de hujan. OMG, gigil jari kaki, jari tangan semua. Nak duduk pun dah tak tenang.

    Mana x nya...Dalam kita sedar atau pun x, sebenarnya demam sinetron dah pun masuk tahun ke-5 melanda Malaysia (correct me if i'm wrong =p). Ingat x lagi macam mana fenomena ni terjadi? Cuba korang imbau balik sinetron yang benar2 membuka mata rakyat Malaysia tentang karya daripada seberang ni. Kalau korang tanya Lezza balik, Lezza masih ingat sinetron "Bawang Merah Bawang Putih". Cerita ni ditayangkan masa Lezza sekolah tingkatan lagi (wahh, dah lama rupanya)



    Cerita BMBP ni menonjolkan banyak unsur saspen dalam setiap episod. Sampai kita pun rasa berdebar2 apa kesudahan cerita dia kan. Next, cerita "Mutiara hati" yang menampilkan Mas Aji dan anaknya Nabila sebagai tunjang utama juga x kurang hebat. Sampai ada 2 musim lagi, "Mutiara hati" dan "Mutiara Hati 2" *Lezza x jumpa pulak gambar dia. Suka lagu dia yang bersifat islamik, Bukan tu je, demam sinetron ni berlarutan sampai la satu sinetron ke satu sinetron yang lain..


    Miss x berapa tahu perkembangan "Aqso dan Madina". Tapi x salah, cerita ni  telah pun diulang2 siarannya 2-3 kali. Mak Lezza memang x pernah ketinggalan tengok cerita ni tau. Tanya je apa2 semua dia tau. =p .Setiap sinetron yang dipaparkan juga mempunyai 100-200 episod. Cerita "sembilu" arahan Yusof Haslam pun lebih kurang macam gini jugak episod dia =p. Banyak tu, lebih kurang satu tahun setengah la nak habiskan satu cerita.. Korang tau apa yang lebih memikat hati penonton di Malaysia untuk terus duduk kat depan kaca Tv dan menunggu siaran Sinetron ni? hah..Sudah tentulah para pelakon yang cukup ganteng dan cantik. Kui2


    Like cerita "Cinta dan Anugerah" ni, ada banyak tunjang utama yang semuanya memiliki pakej hampir sempurna. Miss suka tengok Nabila yang  cantik dan berpesonaliti lemah lembut. X kenal?.. Perempuan yang berada kat tengah2 antara 3 cewek kat atas..Hehe. korang? mesti  ada yang suka sama Avian, Aira atau pun Mini kan. Nama Asyraf Sinclair dalam cerita tu, Lezza dah lupa. =p


    Tapi apa yang menyedihkan, kekadang ending cerita-cerita sangat menyakitkan hati. Maybe pengarah akan cakap yang dia nk penonton ni berfikir macam mana pengakhiran cerita ni. Tapi agak2 lah kan..dah tengok sampai 200 episod, suruh aku pulak yang fikir ending dia. Contoh cam cerita "Sejuta Cinta Marshanda". Kepada sesiapa yang pernah layan, Lezza layan loncat2 ja perasan x ending? Sampai mati Lezza ingat dialog yang Marshanda lafazkan

    "Masih ada Stella diantara kita"

    Hok oloh, cam gitu je panamatnya..aku pun boleh buat cerita cam tu *ni Lezza cakap dalam hati jela. Gitu2 pun korang2 dan Lezza sendiri still nk tengok lagi. Maybe sinetron "Cinta Fitri" ramai yang x tahu sebab ditayangkan pada waktu tengah hari. Lezza boleh tertidur tengok cerita ni sebab heroin dia cakap lembap cam nak mati je bunyinya..*Mak jangan marah, akak ngantuk..pegi tido lagi baik..hehe


    Tapi, puts ur hands up. Sapa yang x tau cerita "Nikita". Uihh, semua pakat senyum blako eh..teringat Nikita yang super cute plus ngan watak tambahan Dr April. Ye idak?  Cerita ni tengah hot kat TV sekarang, sesiapa yang belum tengok, korang boleh la tengok sambil dok masak untuk berbuka ye. eh, aku pulak yang promote


    So, lepas baca entry yang panjang ni., ada orang baca ke.Korang rasa boleh ke sinetron akan diberhentikan penyiarannya di Malaysia? Mungkin boleh, tapi akan mengambil 5-10 tahun lagi. Teringat cerita hindustan panggung sabtu, wajib tengok. Tiap2 hari sabtu mesti ada cerita Hindustan..tapi sekarang ni kadang ada kadang x. Sebab? musim dia dah habis. Macam sinetron ni..walaupun dah 5 tahun, orang kita still nk tengok, tengok dan tengok lagi. Sekarang, without subtitle pun dah boleh faham apa yang diorang cakap =p





    Rahsia jari Anda

    Korang perasan x if tengah sembang2 syok punya ngan kawan2. Diorang suka buat something, is like 'habit' la dengan jari diorang. Sebenarnya pergerakan tangan seseorang boleh melambangkan personaliti atau perwatakan peribadi diri kita tau. Jom kita singkap rahsia ni..hehe


    1. Selalu memutarkan cincin (terutamanya girls)

    • Sangat menepati janji
    • Berhati2 dalam tutur kata
    • Gemar hidup yang teratur


    2. Menggosok2 telapak tangan

    • Ramah dan berfikiran matang
    • Suka berterus-terang dan tidak suka cakap berbelit2
    • Mudah memahamiperasaan orang lain 
    • Suka membantu


    3. Suka meletakkan tangan atas meja

    • Happy-go-lucky
    • Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan
    • Peramah
    • Suka bergantung pada orang lain


    4. Menongkat dagu

    • Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
    • Suka mendengar masalah teman2
    • Setia dalam persahabatan


    5. Memintal2 hujung rambut

    • Suka berkhayal
    • Sukar diperdaya
    • Keras kepala


    6. Menggigit kuku

    • Gugup dan gementar bila berbicara
    • Agak tertutup dalam mebicarakan rahsia hati


    7. Mematahkan jari jemari

    • Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain
    • Baik hati dan bersedia membantu sesiapa sahaja


    8. Bermain dengan tangannya

    • Mempunyai tahap humor yang tinggi
    • Pandai berjenaka
    • Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati
    • Jenis open-minded


    9. Meletak tangan pada bahu kawan

    • Suka mengikut kepala sendiri
    • Pentingkan diri sendiri
    • Teman yang sangat mengambil berat 
    • Prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat


    10. Memicit atau memegang hidung

    • Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa tindakan yang dilakukan
    • Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang benar-benar dipercayai
    p/s: Amacam? korang ke kawan korang ke, ada termasuk dalam 10 diatas?


    Blog List Lepak Bersama Muz

    Yeay2..Miss join segmen lagi. Actually miss ada pergi blog Muz sebab nak join segmen 'Asal dari Mana' tapi dh tutup penyertaan tu. Agak sedih rasa hati.(Jap nk nangis, huhu). En Muz..miss dari Pulau Pinang =p

    Ok, akibat kesedihan yang melanda..Miss pun godek2 la blog dia kot2 la ada rezeki nk join mana2 segmen. Korang tau Miss nampak apa? hah, benda ni lah, janji boleh tempek nama Miss kat blog dia...Haha, x pe kan En Muz. Syarat tutup penyertaan adalah apabila 100 org menyertai bloglist ni. Miss tgk tadi ada 50 orang. So, Miss adalah peserta ke 51..Auuuu, hehe. Korang pun nk join? Sibuk je..haha, main2 je. Lagi ramai..lagi la meriah. X gitu En Muz. Senang je, klik kat banner bawah ni. Miss dah tolong linkkan ke blog dia.




    Syarat2 nk join sini adalah..

    1. Buat artikel dengan tajuk "Blog List Lepak Bersama Muz"
    2. Letak banner Muz ne kat artikel korang dan link kan ke blog muz.
    3. Letak URL artikel korang tu kat kotak komen di bawah.
    4. Kalo korang nak FOLLOW blog Muz ne dipersilakan. :)

    p/s: Miss dah follow blog kamu, gambar sakuragi hanamichi dengan id azilron =P

    Tutorial pasang iklan Nuffnang pada blog

    Assalammualaikum dan Apa khabar? sihat? wahhh, kalu ye bagus..kalu x berapa sihat tu, cepat2 pegi klinik tau. Hari ni Lezza nk membebel pasal kedudukan nuffnang ads kat blog. Cara-cara nk memasang ads ni pada blog korang. Actually Lezza dah cerita benda ni dalam entry Lezza yang bertajuk

    Tips nak dapatkan BE dari nuffnang

     

    Tapi hari ni Lezza nk bercerita benda yang sama dengan panjang lebar. Hehe..Actually tutorial ni Lezza amik dari nuffnang, but Lezza akan olah dengan cara yang lebih mudah and menggunakan bahasa Melayu. Dah sedia? Angkat kaki 2-2 keatas..Kuang2x (Ramainya tengah angkat kaki)

    Sebelum kita start, tutorial ni adalah guide secara am. If, sesiapa yang menggunakan classic template, mungkin korang terpaksa cari tutorial lain (Kena mintak bantuan pak cik google lah ye). And kalu korang menggunakan layout template, boleh klik tutorial di sini.

     

    Langkah 1: Login ke akaun blog korang 

    Mestilah kena login dulu, kalu x camna nak tempek iklan ni blog korang kan. Kepada sesiapa yang belum ada blog lagi, Hah..cepat2 lah daftar kat link ni http://www.blogger.com/start . Follow je arahan dia untuk create akaun.

     

    Langkah 2: Pergi ke Design and Edit HTML

    Lepas dah login, korang akan terus ke page Dashboard. Nampak kan button design? 

    1. Click button "Design" kat situ untuk letak Nuffnang ads. (tgk pic kat bawah)

     

    2. Cari link "Edit HTML" untuk edit coding blog korang (tgk pic bawah)

     

    Langkah 3: Pasang iklan nuffnang

    Sebelum korang nak pasang iklan ni, Lezza nak korang buat la backup template dulu. Takut2 salah letak, x pasal2 jadi huru-hara blog korang. Macam mana nak back up? Good question.. klik je pada download template (tgk pic bawah)




    3. Kemudian, tick pada "Expand widget Template". If korang skip step ni, korang x kan jumpanya coding2 yang akan diterangkan lepas ni. (Tgk pic kat bawah)



    3a. Pasang Leaderboard ads 

    Mula2 korang tekan Ctrl+F kat keyboard and type "<body"dalam kotak yang Lezza dah bulatkan merah tu.( Tgk pic bawah)




    Kod yang korang copy dari nuffnang tu, kena letak directly selepas perkataan "<body" element yang korang jumpa tadi ye. (Tgk pic kat bawah ni)


    3b. Pasang large Rectangular ads

    Type pulak perkataan "post-line footer-2" dalam template tadi dan carilah dekat2 situ koding "</b;includable>" (dekat2 situ sahaja tau, kalu jauh2 maksudnya korang silap). Then, paste kod dari nuffnang directly atas "</b;includable>" (tgk pic bawah). After dah siap step ni, save setting ye.


    3c. Pasang Skyscraper ads

    Step ni mudah, macam korang pasang widget2 lain kat blog je. Apa yang kena buat? Ok, Masuk ke design and cari link page element (tgk pic bawah)



    Kemudian, insert je kod dalam HTML/Javascript dalam ruang yang telah disediakan (tgk pic bawah)


    Langkah 4: Preview Blog korang

    Leaderboard/header

    Sidebar/Skycraper, iklan ni kena letak atas sekali berbanding widget2 yang lain.

    To put between contents/ Large rectangular. Iklan ni akan keluar selepas entry terbaru korang

    Lezza dah mencurahkan segala2 yang Miss tahu pasal nak pasang ads ni. If ada sebarang kemusykilan, jangan la malu2 tanya pada pihak nuffnang ye. Klik link bawah ni

    Helpdesk support


    p/s: kalu jadi ke tak jadi ke...komen lah kat sini ye. Boleh gak Lezza tau apa masalahnya..peace =)

    Tutorial daftar Nuffnang

    Assalammualaikum reader semua. Sedar x sedar kita dah masuk pun setengah bulan ramadhan kan. Macam mana persiapan raya? wahh mesti banyak dah shop baju raya kan. Ok, 2 or 3 hari lepas miss di request oleh seorang adik comel untuk buat tutorial ni. Namanya Aiman, memang minat gila ngan Korea (yeahh..kita serupa).


    Dalam perhatian Miss, blog adik ni visitor dia ramai, komen pun banyak. Then, rugi lah kalu x pasang iklan kan. Selain dari Aiman..da banyak jugak blog2 yg miss rasa visitor not bad, follower pun dah cecah 200-300 tapi x de iklan. So, kat sini kita share2 lah kan..Miss x boleh nak tunjuk step2 dia dengan tepat sebab Miss dah ada account dia. Tapi Miss boleh lah bagi gambaran secara rawak untuk nk daftar nuff ni camna.. iklan lain Miss x tahu..hehe

    Mula2 klik kat link bawah untuk ke laman web nuffnang.


    Dia akan keluar page macam ni la.. Tekan kat sign up macam yang Miss bulatkan tu.


    Kemudian, dia suruh korang choose either as a blogger or advertiser. Kitakan blogger...then pilih blogger, Ramai yang mula2 nak sign up dia x nampak button kenit ni. Diorang igt x boleh nak daftar..hehe (Tengok pic bawah)


    Lepas dah berjaya masuk.. Isilah form dia ye. Benda yang dia letak * tu wajib isi. Hah, lepas siap isi form ni, klik kat sign up button bawah sekali tau ;). After that, maybe dia akan hantar suruh korang sahkan email kat email korang (Miss dah lupa yang ni)


    Then, settle registration ngan pihak nuff, korang akan nampak banyak button2. (tgk pic bawah) Yang Miss bulatkan tu menunjukkan status korang ngan nuff ni. Kalu korang nampak, status Miss glitterati (lebih kurang cam ahli VIP la). Masa miss isi dulu, status Miss dah memang cam gitu x yah change apa2. Tapi 1-2 bulan yang lepas, Miss ada tolong kawan Miss isikan nuff, mula2 status dia non-glitterati. After 2 weeks baru nuff tukar jadi glitterati. Miss x berapa reti sgt pasal status ni, maybe kalu korang dapat status non-glitterati maksudnya, korang x kan dapat kelebihan cam ahli VIP dapat  (mungkin income lambat naik). So, jangan lah curang ngan Nuff ye,pasang iklan pesaing dia. Nanti silap2 dia akan tarik balik kelebihan yang dia bagi kat kita ;). Panjang pulak aku membebel. Dh sign up, pegi balik kat page dia and klik kat button getting start. (tgk pic bawah)


    Ikut je arahan dia k. Kat sini pun kena isi form lagi (Blogger bio).. Cerita la serba sedikit pasal korang. Lagi bagus guna english la ye..Rojak pun x pa =)


    Then, dia akan suruh pasang ads kat blog korang. Bagi pendapat Miss, step ni lah paling kritikal sebab Miss x pandai main koding. Hehe. Korang klik kat kotak warna oren cam gambar kat atas..Then, dia akan keluar page macam ni pulak (tgk pic bawah)


    Kalu korang terpinga2 macam mana nak isikan koding2 tu. Ok x pa, korang klik pulak kat button blogger cam dalam bulatan kat atas tu. Ada 5 button, korang pilih la yang mana bersesuaian dengan blog korang. hehe =). After that dia akan bagi step2 untuk korang ikut and copy dalam korang punya html kod nanti. Exacly cam gambar bawah ni.


    Kalu korang betul2 ikut step2 yang dia bagi macam gambar kat atas. Insya Allah semua akan ok, Miss pun berkali2 main ngan koding dia..Lepas percubaan ke berapa puluh, baru boleh. Untuk pengetahuan Aiman, seminggu dua after pasang iklan, kemungkinan besar income korang akan '0'. Lepas dari 2 minggu if x de income jugak. Hantar tiket ke pihak nuff ye..(tgk pic bawah). Klik "Contact us" and create lah ticket.


    Untuk tips dapatkan tukarkan income korang dari telur ayam kepada amount or nak dapatkan tips BE.. klik kat link bawah ni tau =)



    Setakat ni dululah Miss boleh terangkan pasal nak pasang iklan Nuffnang kat blog. Kalau ada tersalah Miss mintak maaf ye. Nanti miss cerita pasal kedudukan iklan nuff dengan nk register dengan churp2 pulak. If dah bejaya nanti, tinggallah komen kat komen box ye.. Kita boleh share2 =)