This will become super duper great memory of us

Assalammualaikum semua. Kepada yg sudi singgah blog ni, terima kasih banyak2. So, memandangkan kerja dh x berapa banyak because alhamdulillah semua dh hantar. Tinggal beberapa lagi je yg belum submit. Barulah sekarang ada kesempatan nk update, itu pun sebab kesian kt blog ni, owner dia buat macam dia x wujud. Sorry my beloved blog, busy sgt. Sekarang ni dah sampai ke penghujung semester 8. Insya Allah bakal bergelar graduan x lama lagi. Walaupun belum habis, tp rasa macam semalam je baru jejak kaki kat Shah Alam ni untuk sambung degree. Mak, abang and adik yang hantar untuk daftar masa tu. Tup-tup hampir genap 3 tahun belajar kat sini. I'm 24 already..Masya Allah, it is too fast. Sepanjang semester yang terakhir memang byk sgt benda yg jadi, maybe nk tinggalkan memory untuk dikenang masa depan, untuk diceritakan kat adik2, anak2 or cucu2 nanti. Ekeke

1. Firstly masa awal2 sem dulu....susahnya lah nk cari pengganti untuk rumah sewa. Lezza dapt kolej semester 8 ni. So, kena la cari orang ganti rumah sewa kt Kristal tu. Ada beberapa incident yang kalau nk kenang balik memang kelakar. Aku gaduh kau, kau gaduh aku. Nasib x bertumbuk or bercakaran je gegirl engine ni. Haha, funny

2. Pastu tu Lezza join Sukol (Sukan antara kolej) sebagai wakil kolej mawar. Ni lah first time wakil kolej seumur hidup. Masa diploma dulu pun x pernah join sgt aktiviti kolej ni. Tapi memang agak bertuah la dpt no 3. Siap dapat medal lagi tu.Uhuhu, thanks Mawar. Rasa-rasa sukan apa yang Lezza join ni? Hah, pikir jangan x pikir. 

Wakil kolej Mawar (us yg pinky) and kolej Jati
3. Warggghh, sem lapan kan. Mestila ada majlis pra graduan (MPG) untuk meraikan bakal-bakal graduan. Walaupun ramai member2 rapat x join tp x pe lah. Yang penting siapa yg pergi tu, uoolss memang sporting habis mlm tu. Ramai dari matrix but anyway dewan superb, makanan superb and most impostant things u all memang superb. Thanks sebab create memory bersama =)

Sebahagian yang join MPG

Gegirls dari diploma
3. Lepas dinner MPG, x sangka pulak yang kolej mawar adakan malam penghargaan untuk para atlet. Yeay, makan free. Siapa x nk kan. Tapi 3 orang je dari team kami yang join sebab dinner ni memang dia buat masa tengah peak time untuk student2 submit assignment, test and so on. Kami je la yg x berapa nk sedar diri...ekeke, yg penting makanan dia memang sedap n siap dapat hamper. Luv u Mawar again. 

Excited dapat hamper
4. Dicelah-celah kesibukan study, mana nk siapkan report FYP, assignment, test, kelas...Lezza dan mereka sempat attend kursus kawin. Kelakarnya, semua yg pergi ni budget dah berpunya. Hehe, tapi .... mana tau lepas ni ringan sikit jodoh kan. Lepas syarat, dh bole kawin la. Alamak, gatal sudah....hehe


5. Kali ni memang best sebab all my member join dinner "Grand Award Night". Ramai dari dean list ni dari semester 8. Itu yang lagi masyukkk. Uhhh...mlm ni agak menahan kelaparan because why?? Terpaksa tunggu semua budak amik sijil dekan dulu baru blh makan. Omo, lapaq chek.

Muka2 bakal engineer, Insya Allah  - part 8

Kami team..yeay
Terlupa pulak...visit untuk subject air-conditioning kat Hospital Sg Buloh. I love the visit, i love the environment. Maybe lepas ni boleh mintak kerja jadi mechanical engineer kat mana-mana hospital. Boleh berkenalan ngan doktor2 muda....Ehehh



Lepas ni kita semua akan membawa haluan masing2. Terlupa pulak, FYP belum settle....lepas presentation and submission hard cover baru blh rasa heaven. Ehehe, sekarang pun da rasa heaven. Lezza, please sedar diri sikit.... Sepanjang degree banyak betul pahit, manis, tawar, masin dengan kawan2 ni. Sumpah boleh guling2 lepas ni bila teringat balik. If ada yang akan sambung master , i bet feel dia never be the same. So, appreaciate apa yang masih berbaki. Cuma satu je rasa terkilan sangat....sangat....dan sangat.....

I hope and doa yang one day i could meet him face to face to clear things between us. It feel really awkward until this problem is resolve. One day, x suka la rasa perasaan ni lama2. X best dan sangat x best. You guys will never know what i feel inside. Dah, x payah pikir siapa dia tu. Hehe...Ok, thanks sebab sudi baca entry ni sampai habis. Nanti Lezza update lagi...muah2. Hehe



Keputusan Penuh PRU 13 (Pilihan Raya Umum)


Keputusan muktamad Parlimen:3.58am 

BN 133 VS Pakatan 89





PERLIS: BN (13), Pas (1), PKR (1) – BN memerintah
KEDAH: BN (21), Pas (8), PKR (3) – DAP (2) – BN memerintah
KELANTAN: BN (12), Pas (32), PKR (1) – Pas memerintah
TERENGGANU: BN (17), Pas (14), PKR (1) – BN memerintah
PULAU PINANG: BN (10), DAP (19), PKR (10) Pas (1) – DAP memerintah
PERAK: BN (31), DAP (18), PKR (5), Pas (5) – BN memerintah
PAHANG: BN (31), DAP (6), Pas (3), PKR (2) – BN memerintah
SELANGOR: BN (10), DAP (10), PKR (9), Pas (8) – Pakatan memerintah
NEGERI SEMBILAN: BN (22), DAP (11), PKR (3) – BN memerintah
MELAKA: BN (21), DAP (6), Pas (1) – BN memerintah
JOHOR: BN (36), DAP (12), Pas (3), PKR (1) – BN memerintah
SABAH: BN (45), PKR (6), DAP (4), STAR (1) – BN memerintah
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1), STAR (0) – BN memerintah



Sumber:

Jodoh berkaitan dengan gelombang frekuensi


Assalammualaikum semua. Rasanya dah lama Lezza x update blog. Baru-baru ni Lezza ada pergi terjah satu blog ni...syurgadidunia.blogspot.com. Kat blog tu ada banyak sangat artikel2 yang bagus untuk kita. Salah satu artikel ada kaitan dengan tajuk title kali ni. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Disitu penulis blog tersebut menerangkan secara panjang lebar secara sains sepertimana yang dikatakan oleh agama kita sendiri. Tapi Lezza akan cuba olah artikel tu dengan lebih padat dan pendek. Sebab penulisan sebenarnya memang panjang lebar dan Lezza kira memang cukup lengkap. To those yang nk baca karya syurgadidunia boleh la klik di link yang Lezza letakkan kat atas ye. 


Masa kita berada di sekolah menengah if not mistaken, kita telah pun didedahkan dengan pelajaran sains bahawa badan kita terdiri daipada trillion sel. Sel2 ni pulak terbina daripada molekul2. Dan secara asasnya semua benda adalah terdiri daripada atom dan apa yang tinggal selepas atom HANYALAH TENAGA. Apa maksudnya disini? Jelas daripada statement tersebut kita (Kamu dan saya) hanyalah tenaga yang dizahirkan. Manakala "fizikal" yang diilusikan cantik oleh pencipta kita, Allah S.W.T hanyalah untuk didunia yang sementara. 

Ok, berbalik kepada tenaga tadi..ianya bolehlah dinamakan "ROH" yang akan hilang apabila kita mati. Tenaga yg dimiliki oleh badan kita itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Sebagai contoh, apa yg kita fikirkan,  kita rasakan,  perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif ini akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita. Yang paling menarik adalah kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. 

Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Thats why sometimes bila kita berjumpa dgn seseorang yg x kenal, even first time jumpa kita dah boleh besembang dan berasa selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama. Ini disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. So, didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Sains juga telahpun membuktikan kewujudan frekuensi ini. Sebagai contoh adalah EEG (Electroencephalograph) pengukur gelombang frekuensi otaki (alat tersebut diletakkan dikulit kepala). Selain itu MEG (Magnetoencephalograph) merupa pengukur gelombang magnetik yang dihasilkan oleh otak. Dari otak juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh baik dari sistem saraf mahupun endokrin (kimia emosi). Salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.


Contoh 1: Perempuan Cantik VS Lelaki Hensem



Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.

Contoh 2: Perempuan Cantik VS Lelaki Alim

Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?



Al-Quran telahpun dibuktikan dengan sains. Siapa kita untuk menidakkan kebenaran. Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja. Tetapi adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja (secara lahiriah)? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Kesimpulannya, eloklah kita semua semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Untuk itu, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk menjadi lebih dari sebelumnya....amin =)




kredit to: 
syurgadidunia.blogspot.com


Lagu tema Sehangat Asmara - Ratuku

Ohoi...Satu lagi drama melayu yang diadaptasikan dari novel. By the way Lezza sangat enjoy novel ni "Sehangat Asmara"....meleleh beb. Sebelah kiri tu cover lama, kanan tu cover baru.





Kat bawah ni adalah Lagu Tema untuk drama tersebut. Gandingan Awie and Adira. 
Title : Ratuku



Amacam suara Awie, perghh mantap habis. Walaupun org kata Awie ni blh dikatakan agak veteran, tapi suara you macho la. Bergandingan ngan Adira pulak, terbaik . Good job you all. Hope drama ni setanding dengan drama Adam dan Hawa or drama2 melayu lain yang diadaptasikan dari novel. Tapi kan...kalau drama dari novel memang tangkap cintan.


Jumlah episode: 30 episode
Channel -  Astro Mustika HD

Para pelakon:
Adi putra- Zainal Arief (Nal)
Rita Rudaini - Karmila  (Kay)
Shah Jazle - Azman
Amar Baharin - Rudy (roomate Nal di U)
Dian P.Ramlee - mama Kay

Tagline novel:" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "



Kembar Yana Samsudin

Assalammualaikum semua and selamat tengah hari. Dah lama x berupdate, so....Lezza rasa cam nk update la sikit blog ni kan. Tajuk post cam curios sikit, betul ke Yana Samsudin ada kembar? Hurmm, meh sini Lezza story

Korang layan drama korea x? Kalau ya, pernah tengok cerita "The Strongest K-POP Survival". Cerita ni baru lagi...tahun lepas airing (2012). Kalau x pun cerita "Bad Guy" ke. Okeylah, senang cerita kenal x ngan pelakon Go Eun Ah? Ha...kalau x pernah tengok cerita ni...or x kenal pelakon ni. Pi Google cepat. Sebab...........muka dia macam muka Kak Long kita aka Yana Samsudin. X percaya?, meh Lezza tunjuk bukti







Amacam, sama x? Belah kiri tu Yana Samsudin while other side Go Eun Ah. Dua-dua cantik and cute tapi Lezza tetap rasa Yana lagi cantik, Ekekeke, kat bawah ni Lezza ada letak serba sikit profil Go Eun Ah, copy je kat tenet. Nak tau lagi byk...google je k.


Real name          : 방효진 / Bang Hyo Jin
Nickname           : Little Kim Hee Jun
Profession         : Actress
Birthdate            : 1988-Oct-28
Birthplace          : South Korea
Height                : 171cm
Weight               : 45kg
Star Sign           : Scorpio
Blood type         : O
Family               : Older  brother, younger brother
Talent agency   : Wellmade Star Management
Education          : Dressmaking High School
Skills                  : Jazz Dance, modeling and acting
Debut                : Orione Chocopie CM

TV Shows
The Strongest K-POP Survival (Channel A, 2012)
Bad Guy (SBS, 2010)
Vacation (2006)
Rainbow Romance (2006)
Drama City EP:Summer Goodbye (여름, 이별이야기) (KBS, 2005)
Golden Apple (KBS2, 2005)

Movies
A Cruel Attendance (2006)
Sunday Seoul (2005)
…ing (2003, cameo)


Real life Sakuragi Hanamichi - Slam Dunk

Assalammualaikum semua...oho, x sabarnya Lezza nk update post baru ni. Macam ni...korang pernah layan anime "Slam Dunk" x?? Serious x pernah....x kan kot. Famous gila cerita ni masa Lezza belajar sekolah menengah, lebih kurang 10 tahun lepas (owh..lama dah rupanya..hik2). Sekarang mana ada kan? Hurmmm, saya dah tua. Oke, x penting.



Kalau korang nk tau, Slam Dunk antara anime feveret Lezza. Lezza layan dari episod satu sampai lah habis. Tapi unfortunately....ending cam hampeh skit. Xpelah kan...dh penulis dia nk buat mcm tu. Dalam byk2 karektor dalam cerita ni, Lezza suka sangat ngan Sakuragi Hanamichi. Fuhhhh, walaupun Kaede Rukawa lagi hensem and terror tapi semangat juang Hanamichi ni yang paling Lezza layan. Ehe....tadi, masa Lezza online, tetiba terjumpa ngan pic ni....OMG, OMG.....cuba korang tengok. Sama x??


Boleh dikatakan cosplay paling berjaya yang Lezza pernah jumpa. Cuma tang muscle tu kureng skit....Hanamichi sepatutnya seorang yang gagah perkasa..Haha