Pembedahan plastik berkali-kali SNSD

Hai semua pembaca blog "Lezza De Blog", terkejut x dengan title kat atas. Sama ada korang ni adalah peminat kipas susah mati SNSD ataupun Anti-SNSD, mesti korang mempunyai tujuan yang sama. Kalau x...x kanlah korang sampai ke blog Lezza ni kan. Saya sedar, blog saya x femes [huhu, jap nk feeling sat].

Kepada semua peminat SNSD, jangan risau because lezza pun Sone jugak. "Sone" tu apa??? Aiyooo, kalau x tau, korang ni bukan fan diorang lah. Haha [Gelak jahat]. "Sone" adalah nama gelaran yang diberikan kepada peminat2 SNSD. Selain itu Lezza juga adalah "Yurisistable" ngan "Taegangster ". Kejadah pulak dua benda tu, Ok ni nak habaq kat hampa yang kata peminat SNSD tu..kena blajaq banyak benda lagi nihh pasai depa. Kui, kui..kalaulah ilmu SNSD Lezza diaplikasikan kat pelajaran, confirm (oopss, InsyaAllah 4.0 every sem), kita melawak ja. 

Jangan amik hati no SONE sekalian. Dua benda tadi tu adalah nama peminat untuk Yuri (Yurisistable) dan Taeyeon (Taegangster). Nama2 yang lain nanti Lezza bagi tau nanti k. Jom kita layan gambar2 yang korang mungkin percaya atau tidak.

1. Taeyeon - Taegangers 


Predebut


Now-2012
Taeyeon memang tidak dapat dinafikan memang super cute and super duper dorky girl. Comel gila dari kecik sampai la besar. Kalau diperhatikan mata,hidung..mungkin ada beberapa bahagian kecik yang terkena pisau bedah. Dah lain sikit before and after debut, double eye lid and hidung jadi mancung.  Walaubagaimanapun (amik kau, ayat skema dah keluaq), Lezza tetap suka dengan suara yang sangatttttt mantap and sedap tu). Bila part yang tinggi tu...Fuhhh

2. Jessica - Gorjesspazzer


Predebut pic
Now-2012
Jessica...Aigooo, lainnya muka you. Dulu gigi Jessica ni x sama, then dia ada pakai pendakap gigi. sekarang tersusun rapi dan cantik gitu. You look gorgeous now, lezza rasa kat mata pun ada part yang diorang ubah or tambah. Basically, double eye lid. Untungla kita orang Malaysia, banyak yang dah dilahirkan ada double eye lid. Toksah susah payah pi pakar bedah buat jadi double pulah. Syukur...syukur..

3. Hyoyeon - Hyounnnies


Predebut pic
Now-2012
Memang terang lagi bersuluh, eventhough peminat kipas susah mati hyoyoen sangat menidakkan kebenaran ini, tetapi jelasnya dia memang buat pemedahan dibahagian hidungnya (dan mungkin juga mata). Now, muka hyoyeon seiras-iras dengan pelakon Song Hye Kyo yang popular dengan drama "Full House" dan "Autum In My Heart". dah cantik dah Hyo yeon sekarang =)

4. Yuri - Yurisistable


Predebut pic
Now-2012
Yuri-ah...sarangheyo. You dengar x?? haha, omg..she look too cute masa dia budak2. Sekarang menjadi kegilaan para laki2 diluar sana. Lezza suka Yuri bukan pasal dia cantik semata-mata (i'm girl ok). Suka sangat tengok perangai gila-gila dia. Tarian kkabul gila dia yang ntah apa2. maybe itu kot buat Yuri ni unik (dimata Lezza). Oke, pasal muka dia..maybe dia ada buat pemedahan dibahagian mata (seperti biasa double eye lid) and mungkin juga hidung. Hidung dia nampak lagi kecik sekarang. 

5. Tiffany - Fanytastic


Predebut pic
Now-2012
Tiffany antara yang nampak ketara perubahan sebelum debut dan selepas debut. See, kulit dia yang cerah dan badan yang lebih kurus selepas debut. Maybe she go bleaching somewhere. i dont know. Lain kan....terkejut jugak tengok mula2 tu.Tapi dia ni comel la...terutama masa senyum =)

6. Sooyoung - SooYoungster


Predebut pic
Now-2012
Sooyoung juga telah beberapa kali melakukan pemedahan plastik, macam pic kat atas ni. Mula2 kat bahagian mata (double eye lid), then hidung (lebih kecil lepas debut). Selepas promosi single "Hoot" dan sebelum "Mr Taxi", dia jugak telah membuat pemedahan plastik dengan membuang lemak di muka. Patutla runcing je muka dia sekarang kan...Hehe, lagi cantik gitu. 

7. Sunny - Sunshiners


Predebut pic


Sunny...sunny i missyou, i love you. Eh, tenyanyi lagu superjunior pulak. heee. Macam SNSD yang lain, Sunny jugak ada buat pemedahan di beberapa bahagian . Mungkin mata dan hidung. Sunny nampak sangat comel dalam MV "The Boy"....i love her short hair so much la. Sesuai sangat ngan dia. 

8. Yoona - YoonAdict


Predebut pic
Now-2012
Hai, ImYoona. Ekeke, Yoona diantara selebriti wanita yang sangat diminati dikorea kerana kecantikkannya. Tetapi, macam jugak SNSD yang lain,Yoona juga telah membuat pemedahan plastik. Antara yang diketahui, 3 kali dibahagian hidung dan sekali mungkin dibahagian mulut. Kita bole nampak kt MV Super junior "U". Muka Yoona sekarang lebih cantik dari dulu =)

9. Seohyun - SeoMate


Predebut pic
Now-2012
Diantara semua SNSD, Lezza rasa mungkin seohyun adalah yang paling kurang membuat pemedahan plastik. Muka dia macam sama je ngan dulu. If ada, maybe kat bahagian mata (tempat feveret untuk diubah). You go girl.....cantik Seohyun ni pulak cantik innocent, lain dari Yuri..cantik sexy, Taeyeon pulak cantik comel. Hehehe




Apa yang Lezza coretkan disini adalah pandangan ikhlas dari seorang peminat setia SNSD. Walaupun Lezza cuba menidakkan tapi inilah hakikat. Perubahan wajah diorang sebelum debut dan selepas debut bukan disebabkan pembesaran semata-mata. By right, i still LOVEEE them. Pandangan korang pulak mcm mana? Jom la share2 kat sini. Tekan ja button komen kat bawah ni....

Kurus dengan "Dukan Diet"

Selamat pagi semua. Hohoho. Hari ni Lezza nak cerita mengenai macam mana nak kurus dengan menggunakan "Dukan Diet". "Dukan Diet" ni sebenarnya apa? Ok, meh sini Lezza nak story sikit. Diet ini sebenarnya digunakan sendiri oleh Kate Middleton. Beliau kehilangan banyak berat badan selepas pertunangan dengan Putera William. Diet dan rutin senaman Kate Middleton mendapat banyak publisiti semasa majlis perkahwinan diraja. Berat badan beliau sekarang adalah £ 130 dengan ketinggian 5'10 ". 

Beliau juga kelihatan langsing dan  hebat pada hari perkahwinannya. Oke..macam mana? Rasa semangat x nak tau plan diet Dukan ni macam mana? Dukan diet sebenarnya didesign oleh seorang doktor perancis, Pierre Dukan. Diet ini mempunyai 4 fasa. 




1.Attack Phase (Fasa Serangan): 
Dalam fasa serangan, diet terhad kepada protein sahaja. Walaupun hanya putih telur merupakan protein tulen, daging tanpa lemak, ikan, makanan laut, ayam dan produk tenusu tanpa lemak juga boleh menjadi sumber kepada protein tulen. Protein akan menyebabkan kita berasa kenyang. Korang boleh mengikut diet ini selama 2-7 hari bergantung kepada berapa banyak berat badan yang korang ingin kurangkan. Lagi lama korang berada dalam fasa ini, lagi banyak berat badan akan dikurangkan.
    2.Crucial fasa (Fasa Penting):

    Dalam fasa ini, diet protein semasa fasa satu tadi diselang-selikan dengan sayur-sayuran hijau atau yang siap dimasak. Anda boleh menyelang-selikan kedua-dua jenis makanan ini (korang boleh makan sayur-sayuran seberapa banyak yang korang nak). Ini membantu dalam membakar banyak kalori. Tapi, protein dan sayur-sayuran ini tidak diboleh dicampur dalam satu hidangan. So, Makanlah macam mana yang anda mahu. Pagi makan protein, tengah hari makan sayur ke. Stick pada peringkat ini sehingga mencapai sasaran korang. Dengan kaedah ini,korang akan kehilangan satu paun pada setiap 5 hari. 


    3. Consolidation Phase (Fasa penyatuan): 

    Ini adalah fasa yang menyebabkan badan rasa release. 2 fasa sebelum ini merupakan fasa yang sangat strict tetapi pada fasa ketiga, badan kita tidak akan rasa terlalu tertekan. Dalam fasa ini, anda boleh menambah 2 keping roti dan satu bahagian buah-buahan dan keju ke dalam diet anda. Selain itu anda juga boleh menambah 2 hidangan karbohidrat. Tindak balas berbalik, anda dinasihakan untuk berada dalam fasa ini selama 5 hari bagi setiap 5 pound anda hilang semasa fasa 2. Dengan memudahkan badan anda kembali ke tabiat makan biasa, ia juga membantu menghalang semua berat badan yang hilang daripada kembali.

    4.Permanent Stabilising Phase (Fasa Menstabilkan Tetap):

    Fasa ini adalah di mana bermulanya semula kehidupan normal. Makanlah apa sahaja yang korang inginkan , tetapi hanya mengambil makanan yang sihat. Tetapi, sehari dalam seminggu, korang kena kembali ke fasa pertama tadi (terhad kepada protein).




    Amacam? Dengar macam x susah kan...tapi dengan halangan yang perbagai datang daripada persekitaran, korang kenalah tekad. Ingat!! 

    Usaha itu adalah tangga kejayaan. Peace








    10 Wanita tercantik didunia 2012

    Tahun ini Majalah "People" telah pun mengeluarkan 10 senarai nama yang dikatakan tercantik didunia.  Senarai nama ini dikeluarkan berdasarkan undian daripada orang ramai.  So, jom kita tengok siapa yang kena. Ada berkenan dihati? Kui..kui


    10. Kate Middleton


    Kenal x dengan list no 10 ni. Chooiii la x kenal kan. Femes nk mampus...hehe. Lahir pada 9 Januari 1982 dan berumur 30 tahun adalah isteri kepada Putera William dan menantu kepada Putera Charles dari Kerajaan England.



    9. Miranda Lambert


    Miranda Leigh Lambert Shelton lahir pada 10 November 1983 dan  umur 28 tahun. Dia merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Country berkebangsaan Amerika Syarikat yang meraih populariti setelah menjadi finalis Nashville Star dan mendapat tempat ke-3. Popular dengan lagu  "The House That Built Me"dan "Heart Like Mine". Cantik...tapi Lezza x kenal pun ngan dia ni.


    8. Paula Patton

    Next... Paula Maxine Patton lahir pada December 5, 1975 merupakan seorang pelakon kelahiran Amerika. Terkenal setelah membintangi beberapa filem seperti  Idlewild (2006), Déjà Vu (2006), Mirrors (2008), Swing Vote(2008), Precious (2009), Just Wright (2010), Jumping the Broom (2011), dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011). Dah-dah, jangan tenung lama2 sangat. Kita tengok no7 pulak. 



    7. Michelle Williams


    Pada tahun  2011, Michelle dilaporkan telah menandatangani tawaran berlakon dalam filem  Walt Disney Pictures's Oz, The Great and Powerful, a 3-D yang akan release pada 8 march 2013. Popular dengan filem Blue Valentine (2010), My Week with Marilyn (2011) dan yang terbaru Take This Waltz (2012). 


    6. Christina Hendricks


    Christina Rene Hendricks dilahirkan pada  May 3, 1975. Merupakan seorang pelakon kelahiran American Dikenali sebagai Joan Holloway dalam AMC cable television series Mad Men, dan sebagai Saffron dalam Fox's short-lived series Firefly. Undian daripada pembaca wanita yang telah dibuat oleh majalah Esquire meletakkan Hendricks sebagai "The sexiest woman in the world". Pada tahun 2010 dia juga telah diundi sebagai Best Looking American Woman oleh Esquire magazine.


    5. Madeleine Stowe

    Terkenal menerusi beberapa filem hit seperti RevengeStakeoutUnlawful EntryThe Last of the MohicansBlinkChina Moon12 MonkeysThe General's Daughter, dan We Were Soldiers



    4. Lily Collins

    Berbekalkan wajah yang jelita, anak kepada Phil Collin ini telah pun dipilih sebagai main lead dalam filem sensasi 2012 "Mirror Mirror" disamping Julia Roberts. Sebelum ini Lily sering merasakan bahawa kening tebal yang dimilikinya itu menampakkan kepelikan pada wajahnya. Tapi..last2 baru dia sedar yang x semestinya benda yang orang lain x de tu x menampakkan kita ni cantik. Bahkan pelik itu lah yang menjadikan Lily salah seorang dari 10 wanita tercantik dunia ketika ini. (Apa kau melalut ni Lezza)


    3. Charlize  Theron

    Oke, this is among my favourite untuk list ni. Tau x yang dia ni lah yang berlakon jadi mak tiri Kristen Steward dalam filem Snow White and The Hutsman. Bapak cantik dia ni, muka dia memang cantik tulen. Dia ni jugak adalah seorang model dan juga merupakan seorang pelakon yang berasal daripada South Afrika. Pernah memenangi beberapa anugerah seperti Academy Award for Best Actress dan Golden Globe Award for Best Actress. Pada tahun 2012 Charlize telahpun berlakon dalam filem Snow White & the Huntsman and Prometheus


    2. Sofia Vergara


    Sofía Margarita Vergara Vergara lahir pada July 10, 1972 merupakan artis daripada Colombian . Dia juga merupakan seorang pelakon, pelawak, hos tv dan juga model. Popular menerusi filem The Smurfs(2011), New Year's Eve (2011), Happy Feet Two (2011) dan The Three Stooges (2012).



    1. Beyonce

    This is what we call hitam itu menawan, chewahhh. No satu dunia kot. Beyoncé Giselle Knowles-Carte dilahirkan pada September 4, 1981 dan dikenali sebagai Beyoncé. Merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, produser lagu, penari dan juga pelakon. Mula dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan  Destiny's Child yang popular sekita tahun 90-an. Antara kumpulan wanita yang mencatat penjualan album terlaris sepanjang zaman. Antara filem yang popular "The Pink Panther" dan "Obsessed" 



    Dah puas Lezza membebel kat sini, so apa pendapat korang pulak. Takkan baca ja, pi la picit button komen tu. Kita share2 la pendapa t=)

    Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool

    Assalammualaikum, rasanya dah lama Lezza tak join mana2 contest. Ye la, asyik x menang je...majuk kejap. haha, oke kita percaya pada rezeki masing2 kan. Kalau ada rezeki, ada lah. Contest kali ni sempoi. Baca skit title tu, "Blog saya biasa biasa je tapi cool".

    Haa, ni nk promote sikit blog Lezza. See, memang biasa-biasa je..simple. Gadget pun x banyak, lagu x dak. So, kat mana yang cool tu, blog ni cool sebab background dia warna purple. LOL, lagi2.....disebabkan dia x byk gadget, blog ni jadi ringan. (Betul ke?? Test la sendiri =p)...pemilihan warna yang sepadan (ni kira angkat bakul pi jalan2 dah) dan sebagainya. So, sesiapa yg nk join contest ni senang aja. Syarat2 ada kat bawah ni....check it out ahhh
    Syarat penyertaan
    1. Mestilah menjadi follower Belog cik si pipi merah
    2. Buat satu entry bertajuk "Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!"
    3. Dalam entry tu anda wajib letak 1 entry korang yang terbaik (letak link je)
    4. Letak banner Belog Cik si pipi merah dalam entry tersebut dan linkkan ke Belog Cik si pipi merah
    5. Tag SEORANG rakan blogger dan pastikan dia tahu dirinya ditag
    6. Letak link entry tu dekat sini

    Oke, dia nk entry terbaik.. Hah amik kau, "Daging dari tahi manusia". This entry is the best la....x percaya pi baca sendiri. Then, you could judge how cool it is? Peace yoo. Klik ja kat link bawah ni, ada bran??
    Daging dari tahi manusia

    Kat bawah ni banner Belog Cik si pipi merah. Nak join, tekan ja..Lezza dah linkkan ke belog beliau.




    Last and not least, blogger bertuah yang Lezza tag is syarafina. Done, dah siap..kan senang je. Apa lagi..jom la join ramai2. Baru meriah, lagipun tarikh tutup dia 28 September tepat pukul 11.59 pm. Apa tunggu lagi, cepatttt


    Mitos lelaki terhadap wanita

    Assalammualaikum dan selamat semua. Ok, guy and girl semua. Whether korang perasan atau tak...sebenarnya lelaki mempunyai pelbagai mitos terhadap kaum perempuan. Kat bawah ni Lezza nak senarai 5 mitos yang selalu lelaki fikir.



    Mitos 1: Kaum perempuan sering berasa tidak puas hati 
    Hakikat: Perempuan sentiasa mahu memperbaiki keadaan supaya lebih baik 

    Mitos 2: Kaum perempuan bercita-cita tinggi 
    Hakikat: Sebenarnya perhubungan kedua belah pihak lebih bercita rasa tinggi 

    Mitos 3:
    Kaum perempuan suka mengawal pergerakan kekasihnya 
    Hakikat: Perempuan lebih bersikap ambil berat dan lebih prihatin 

    Mitos 4:
    Kaum perempuan lebih mengada-gada 
    Hakikat: Perempuan suka dimanja dan diberi perhatian 

    Mitos 5:
    Kaum perempuan beremosi tinggi dan cepat sensitive 
    Hakikat:
    Perempuan lebih berjiwa halus 


    Come on guys, jangan asyikfikir negative je. Mudah-mudahan lepas baca artikel ni, ramai lelaki akan berfikiran lebih terbuka. Kredit to blog 1001 rahsia diri.

    Keputusan bola sepak akhir Olimpik 2012 - Brazil VS Mexico




    Perlawanan akhir bola sepak kejohahanan olimpik 2012 diantara Brazil dan Mexico. Akibat kesilapan pertahanan Brazil, Mexico berjaya menyumbat gol pertama pada minit ke-33.  Kedua-dua negara ini tidak pernah memenangi mana-mana pingat  emas di sukan olimpik dan berjuang bermati-matian di peringkat akhir kejohanan ini. 2 goal dari Peralta sudah cukup untuk menidakkan Brazil dari memenangi pingat Emas. Mano Menezes, coach Brazil terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak dari anak2 buah nya. Ini merupakan final ketiga Brazil tetapi mereka masih belum mampu untuk mendapatkan pingat Emas. Keputusan penuh 2-1. Mexico mencatit pingat emas pertama dalam edisi olimpik London 2012. Gol saguhati Brazil dihadiahkan oleh Hulk pada masa tambahan.


    [Mexico] 2-1 [Brazil]

    For Brazil, better luck next time yar. Pertahanan sangat lemah...thats the only thing. Who's Neymar? Sampai berdarah hidung dia. Hehe

    Pingat kedua Negara dari Pandelela Rinong



    Pandelela Rinong anak Pamg (lahir mac 2, 1993) merupakan seorang penyelam Malaysia. Dia menjadi atlet wanita pertama Malaysia untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik, serta yang pertama untuk memenangi pingat Olimpik di mana-mana sukan selain daripada Badminton, apabila dia memenangi pingat gangsa dalam acara 10m menyelam di Olimpik 2012 di London. awal pagi tadi waktu Malaysia.



    Walaupun ketinggalan pada pusingan pertama dengan kutipan mata 58.50, dia kemudiannya telah bangkit pada pusingan berikutnya sekaligus meletakkan dia layak dengan kedudukan gangsa itu. Pandelela Rinong berjaya mengetepikan saingan pingat gangsa daripada Melissa Wu dari Australia dengan kutipan 359.20 mengatasi 358.10. 

    Dia berketinggian 160cm dan mempunyai berat 49kg.  Beliau adalah dari etnik Bidayuh, kaum Bumiputera yang berasal dari Sarawak, Malaysia. Pada yang 2009 Dunia Akuatik Championships, dia memenangi pingat gangsa dalam m Wanita 10 Synchronized Platform dengan Mun Yee Leong dan diletakkan 5 dalam 10 platform Wanita m. Dia juga bersaing dalam 10 platform m Wanita diOlimpik 2008 di Beijing.

    Dia adalah pembawa bendera buat kontinjen Malaysia pada 2010 Youth Sukan Olimpik di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara 10m platform perempuan dan acara batu loncatan 3m. Di New Delhi 2010, beliau memenangi pertama Malaysia Sukan Komanwel pingat emas dalam sukan akuatik dengan memenangi 10m platform wanita. Secara kesuluruhannya, Pandelela telah pun meraih 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 7 gangsa sepanjang penglibatannya dalam sukan terjun ini. 




    Beliau juga adalah pembawa bendera wanita pertama Malaysia di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012 di mana beliau bertanding dalam 10 m platform individu dan 10 m platform serentak acara dengan teman lelakinya, Leong Mun Yee.

    Fakta Kejohanan Olimpik London 2012



    • Sebanyak 7700000 keping  tiket  disediakan untuk  Sukan OlimpikLondon 2012.
    • Sebanyak 2000 cicak air dipindahkan dari Taman Olimpik ke Waterworks Nature Reserve .
    • 200 km kabel digunakan untuk powerlines bawah tanah (sama dengan jarak di antara London dan Nottingham).
    • 8,35 km jalan air akan berada di dalam atau berhampiran dengan Taman Olimpik (bersamaan dengan 167 panjang kolam renang 50 m).
    • Seramai 800,000 orang dijangka menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan ke game2 dan ini adalah hari yang paling sibuk. Nilai ini bersamaan dengan seluruh penduduk Leeds.
    • Ketinggian Stadium Olimpik adalah 53m, tiga meter lebih tinggi daripada Tiang Nelson.
    • 205 negara  bertanding di Kejohanan di  London 2012.
    • 4000 pokok lagi akan ditanam di Taman Olimpik dan tapak Kampung Olimpik. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Queen Elizabeth menanam pokok pertama pada bulan Oktober 2009 di laman Stadium Olimpik.
    • 90% daripada bahan yang akan ditebus guna dari perobohan taman Olimpik boleh digunakan semula atau dikitar semula.
    • Kira-kira 260,000 roti dijangka akan digunakan pada Sukan Olimpik London 2012.



    20 fakta menarik untuk diketahui

    1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


    2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

    3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

    4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

    5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

    6. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

    7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

    8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

    9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

    10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

    11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

    12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

    13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

    14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

    15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 



    16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

    17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

    18. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

    19. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

    20. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

    50 pantai tercantik dunia

    50. Pigeon Point, Trinidad and Tobago


    49. Praia do Sancho, Fernando de Noronha, Brazil


    Senarai selebihnya boleh klik DISINI

    15 kesalahan terbesar dalam filem


    kredit picture kepada feedbox.com

    [PIC] Gambar yang go Auuuww

    Anak Harimau

    Yeay, I'm real ninja turtle
     Banyak lagi gambar dengan klik DISINI

    [PIC] Funny Wedding Dress

    Masa surfing td, terjumpa picture2. So, Lezza rasa nk share la kt sini. Bukan ditujukan kt sapa2, just untuk seronok2 je. Peace....Enjoy


    Lagi beberapa keping gambar dengan klik DISINI

    SNSD - Stamp

    Esok bersamaan 9 August 2012, Stamp bergambarkan SNSD akan diedarkan di Korea. SNSD adalah artis pertama yang mempunyai stamp mereka sendiri. Kalau korang peminat fanatik group ni blhlah pergi Korea untuk mendapatkan stamp2ni. Yang pasti ini memang awesome.


    Lagi beberapa keping pic stamp dengan klik DISINI


    SNSD Airport fashion (Malaysia++)

    Awal tahun ni my favourite kpop group datang Malaysia. Walaupun dah agak lapuk picture ni, tapi nk share jugak. Masa diorang datang Malaysia,Yuri xdatang. Sob sob, tapi Lezza upload pic Yuri kat airport lain. Masa tu dia nk berangkat ke US untuk shooting drama Fashion King.




    Boleh tgk selebihnya dengan klik DISINI


    Shah Iskandar

    Post kali ni Lezza nak dedikasikan kepada salah seorang pelakon yang Lezza suka sangat. Tak lain dan x bukan, Shah Iskandar. Dah terang lagi bersuluh, title pun dah letak nama dia awal2. Hehe, kenapa Lezza suka kat Shah Iskandar ni. 

    Pertama sebab dia hensem.. Hehe, dalam drama "Atas Nama Cinta" dia nampak sangat cool tau. Terutama masa tgh jogging kat tepi pantai, pkai earphone lagi. Waduhh, cair jiwa perempuan ni. X caya Lezza cakap dia cool??  


    Aisehh,x jumpa pic yang dia jog tu. Tapi gambar kat atas ni, u look cute la. Haha, anyway Shah ni boleh dikatakan pelakon baru. Banyak benda yang boleh belajar and perbaiki. I support u lah...hehe

    Jejaka idaman-pakai baju melayu lagi **pitam**

    Jom tengok profile dia pulak:

    Nama                 : Shah Iskandar Mahfuz
    Umur                  : 29 tahun
    Tarikh lahir         : 1 Mei 1982
    Asal                   : Singapura
    Kerjaya              : Model, pelakon dan pengacara