The 100 Most Beautiful Faces of 2012

Hai..hai and assalamualaikum semua. Ha, macam yang semua baca kat title tu.....tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya kan. So, pihak TC Candler mengeluarkan satu list "The 23rd Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces – 2012". Kalau dulu (tahun ni jugak) Lezza ada buat post 10 perempuan tercantik didunia 2012 yang telah diterbitkan oleh majalah "People". So, sekarang kita tengok pulak list yang dikeluarkan oleh TC Candler ni.

Ini merupakan ulang tahun yang ke 23 diorang. List ni bukan sahaja berdasarkan artis yang paling popular ataupun paling attractive berdasarkan luaran semata-mata. Tapi yang best, semua list ni dipilh berdasarkan elegance, class, facial features, joy, promise and macam2 lagilah. Kiranya berdasarkan personaliti plus ngan rupa diorang yang superb cantik dan menawan. Sebanyak 25 negara dimasukkan dalam senarai. Jom tengok siapa yang kena, mana tau artis feveret korang termasuk dalam list ke...hehe








10 bandar paling popular 2012

1. Las Vegas


2. Chicago


3. London



4. New York


5. Washington, D.C.


6. San Francisco


7. San Diego



8. Dubai


9. New Orleans


10. Hong Kong




7 Tabiat yang akan membuat korang lebih happy

Hai and assalammualaikum semua. Rajinnya nyelah korang datang jengok blog Lezza ni kan. Rasa terlebih rajin pulak nk update. So, macam mana tajuk post kat atas...itulah yang Lezza akan kongsi dengan semua pembaca. Ok, semua orang nk rasa bahagia, happy...mana ada yang nk rasa sedih and nangis all the time. Wake up guys, ada banyak benda yg blh membuatkan diri kira rasa lebih gembira. Dah sedia semua...take note, amik pen and kertas =)


1. Mulakan hari dengan harapan
Whats that mean Lezza?. Macam ni, mostly yang berlaku dalam hidup bergantung jugak apa yang berada dalam jangkaan kita. Lezza bagi contoh, bila bangun pagi cuba fikir "Insya Allah akan ada benda yang baik akan berlaku hari ni" Guess what?? Maybe korang betul.

2. Ambil masa untuk merancang and utamakan benda yg penting
Well known, salah satu punca utama stress adalah disebabkan terlampau banyk kerja yang perlu disiapkan dalam jarak masa terdekat. Come on, try plan dulu apa yang penting and kurang penting. Kan lebih organize. Dengan cara tu, objective kita akan tercapai satu persatu dan yang paling penting TERSUSUN =)

3. Beri hadiah kepada semua orang yang korang jumpa
Aiyakkk, banyak pulak duit aku nk bagi gift kat semua orang???(monolog dalaman). Chill semua, hadiah x semestinya dalam bentuk benda and wang ringgit. Contoh hadiah yang paling murah and senang...sebuah SENYUMAN. Selain tu, kata-kata yang baik, anggukan dan sebagainya....

4. Anggap orang lain mempunyai niat yang baik
Ok, kita ni x diberi anugerah untuk membaca fikiran orang lain (lezza pun x nk....). Then x payah la kita nk soal "why?" kepada semua "what?" they are doing. Faham x?? Macam ni, kita asyik fikirkan kenapa kawan kita buat macam tu? Let them be...assume je diorang tu ada niat yang baik. Kita pun rasa release, if diorang memang talk bad belakang kita..remember, Allah kan ada.

5. Makan makanan yang "high" dengan perlahan
"High" yang Lezza maksudkan disini adalah makanan yang sedap, mahal yang jarang2 kita beli. Cuba nikmati makan tu secara perlahan2. Contohnya..hmmm, Cheese cake ke? Sedapnya...

6. Just let go apa yang dah berlaku
Musuh utama nk rasa happy adalah perasan gundah, risau and sebagainya. Benda dah jadi or korang dah buat pun benda tu. We dont have time machine oke. So, pikir macam mana pun memang dah x boleh ubah. Lebih baik korang focus dengan benda yang ada sekarang.

7. Akhiri hari dengan penuh rasa kesyukuran
Kalau korang rajin, cuba dalam sehari tu list downkan apa benda yang menyebabkan korang rasa happy even small thing. Mungkin dapat bersama dengan family ke? Terjumpa dengan kawan2 lama ke? Apa-apapun bersyukurlah sebab x mungkin hari esok akan sama dengan hari ini =)



Fuh..alhamdulilah, habis jugak entry ni. Penat Lezza mengarang, hope semua yang membaca akan cuba amalkan and Lezza doa bebanyak semoga korang akan rasa lebih bahagia =)





Maksud sebenar lirik lagu Doremon

Suka tengok Doraemon?..angkat kaki semua,, yeah..ramainya angkat kaki. Rasanya rata-rata kira enjoy dengan lagu Doremon yang membawa balik nostalgia zaman kanak2 kita kan. Nak tau maksud lirik lagu doremon?...cuba selami dan dalaminya...Chewahhh



Huk...huk, teringat zaman muda-mudi yang x pernah kenal erti assignment, course work, carry mark (as a student la kan)

Penyanyi asal lagu Doraemon

Korang pernah layan cerita Doremon...konfem nih. Pakat semua x mau mengaku ma. Ekeke, nk tengok x siapa penyanyi asal lagu yang comel gila ni..


Penyanyi yang sampaikan lagu ni sebenarnya ada lima orang sejak dari tahun 1979 hingga ke 2005. Yang kat dalam video tu adalah Satoko Yamani Anison merupakan penyanyi kedua lagu tersebut. Performance ni dirakamkan pada tahun 2009 bertempat di Tokyo.

Lagu "Song of Doraemon" ni ataupun (ドラえもんのうた doraemon no uta?) dinyanyikan sebagai opening song untuk siri kartun tersebut. Selain dari Satoko, kat bawah ni adalah senarai singer rasmi lagu "Song of Doremon". Yang paling bestnya, suara diorang ni nk dekat sama je kan....Padahal orang lain2


1. Kumiko Ōsugi 
2. Satoko Yamano 
3. Tokyo Purin 
4. Misato Watanabe 
5. AJI




Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


KESALAHAN PERTAMA 
Menutup aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA 

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA 

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT 

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA 

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH 

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.






Selebihnya sila tambah untuk berkongsi.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: 
 

ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)







wallahualam....Sila share untuk kebaikan bersama, kredit kepada blog Dimensi Maya






Wan Zack Haikal bakat baru bola sepak malaysia

Assalammualaikum semua, kalau dah sampai ke page Lezza ni..mesti semua pun tgh mencari info pasal Wan Zack Haikal kan. Maklumlah nama Wan Zack ni tengah meletup-letup sekarang kat Piala Suzuki AFF 2012. Nak tau ke?? Meh sini kita kasi layan dulu gambar2 dia....


Wan Zack (tengah)
Kat bawah ni ada sekali gambar dengan biodata Wan Zack Haikal. Bolehla untuk sesiapa yang baru nk berkenal-kenalan dengan dia...hehe


Kepada gadis-gadis yang rasa terjatuh cinta semenjak melihat ketangkasan Wan Zack bermain bola....Lezza rasa lupakanlah hasrat tu sebab dia pun dah ada awek. Hehe @ZzatiRashid and @w_zack




Opppss, Lezza tau korang punah harapan melihat mereka berdua. Ekeke, tapi bukan tu je. Lezza ada benda nk tunjuk lagi ni



Dua-dua gambar kat atas ni milik Wan Zack Haikal...cuba compare ngan kat bawah ni??



 **Randy Panggalila**
(sama x?)

Okelah, walaupun apa-apa pun Lezza harap Wan Zack boleh bersama-sama dengan pemain-pemain kebangsaan yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia dan membreri kemenangan. Malaysia boleh...next match Malaysia VS Thailand. Yeaaa

Haa, satu lagi, kepada peminat, kalau rasa nk berinteraksi dengan Wan Zack...boleh pergi ke laman sosialnya

Twitter: https://twitter.com/w_zack
Facebook: http://www.facebook.com/ZackHaikalNoor

Gambar2 haiwan dalam kandungan

Assalammualaikum semua, masa syok online tadi..Lezza ada terjumpa satu artikel. Artikel ni berkaitan dengan pic2 embrio haiwan. This is so amazing, rasa x sabar nk share dengan pembaca blog lezza ni. 

baby dolphin

baby elephant

baby penguin

baby penguin

baby puppy

baby puppy

baby puppy

baby puppy

baby penguin
baby shark
Amacam?? In my opinion la kan...Masya Allah, kuasa tuhan tu terlalu luas. Ini sangat2 menakjubkan..this is how they look in the womb.

Segmen Cubit-cubit manja-tamat

Assalammualaikum semua....alhamdulillah, nampaknya segmen kedua Lezza telah pun berjaya melabuhkan tirainya. Walaupun sambutan yang diterima nampak gayanya macam agak suam-suam kuku. Tapi, Lezza tetap nk ucapkan terima kasih bebanyak kepada sesiapa yg telah pun join. Sayang korang... sebenarnya melalui segmen kita para blogger boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupn hanya di alam maya =). 

Thanks lagi sekali Lezza ucapkan kepada semua yang sudi join. Kepada yang pernah terbaca atau tahu pasal segmen..kenapa x join? Susah erk, syarat2 yang Lezza letak. OR, x de hadiah i-pad Lezza nk kasi =p??? Dont worry, x kecil hati pun. Bak kata orang, x nak sudah =p

OK, dengan lafaz bismillahirrahmanirahim, Lezza sebagai penganjur segmen ni mengumumkan bahawa segmen cubit-cubit manja telah pun tamat secara rasminya. So, Lezza bertitah kepada semua para peserta...ha!!apa lagi, pi la jengok peserta2 lain segmen ni. Pi cepat...ekeke, semoga kita jumpa di lain segmen. Daaa





Segmen "Cubit-cubit Manja"

TAMAT

AMARAN:
INI ADALAH ENTRY MELEKAT, SILA SCROLL KEBAWAH UNTUK LIHAT ENTRY TERBARU


Assalammualaikum semua. Lezza happy sangat hari ni sebab Lezza akan menganjurkan segmen ke-2 Lezza. Lezza harap segmen kali ni akan mendapat sambutan seperti segmen yang pertama. Jom la join ramai2 bagi memeriahkan segmen ni. 

PERHATIAN: Lezza harap korang akan baca sampai habis, sebabnya segmen ini akan membawa kebaikan kepada kita bersama....pihak penganjur dan juga peserta.

**Ok, kepada newbie (blogger baru) segmen is not contest or GiveAway. Maksudnya, segmen tidak menyediakan sebarang hadiah sebagai reward kepada sesiapa yang join. Jangan pulak patah semangat or something ok. Segmen mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Segmen ini diberi nama "Cubit-cubit Manja". Sweet x nama segmen ni?....haha. Sebenarnya nama ini diilhamkan daripada rules and regulation segmen ni sendiri. Sesiapa yang join kena cubit2 button follow and iklan2 di blog ni. Sebab tu namanya "Cubit-cubit Manja". Ekekeke. Dah x sabar2 nak join? Nanti dulu....jom kita tengok syarat2 kat bawah ni.


Rules:

1. Follow blog Lezza. Picit je button "Follow" kat sebelah ni.
2. Buat satu entry mengenai segmen ni bertajuk Segmen "Cubit-cubit Manja".
3. Sambungkan ayat di bawah
Saja join segmen ni kerana................(berapa panjang pun x pa)
3. Tempek banner comel kat atas tu di dalam entry korang dan linkkan ke blog Lezza.
4. Klik iklan2 yang ada di blog Lezza (ikhlas ya)
5. Submit link entry korang di ruangan komen entry ini sahaja. 

Oke, dah siap pun.


**Perhatian......

Memandangkan ini adalah segmen, Lezza ada beberapa benda nk bagitau. Lezza sangat berharap kepada semua peserta segmen ini supaya follow all rules yang Lezza dah state atas beberapa sebab. Nanti Lezza bagitau sebabnya oke. Then, selepas tamat segmen ni Lezza akan comeout dengan senarai peserta yang join this segmen. So, korang yang join pergilah terjah peserta2 lain. Masa pergi terjah tu....jangan lupa pulak. buat 3 benda yang Lezza listkan dibawah ni
  • Follow blog diorang
  • Klik iklan2 kat blog tersebut
  • Tinggalkan link diruangan komen entry segmen, supaya diorang jugak boleh jejak kembali blog korang 

See, senang je kan. Semudah A B C. Cuma terpulang kepada korang rajin or x. Ingat, what goes around comes around. Kalau korang buat apa yang Lezza listkan, peserta lain pun akan buat benda yang sama. 

Benefit bersama yang akan kita dapat: 
1. Segmen ini akan merapatkan ukhwah sesama blogger.
2. Follower blog kita akan bertambah terutamanya kepada newbie yang baru nk berjinak-jinak dengan dunia blog.
3. Sesiapa yang ada CPUV dari nuffnang akan dapat duit lebih (sebab blogger lain akan klik kat iklan korang)
4. Blog mana yang x da dari CPUV, jangan la risau atau rasa disadvantage. Sebenarnya, dengan join segmen ni...peluang korang untuk mendapat CPUV sangat tinggi. Sebab ramai yang klik pada iklan2 kat blog korang sekaligus menaikkan percentage CPUV korang tu.

Macam mana? Rasa berkobar-kobar x nak join? Oke, macam ni..if ramai yang nk join, kemungkinan besar Lezza akan menyediakan hadiah misteri. Berapa bilangan and macam mana nk dapat hadiah tu....nanti Lezza akan cerita bergantung kepada bilangan peserta. 

Lezza akan update segmen ni dari masa ke masa...and Lezza juga akan pergi melawat blog korang tu...and cubit2 manja kat button follow and iklan2 korang =). So,jangan lepaskan peluang korang untuk join. 





Tarikh tutup: 24 Nov 2012

Jersi baru harimau malaya 2012/2013

Hai semua, x abis lagi demam Separuh Akhir Muzik-Muzik dah masuk demam jersey baru harimau malaya 2012/2013. Semangat x nk tgk macam mana la rupa jersi baru ni kan. Kepada hard-die fan Harimau Malaya ni, jangan la lepaskan peluang untuk rembat satu dan jadikan koleksi korang. Hehe





Nike hari ini mengumumkan jersi baru ni Harimau Malaya akan mula dijual pada 15 November dengan harga RM229. Boleh tahan gak harganya kan... Tapi kalau dh fanatik, berapa pun sanggup. Ye idak??? 


Keputusan penuh separuh akhir muzik-muzik 27 (pusingan 1 )

Olahai...selamat malam semua. Fuhhh, penatnya. Sebab apa penat, ni ha. Sorry picture x clear sgt...handset biasa je pun. Pic bawah ni, artis2 yang berjaya menempah tempat ke final muzik2 27. Tapi, diorang ni x confirm lagi. Kena bertanding dengan pemenang pusingan 2 and 3.




Kat bawah ni adalah senarai lagu yang berjaya pada pusingan pertama. Lezza suka sgt sebab my favourite artis tercalon untuk masuk ke final nanti, STACY. Korang tengoklah bawah ni, ada x artis kegemaran korang yang tersenarai. Lezza dah ngantuk and good night. Banyak sgt benda yg jadi hari ni...so tired. Daa


Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim



Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal


Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr

Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim



Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan



Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja



Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul


Pengarah The Innocence of Muslim dipenjara

Assalammualaikum and selamat kepada semua reader Lezza De Blog. Lezza nk share satu cerita terbaru dengan korang. Hope reader x bosan menjenguk dan membaca cerita2 di blog Lezza ni. Macam ni, Korang tau x mengenai filem The Innocence of Muslim yang kecoh2 tu. Tengok pic bawah ni...




Pengarah filem "The Innocence of Muslim" berasal dari Carlifornia yang telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam didunia hari ini telah pun dijatuhi hukuman penjara selama setahun. Mahupun begitu, hukuman itu bukannya disebabkan oleh filem kontroversi anti-Islamnya tetapi atas  sabit kesalahan menipu pihak bank. 

Mark Basseley Youssef, yang juga sebelum ini dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Los Angeles, Cristina A.Synder untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Persekutuan. Beliau mengaku bersalah diatas empat daripada lapan pertuduhan terhadapnya, termasuk yang memalsukan kad pengenalannya dan menipu pihak bank.

Beliau berada di penjara selepas didapati bersalah diatas penipuan pihak bank dan kad kredit sejak tahun 2010 telah menyebabkan beliau terpaksa untuk menjalani hukuman penjara hampir  21 bulan.

Youssef, yang telah membangkitkan kemarahan  orang Islam di seluruh dunia menerusi filem anti-Islamnya, mempunyai mesej yang tersendiri untuk diberitahu kepada dunia melalui peguamnya selepas hukuman itu dikeluarkan:

 "Satu perkara yang beliau ingin saya sampaikan kepada anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dia tidak membunuh ideologi, "kata Steven Seiden, peguam Youssef.

Tertuduh juga pada mulanya dipersalahkan ke atas serangan ganas pada Amerika Syarikat consolate dalam Benghazi, Libya yang mengambil nyawa empat rakyat Amerika, termasuk J. Christopher Stevens, Duta Amerika ke Libya. Walau bagaimanapun, kejadian itu kini dianggap menjadi serangan pra-dirancang, dan butir-butir kejadian menjadi isu hangat dibahaskan pada akhir pilihan raya presiden Amerika.




Tips hilangkan jerawat di dahi

Hai semua, sihat x? Nampak x title kat atas, i bet sesiapa yg sampai kat entry ni mesti tengah ada problem dengan jerawat didahi kan. Say YES...ekeke. Tahniah, sebab korang akan didedahkan dengan tips yang cukup mudah untuk menghilangkan jerawat di dahi tanpa perlu mengeluarkan modal. Excited x? Releks dulu...sebelum Lezza kasi tips, meh Lezza share punca2 jerawat tumbuh didahi (macam x de tempat lain nk naik kan =p)



  1. Kalau muka korang dicemari ngan jerawat2 di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja.
  2. Haba dalam badan korang x seimbang. (Haba badan terlampau)
  3. Orang yang selalu tumbuh jerawat didahi adalah PANAS BARAN
  4. Peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress.
  5. Masalah dalam pembuangan air besar.

Oke, tips ni adalah based on true story. Ini adalah pengalaman dari owner blog ni sendiri (Lezza lerr). Lezza dah cuba and memang berkesan, cuma amik masa sikit. Senang je caranya. Macam ni

  1. Korang kena jaga waktu tidur. Amalkan tidur awal dan bangun awal, selain dari badan kita segar kaedah ini juga dinamakan "BEAUTY SLEEP". Nak cantik, take your beauty sleep oke.
  2. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak setiap hari. Banyak kali sangat doktor suh amik 8 gelas sehari, awat x mau ikut?? Takut gemuk air?????, fulamak weyhhhh.....salah fakta la. Takut gemuk air, x leyh minum air????. owh please, pi google la ni jugak punca gemuk air. Yang pasti bukan berpunca dari banyak minum air. Macam mana nak tau badan kita cukup air, senang je. Pi toilet and tengok warna air kencing masing2 (kalau jernih, itu bagus =)..)

Oke, cukup dua tips. Sebenarnya ni je yang Lezza amalkan. Selalunya orang yang mempunyai masalah jerawat didahi ni adalah orang yang berzodiak LEO and lahir dalam bulan 7. Ini bukan andaian, tapi hasil kajian. Orang yang lahir dalam bulan 7 ni selalu mempunyai masalah diperut dan berkait rapat dengan sembelit. So, korang kenala rajin2 minum air kosong. Jangan malas k. Good luck for those yang tengah baca entry ni. Adios..muah2x

Satu lagi, jangan stress2 oke. Kalau STRESS, JERAWAT suka.Hehe


Ice Watch Giveaway By Mibz and Alya Jane


Assalammualaikum, sihat x semua. Hari ni Lezza nk join satu giveaway. Kalau nk ikut hati memang dh x mau join mana2 GA, asyik x menang je. Tension gak kadang2 tu....Tapi sebab hadiah dia best sangat..Lezza rasa cm nk cuba nasib pulak. Mana tau ada rezeki. Korang nk tau x hadiah apa yg best? Ni ha, Ice Watch....wuarghhhh. Nak satu, Lezza suka gila jam ni tapi x da kesempatan nk beli. Huhu. Bukan tu je, ada banyak lagi hadiah..nanti korang pergilah ke link GA ni ye. Lezza tertarik ngan jam ni...hehe. Nak join?? Klik je kat banner GA ni oke..







Hadiah-hadiah gempak Giveaway:

  1. Ice watch untuk 3 orang pemenang. Di sponsor oleh Mibz Chipstore. 
  2. Top referral ke blog ini akan membawa pulang/memenangi (Pilihan :  Lomo aquapix atau Domain free for one year.)
  3. Hadiah freedomain atau camera lomo kepada peserta bertuah yang ke 300-. (Pilihan :  Lomo aquapix atau Domain free for one year. )

Blogger2 bertuah yang dipilih Lezza untuk ditag adalah....jeng, jeng jeng




Dah siap, nk lapor diri....daaaa



Mrs. Hairul Fastest Cra2y GiveAway




Wah..akhirnya Lezza jumpa GA yang best. Korang tau x apa yang bestnya?? Ni ha..cuba baca surat cinta yang owner GA create untuk kita =)

Korang tahu tak ? Banyak lebihan hadiah :) Korang nak ? Boleh je, sertai lah GA baru Miera ni. Ingat ! GA yang baru ni hanya berlangsung selama 7 hari iaitu tamat selepas Miera balik dari Kuala Lumpur. Jika tak ada yang nak, Miera suruh je lah sponsor tu ambil balik hadiahnya. Senang cerita ken ? 64 peserta terawal akan dapat hadiah :D So, dah tak sabar dah ? Jom tengok syarat 
Rasa terpanggil-panggil nk join. Tapi korang kena cepat tau...macam Lezza skang ni. Tangan dok tengah galak nk siapkan entry and follow semua syarat yg owner bagi. Sebab..63 peserta terawal confirm akan dapat hadiah. Masa Lezza check tadi baru 27 orang yang join, hope Lezza cepat. Kat bawah ni syarat2 blog. Senang je....jom kita



  • Like FANPAGE Miera
  • Buat entry 'Mrs. Hairul Fastest Cra2y GiveAway'
  • Letak banner yang jambu tu dan linkkan ke entry ini
  • Ajak ramai-ramai member join *lagi banyak yang join, lagi cepat korang dapat hadiah


Alhamdulillah, selamat jugak Lezza picit semua senarai sponsor yang Amira statekan...Lezza x nak la tinggalkan link entry GA ni sebelum settle semua syarat2 owner dia. So, Lezza dah siap nk lapor diri. Kepada adik Amira yang comel....nanti kalau Lezza ada terlepas pandang senarai sponsor, bagitau lain lah ye. Lagi satu....

FB: Lim Sung Hyo (baget nama korea)
Twitter: azil_ron

**Itu je..hope sempat, sebab lama jugak nk settlekan senarai sponsor tu =)**


Tutorial tukar linkwithin biasa ke link bergambar (nrelate)

Hai...assalammualaikum. Hari ni Lezza belajar satu lagi benda baru. Lezza belajar macam mana nk tukar linkwhin biasa kepada link bergambar. Sebenarnya...kita tukarkan penggunaan linkwhin ke nrelate. Wahh, mesti semua dah x sabar2 macam mana nk dapatkan link bergambar yg awesome tu kan =p

**SEBELUM**



**SELEPAS**


Cara-caranya:
1. Korang pergi ke link nrelate dengan klik DISINI.
2. Isi form macam pic kat bawah. Lepas tu tekan complete sign-up.



3. Process Sign up korang complete and pergilah check kat email masing2. 



4. Nanti kat email kan ada link. Korang tekan situ je, dia akan keluar page macam kat bawah ni. Then korang login guna nama and password yang korang dah set. Klik login macam biasa.



5. Korang akan nampak ada banyak button kat atas. Korang klik Install >Blogger (tgk pic bawah)

6. Masukkan alamat blog korang. Macam Lezza http://misslyzeer.blogspot.com. Wajib letak http://



7. Korang tick la kat mana2 yang korang nak then klik continue je

8. Klik pada add to blogger. Buat mcm gambar kat bawah ni ok =)



9. Pastu dia akan keluar macam picture kat bawah ni. Rasanya x perlu ubah apa-apa kot. Klik terus je pada Add Widget


10. Lepas korang klik kat situ, dia akan terus ke layout blog korang. Cuba tengok betul2, dia akan berada atas header. Tunggu apa lagi...drag je kat bawah post.


11. If korang ada install linkwithin sebelum ni macam Lezza, remove je ok =)


12. Nanti......, process dia x siap lagi. Kalau korang tinggal mcm tu je, korang x kan dapat cam nrelate Lezza. Kita kena buat ubah suai sikit. Klik pada Manage Setting > Blogger







13. Pilihlah setting apa2 yang korang suka ok....Kalau nk macam Lezza, buat macam ni


Main Setting
tumbnails: 90
style: polaraid
Max num page: 4

14. Tekan save.. Walaupun dia ada tulis yang masa yang diambil lebih kurang 2 jam tapi dalam 20-30 minit pun dah settle. Korang just tunggu and refresh la blog korang byk2 kali ok. Benda ni memang agak leceh, tapi hasilnya memuaskan betul...x percaya?? tgk yang Lezza punya and jangan jeles =p



**Suka tutorial ni? Jangan lupa komen**