Daging daripada tahi manusia

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua reader. Masa dok search kat google tadi, Lezza terjumpa beberapa artikel ni. So, kita share2 kat sini ye. Mula2 lezza baca pun tergamam jugak la..tambah2 lagi time bulan2 puasa ni kan.


Untuk pengetahuan reader sekalian, Para saintis di Jepun telah pun menemui kaedah-kaedah untuk memproses tahi manusia kepada daging tiruan. Alamak, sila muntah dulu kepada sesiapa yang rasa loya tekak disini.

Actually kisahnya lebih kurang macam ni. Seorang saintis dari Jepun yang bernama Mitsuyuki Ikeda, dari Okayama Laboratory dihubungi oleh Tokyo Sewage (Lebih kurang cam syarikat Indah water la) untuk mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak dilogi buangan najis. Proses penguaraian najis kan memakan masa yang agak lama. Tambahan sekarang, kapasiti penduduk semakin meningkat walaupun kadar kemalangan turut menaik. 

Then, pihak syarikat ni memintanya  mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana najis2 tersebut mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak. Kaji punya kaji para saintis ni, diorang pun cuba untuk mengahsilkan "steak"  tiruan daripada bahan utama tersebut..EEEuuuuu.

Macam manalah rasanya kan?

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Korang nak tahu apa yang lebih meloyakan....jeng2

"Ujian awal menunjukkan orang ramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu"

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20 kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Plus, kajian ni jugak dilakukan untuk menangani masalah makanan dunia pada masa hadapan, perlu ke aku makan najis pada masa hadapan

Macam nilah rupanya after telah menjadi daging tiruan
Lezza nak show video daripada saintis tersebut mengenai kajiannya.. Apa kata korang??







13 comments:

laskar pelangi said...

geli gelemannnnn~

aiman fanboy k-pop said...

uweeeeeekkkkkk....aiman muntah..hakhakhak...astagha...!baru aiman tau,dunia sekarang dah jadi terlampau canggih...boleh plak dia modified najis jadi makanan??agak2 boleh jd makanan asasi tak masa akn datang?

ayuakira said...

euwwwww geli gile~~~~~ =,=

Izzie said...

mak saya baru cerita pasal bende ni 2 minggu lepas..
sape nak makan bahan buangan sebegitu..walaupun dah diasingkan protein hape sume dan dah melalui beberape process..geli.....yaiks!!!

miss lyzeer said...

mintak2 la kerajaan malaysia x membolehkan benda2 cam gitu masuk lam negara ni. If x pun..proses la najis tu jadi benda lain.

transport ke..rumah ke..
ni makanan..aduhh

mohd sufian said...

bila xtahu semua boleh jer..dah dapat makan free tahi org..

shida'R said...

geli lak aihh huhu..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

adeh la . geli geli

miss lyzeer said...

hope x keluarkan balik makanan berbuka td =p

Hurun Akita @ Ciktika said...

eeeee.geli nye...xde keje dah org2 skang ni an

Aida Omar said...

erkkk...kalau jual kt Malaysia nie dh tentu x diluluskan nie. ape kejadah nye nk mkn najis tu. tau la nk jimat sgt tp jgn la.. x lalu nk mkn.

miss lyzeer said...

kalu x tahu tu najis..ramai yg makan, sebab rasanya sama =p

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

dh maju sgt la tu...hahaha
jgn eksport ke mesia sudah....