The 100 Most Beautiful Faces of 2012

Hai..hai and assalamualaikum semua. Ha, macam yang semua baca kat title tu.....tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya kan. So, pihak TC Candler mengeluarkan satu list "The 23rd Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces – 2012". Kalau dulu (tahun ni jugak) Lezza ada buat post 10 perempuan tercantik didunia 2012 yang telah diterbitkan oleh majalah "People". So, sekarang kita tengok pulak list yang dikeluarkan oleh TC Candler ni.

Ini merupakan ulang tahun yang ke 23 diorang. List ni bukan sahaja berdasarkan artis yang paling popular ataupun paling attractive berdasarkan luaran semata-mata. Tapi yang best, semua list ni dipilh berdasarkan elegance, class, facial features, joy, promise and macam2 lagilah. Kiranya berdasarkan personaliti plus ngan rupa diorang yang superb cantik dan menawan. Sebanyak 25 negara dimasukkan dalam senarai. Jom tengok siapa yang kena, mana tau artis feveret korang termasuk dalam list ke...hehe








10 bandar paling popular 2012

1. Las Vegas


2. Chicago


3. London



4. New York


5. Washington, D.C.


6. San Francisco


7. San Diego



8. Dubai


9. New Orleans


10. Hong Kong




7 Tabiat yang akan membuat korang lebih happy

Hai and assalammualaikum semua. Rajinnya nyelah korang datang jengok blog Lezza ni kan. Rasa terlebih rajin pulak nk update. So, macam mana tajuk post kat atas...itulah yang Lezza akan kongsi dengan semua pembaca. Ok, semua orang nk rasa bahagia, happy...mana ada yang nk rasa sedih and nangis all the time. Wake up guys, ada banyak benda yg blh membuatkan diri kira rasa lebih gembira. Dah sedia semua...take note, amik pen and kertas =)


1. Mulakan hari dengan harapan
Whats that mean Lezza?. Macam ni, mostly yang berlaku dalam hidup bergantung jugak apa yang berada dalam jangkaan kita. Lezza bagi contoh, bila bangun pagi cuba fikir "Insya Allah akan ada benda yang baik akan berlaku hari ni" Guess what?? Maybe korang betul.

2. Ambil masa untuk merancang and utamakan benda yg penting
Well known, salah satu punca utama stress adalah disebabkan terlampau banyk kerja yang perlu disiapkan dalam jarak masa terdekat. Come on, try plan dulu apa yang penting and kurang penting. Kan lebih organize. Dengan cara tu, objective kita akan tercapai satu persatu dan yang paling penting TERSUSUN =)

3. Beri hadiah kepada semua orang yang korang jumpa
Aiyakkk, banyak pulak duit aku nk bagi gift kat semua orang???(monolog dalaman). Chill semua, hadiah x semestinya dalam bentuk benda and wang ringgit. Contoh hadiah yang paling murah and senang...sebuah SENYUMAN. Selain tu, kata-kata yang baik, anggukan dan sebagainya....

4. Anggap orang lain mempunyai niat yang baik
Ok, kita ni x diberi anugerah untuk membaca fikiran orang lain (lezza pun x nk....). Then x payah la kita nk soal "why?" kepada semua "what?" they are doing. Faham x?? Macam ni, kita asyik fikirkan kenapa kawan kita buat macam tu? Let them be...assume je diorang tu ada niat yang baik. Kita pun rasa release, if diorang memang talk bad belakang kita..remember, Allah kan ada.

5. Makan makanan yang "high" dengan perlahan
"High" yang Lezza maksudkan disini adalah makanan yang sedap, mahal yang jarang2 kita beli. Cuba nikmati makan tu secara perlahan2. Contohnya..hmmm, Cheese cake ke? Sedapnya...

6. Just let go apa yang dah berlaku
Musuh utama nk rasa happy adalah perasan gundah, risau and sebagainya. Benda dah jadi or korang dah buat pun benda tu. We dont have time machine oke. So, pikir macam mana pun memang dah x boleh ubah. Lebih baik korang focus dengan benda yang ada sekarang.

7. Akhiri hari dengan penuh rasa kesyukuran
Kalau korang rajin, cuba dalam sehari tu list downkan apa benda yang menyebabkan korang rasa happy even small thing. Mungkin dapat bersama dengan family ke? Terjumpa dengan kawan2 lama ke? Apa-apapun bersyukurlah sebab x mungkin hari esok akan sama dengan hari ini =)



Fuh..alhamdulilah, habis jugak entry ni. Penat Lezza mengarang, hope semua yang membaca akan cuba amalkan and Lezza doa bebanyak semoga korang akan rasa lebih bahagia =)





Maksud sebenar lirik lagu Doremon

Suka tengok Doraemon?..angkat kaki semua,, yeah..ramainya angkat kaki. Rasanya rata-rata kira enjoy dengan lagu Doremon yang membawa balik nostalgia zaman kanak2 kita kan. Nak tau maksud lirik lagu doremon?...cuba selami dan dalaminya...Chewahhh



Huk...huk, teringat zaman muda-mudi yang x pernah kenal erti assignment, course work, carry mark (as a student la kan)

Penyanyi asal lagu Doraemon

Korang pernah layan cerita Doremon...konfem nih. Pakat semua x mau mengaku ma. Ekeke, nk tengok x siapa penyanyi asal lagu yang comel gila ni..


Penyanyi yang sampaikan lagu ni sebenarnya ada lima orang sejak dari tahun 1979 hingga ke 2005. Yang kat dalam video tu adalah Satoko Yamani Anison merupakan penyanyi kedua lagu tersebut. Performance ni dirakamkan pada tahun 2009 bertempat di Tokyo.

Lagu "Song of Doraemon" ni ataupun (ドラえもんのうた doraemon no uta?) dinyanyikan sebagai opening song untuk siri kartun tersebut. Selain dari Satoko, kat bawah ni adalah senarai singer rasmi lagu "Song of Doremon". Yang paling bestnya, suara diorang ni nk dekat sama je kan....Padahal orang lain2


1. Kumiko Ōsugi 
2. Satoko Yamano 
3. Tokyo Purin 
4. Misato Watanabe 
5. AJI




Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


KESALAHAN PERTAMA 
Menutup aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA 

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA 

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT 

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA 

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH 

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.






Selebihnya sila tambah untuk berkongsi.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: 
 

ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)







wallahualam....Sila share untuk kebaikan bersama, kredit kepada blog Dimensi Maya






Wan Zack Haikal bakat baru bola sepak malaysia

Assalammualaikum semua, kalau dah sampai ke page Lezza ni..mesti semua pun tgh mencari info pasal Wan Zack Haikal kan. Maklumlah nama Wan Zack ni tengah meletup-letup sekarang kat Piala Suzuki AFF 2012. Nak tau ke?? Meh sini kita kasi layan dulu gambar2 dia....


Wan Zack (tengah)
Kat bawah ni ada sekali gambar dengan biodata Wan Zack Haikal. Bolehla untuk sesiapa yang baru nk berkenal-kenalan dengan dia...hehe


Kepada gadis-gadis yang rasa terjatuh cinta semenjak melihat ketangkasan Wan Zack bermain bola....Lezza rasa lupakanlah hasrat tu sebab dia pun dah ada awek. Hehe @ZzatiRashid and @w_zack




Opppss, Lezza tau korang punah harapan melihat mereka berdua. Ekeke, tapi bukan tu je. Lezza ada benda nk tunjuk lagi ni



Dua-dua gambar kat atas ni milik Wan Zack Haikal...cuba compare ngan kat bawah ni??



 **Randy Panggalila**
(sama x?)

Okelah, walaupun apa-apa pun Lezza harap Wan Zack boleh bersama-sama dengan pemain-pemain kebangsaan yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia dan membreri kemenangan. Malaysia boleh...next match Malaysia VS Thailand. Yeaaa

Haa, satu lagi, kepada peminat, kalau rasa nk berinteraksi dengan Wan Zack...boleh pergi ke laman sosialnya

Twitter: https://twitter.com/w_zack
Facebook: http://www.facebook.com/ZackHaikalNoor