Segmen :Aku & Novel

Cara nak join:-
  1. Copy banner Segmen Aku & Novel dan linkkan ke entri ini.
  2. Buat entri "Segmen :Aku & Novel" 
  3. Dalam entri tu, korang senaraikan novel-novel yang korang suka, tak kisahla novel melayu ke, novel inggeris ke, novel cina ke, india mali ke..tak kisah okay!! letak nama penulis sekali pun takpe.kita kan 1 Malaysia #eh, tetibe
  4. Kalau nak lagi cun, taruk gambar novel peberet korang tu okeyh!
  5. Hantar link kat bahagian komen entri ini sahaja okeyh! 
Top Referral akan mendapat sticky post selama 5 hari. So, promote entri anda habis-habisan okeng!
Kalau berminat nk join Click pada pic ya

Ehe..cakap pasal novel ni lezza lemah sikit la. X layan sangat..cuma ada satu dua novel melayu yang Lezza ingat sampai sekarang Bicara Hati, Sehangat Asmara, Ombak rindu, Sepi Tanpa Cinta dan adalah 2-3 lagi. Bicara hati antara yang boleh membunuh air mataku ini...Chehh, jiwang zaman hingusan. Meleleh feeling baca novel =p. Ok tu je kot...x tahu la owner segmen ni nk terima lagi ke x penyertaan ni. Ok, kita try cari picture2 yang berkaitan ngan novel2 yang Lezza ada mention td.


Kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah

 Kredit kepada forum tentangcinta

Gambar Sekadar Hiasan
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:

Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu” 





Segmen : Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger

Cara-cara :
1. Follow blog Shiema dan Like page Belog Shiema Sufian.
2. Buat entry bertajuk 'Segmen : Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger'
3. Letak banner segmen ini di entry anda dan linkkan ke entry belog Shiema ini ye.
4. Perkenalkan diri anda ; nama, umur, dan sebagainya.
5. Publish dan tinggalkan link entry anda di ruangan komen blog Shiema ye (:

kalau berminat nk join click pic ye..

Alrite..ehem2, nk perkenalkan diri ni. Assalamualaikum, x jawab dosa..jawab gatal (haha, main2 ja). Nama diberi Norliza, just call me Lezza ok. Umur 23 tahun and Lezza adalah blogger Penang. Sebab nak join ni nk tambahkan kenalan blogger. merapatkan ukhwahh..(chewahh). Itu je kot. Daa






"TITANIC" tipu korang

Tajuk cam menusuk jantung? Fulamak weyh, jgn x caya..dh bertahun2 kalu tgk cerita tengok movie "TITANIC" ni mesti kalu perempuan bergenang2 air mata tambah2 masa babak last yang Si Jack nk jatuh dalam lautan tu. Tipulah kalu korang x nangis..kentalnya jiwa korang kan. X nk tahu ke adegan2 disebalik epik cinta yg sgt menyetuh jiwa tuuuuu??


Kita warming up dulu dengan adegan2 dari filem epik ni. Tgk pic atas ni..inilah replika "TITANIC"  tu...Besar jugak la kan.


Pic kat atas ni masa kapal tu dh tenggelam, most of people terpaksa terjun untuk selamatkan diri masing2...Owh, masa tu cam x sanggup tgk diorang2 ni terjun kedalam laut yang sejuk mengalahkan peti ais. 


Hah..ingat x adegan yang paling popular dalam cerita ni. "U jump i jump". Teringat x zaman korang bercinta?..mesti ada yg fanatic "TITANIC" pernah lafazkan ayat keramat kat awek2 or balak2 korang kan..kan..kann. Nk tengok real pic macam mana? Dah sedia?? say "saya dah sedia, saya dah sedia" (nada spongebob =p) Hamik kau...


Hi2 ehe, x de lah tinggi sangat. Kalu nk terjun bersama2 pun no hal lah. Bab angin yang sepoi-sepoi bahasa tu..diorang lataklah kipas bapak besar kat depan. Like masa Ning Baizura nyanyi lagu "Awan Yang Terpilu", pulak dh kann..Ok, pic bawah ni Lezza rasa wajib korang tengok..Jeng jeng jeng


Tudia...katakan TIDAK, dalam kolam ja rupa-rupanya...Hehe, ok itu je nk story, sabar2 pak ngah and mak ngah sekalian. Peace, sekadar hiburan malam hari

Photoshop GAGAL

Mungkin ramai yang dah tau dengan software Photoshop, kita boleh edit banyak benda dan kita boleh adakan yang tiada. Kadang2 paparazi kat negeri "Omputih" sana sanggup mengedit pic artis2 dan siarkan berita bukan2. X percaya, jom tgk kat bawah ni. Lezza amik pic ni kat internet dan sekadar hiburan semata.

1) Three Handed Hannah
Masa Miley Cyrus ngan Nick Jonas masih berpacaran, Miley boleh letakkan tangan pada bahu Nick and dalam masa yg sama boleh pulak peluk pinggang Nick tu. Alahai paparazi, kalu nk edit punnn


 2) Lady Tripod (No, not THAT kind of tripod)
Ni pulak maybe poster untuk filem kot. Tangannya dimerata-rata


3) Outing
Gadis cantik ni bawak family pergi ke beach untuk bersantai-santai. Tapi Uncle Fester(paparazi) pegi snap and keluarlah cerita2 yang bukan2.


4) On Newsstands Everywhere
Macam ada x kena ja ngan jari model dalam magazine ni kan..tergeliat semacam ja


5) Girl Friend / Predator
Girl ni baru turn on 21 years old kot. Seronok sgt, see mulut dia ternganga masa gi clubbing ngan member dia yg lain.


6) We are SO Gonna Get It
Ada satu product ni boleh tukarkan tone kulit korang jd "2 tona lebih cerah" aikkk?? Haha



7) Bermuda Triangle Effect
This is funny, 2 akhbar berbeza, 2 pic yg berbeza tp melaporkan benda yg sama. cube tgk between 2 paper ni apa yg x sama??


Kempunan Burger

Hah, amik kau. Entry kali ni penuh dengan gambar burger sebab tuan blog ni sangat kempunan nk makan burger. especially Beef Burger double cheese. Argghh, limpahan sos kemakmuran, masam2 jeruk, daging yang penuh. Cheese yang lembut dan mencair dalam mulut. X dapat tertahan gelodak hati...




Itu ja nk story...=p


Beza Perempuan Lawa dan Tak Lawa




Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:" woow, ciri-ciri isteri idaman..."
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: "eh tak reti komunikasi betul... "

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: "mesti ada krisis dalaman nih...kesian"
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: "dah la tak lawa, perangai pulak huduh..."

Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: "heroin sejati...!"
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: "taktik nak ngorat le tu..."

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: "ok gak la...."
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: "kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!"

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: "buta kayu betul mamat tu...."
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: "...patut pun kena reject..."

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: "ntah dato' mana bela nih...."
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: "mesti anak org kaya nih....."

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: "pasti takut kalau2 gambarnya tersebar"
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: "sedar pun diri..."

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: "caring sungguh...."
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: "nak tunjuk caring le tu...."

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: "dont worry..i will make u happy forever"
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: "sikit2 nak nangis!! mengada2..."

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: "dah la lawa, pandai masak pulaktu..."
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: "ntah sedap ke tak????"

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: "takpe..."
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: "ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau.."

Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: "sukenya...."
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: "balik2 email dia...boring"




13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat





Apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu...?Ini adalah jawapan yang mungkin kita dengar dari bibir orang2 yang 'liat' untuk mematuhi perintah Allah yang satu ini...



1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana Rahmat dari Allah SWT)

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kamu bagus sangat nak tegur aku. Kamu dulu pun lagi jahat .
Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kamu Islam, dakwah tu wajib walaupun kamu sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang ada terbit rasa keinsafan dan mahu bertaubat 
.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kam,u tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Adakah kamu berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
Apakah ibadat kamu diterima? Kamu yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin seseorang masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Kamu sebenarnya sedang menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka ... disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
Berani cakap di dunia, berani ke kamu berkata begitu di depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu kamu sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)


p/s:
Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Bahagian Tubuh yang paling penting

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu menebak dengan jawaban yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi

aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawabnya, "Bukan.

Banyak orang yang tuli, mereka masih boleh hidup nyaman dan beberapa di antaranya menjadi sukses. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku akan menanyakannya lagi nanti." Beberapa tahun kemudian sebelum dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku memberitahukannya,
 
"Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawabanmu masih salah kerana banyak orang yang buta. Dan banyak sekali orang buta yang mencapai kejayaan."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun..Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban dia selalu,
 
"Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.

Dia bertanya padaku,
"Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berpikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku,
 
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata.
 
Dia berkata, "Sayangku, bagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi karena bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila-bila masa pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
 
 
 
Kredit this story kepada blog kembara mencari redha Ilahi 
 

Please remove word Verification

Ok, macam mana nak start ya. Lezza nk tujukan post ni especially kepada blogger newbie. Yang baru menceburkan diri dalam berblogging. Oh, first of all...selamat datang ke dunia blogger. Macam aku dah lama sangat je . Sebagai blogger baru, banyak yang kena belajar. Xpa, slow slow kita berubah to become better blogger ye idak. Sebagai salah satu blogger yang agak lama perasan kau lezza rasa cam jadi tanggungjawab untuk membantu korang2 semua. Word Verification, korang tau x benda tu apa? X tau and x pernah perasan kan..Ataupun tahu tapi x tau nk remove. Let me make it clear, tujuan word verification tu just nk make sure korang ni is human bukannya robot. Then Lezza rasa, word verification kat ruangan komen sangat x patut. Sebab, dah confirm2 la yang tgk blog kita tu manusia. Contoh cam kat bawah ni, Lezza ada snap kat salah seorang newbie..sorry ye kalu ni korang punya ke, awek korang ke. Sekadar contoh

Click pic untuk besarkan
Dengan me"remove" benda ni, blog korang akan jadi lebih mesra pengguna. See, nk komen pun senang. X payah nk type perkataan yg keluar bagai. Lezza dengan baik hati buat tutorial untuk removekan benda alah ni. Tengok baik2 ye..senang je =)

1. Click pada "design" (tgk pic bawah)

Click pic untuk besarkan

2. Click pada "Setting" (tgk pic bawah)

Click pic untuk besarkan

3. Clik pada "Comments" (tgk pic bawah)

Click pic untuk besarkan
4. Cari "Show for word verification for comments" and tick pada "No" (tgk pic bawah)

Click pic untuk besarkan

5. Last skali, jangan lak lupa tekan "Save Setting"

Click pic untuk besarkan


Then kalu dah settle semua, ce view blog. Tgk ruangan komen ke..Hah, camni barulah best. Nk pergi komen kat blog komen pun senang hati..kan kan kan

Aku Suka Dia

Lagu ni membuai-buai perasaan. Kalu yang admire kat somebody rasanya memang kena ngan jiwa. Wah, wah..pengsan. Sebelum Lezza melalut panjang, korang layan je k


Lirik lagu: Aku suka dia..
Penulis dan penyanyi: Ainan Tasneem 

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia… 





p/s: Mr Misteri, saya suka kamu =p





Bahaya bercouple..saper yg bercoupling........BACA!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, actually Lezza amik benda alah ni dari web 1001 Rahsia diri. Sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan jugak org lain. I dont know la if one day Lezza couple, ha..baru kena ngan batang idung sendiri. By right, hope  xde istilah couple dalam my life and nk bercinta lepas kawin aja. =p

Gambar sekadar hiasan
Manfaat daripada ber"couple":

1) Seronok (dpt fitnah)
2) Seronok (dpt dosa)
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) Dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) Byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7) Byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
10) Lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.. 

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi:

1) Byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak. 

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le.. 

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata 

"tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . 

betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan... 

4) Bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni.. 

5) Ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek.. 

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling mempengaruhi suasana. 

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat... 

8) Haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt.. 

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu... 

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

 

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud: 

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W 
"sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

 

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

 




Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam... . 





SEGMEN : BLOGWALKING & CLICKING

Dah lama x join segmen.. Sementara jap gi nk masuk tido, nk join la segmen ni. Walaupn skang ni x da BE dari nuff, at least ngan join segmen ni boleh la menambah-nambah kenalan di alam maya. Dia punya syarat2 pun mcm x susah ja.

1. Buat entry bertajuk ' SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH '

2. korang tempek banner segmen yg simple kat atas tuh

3. Dalam entry, korang tulis la sikit2 psal diri korang :

nama :
umur  :
tarikh lahir :
brpe la korng berblog 
harapan korang 

nak tambah bebanyak lagi pon boleh . ikot suke korang la (:

4. Tak perlu tag2 bagai (: juz, kalau rjin, ajk la reramai join segmen ni 

5. Da siap entry, tinggal link entry dekat bhgian komen ni tau :D

Ok, kita tempek banner segmen ni pulak.
Sapa yang berminat bole click ke kat banner ni ye.
Nama diberi Norliza Binti Abdullah (Nama penuh gitu, panggil Lezza ja ye), Lahir sekitar tahun 1989 (I'm 23 now). Menubuhkan blog pada tahun 2009 tapi aktif pada tahun 2011 sampailah sekarang. Harapan, nk jadi famous cam blogger2 otai yang lain (kuang2x...just kidding). Itu je kot. Happy berblogging ya kawan2






Lelaki-lelaki terkacak didunia

Alrite, skang tengah mood nk menggatal. Lezza kan pompuan mestilah suka tengok lelaki. Ok, lezza memain je. Dont take it seriously. Semua pun mesti terbayang2 muka aaron aziz yang super kacak, or tak pun shah rukh khan yang pernah menjadi "kegilaan semua wanita seluruh dunia". Dah macam lirik lagu yang nak masuk AJL tu pulak kan. Haha...Susunan kat bawah ni x ikut ranking. OPPS (tercaps lock pulak =P). Semua ni adalah pendapat peribadi. X da kena mengena dengan sesiapa ok.

1) The Grandson of King Faisal (Prince Mutaib dari Saudi Arabia)
Kalu cakap pasal lelaki terhansome, entah lah..muka yang mula2 Lezza terbayang mesti si mamat ni. Ce korang tengok..hensem x? =p


2) Arjun Rampal
Bole meleleh air liur tengok dia berlakon dalam Dil Hai Tumhara. Aduhh, melt2


3) Daniel Henney
Pelakon dan seorang model. Popular melalui cerita "Seducing Mr Perfect" and "My Lovely Samsoon". X kelip2 mata pandang mamat ni. Perghh, tambah2 badan nya yg begitu sasa, opp terlebih sudah =p (gurau malam)


4) Lee Min ho
Yeah..stok2 korea sudah sampai. Ok, gegurl and boboi, asanya most of you yang kenal ngan Lee Min Ho ni. Cita "Hana Yori Dongo" tu (betul ke aku eja ni, bedal je la..) How cute


5) Zac efron
Yang ni x tau nk kata apa la kalu org x kenal. How cute, how hensem..how melting i am. Ye ke?


6) Jensen Ackles
Ni sorang lagi. Dari mata jatuh ke hati wa cakap lu. Mata dia tu cam ada satu aura and tarikan. Bak kata org smiley eye gitu. Kenal dia dari cerita "Supernatural". Tiap kali tayang je for sure melekat sejam kat tv sebab..nk tgk dean berlakon. Hehe, kantoiii


7) Cristiano Ronaldo
Lupa pulak pasal bintang bola sepak kita sorang ni. Hebat digelanggang, nakal di sosial life nya. Anyway, you memang smart la bro



8) Aaron Aziz
Kalu x masukkan abang long kita ni rasa cam x lengkap pulak list ni..hehe



9) Ashraf Muslim
Tengok muka dia ni nampak tenang sangat. Hurmm, dah jadi laki orang =p


10) Nickhun 2Pm
Comel and cute..kalu skali dia senyum, berjuta2 fan pompuan bole pengsan. erkk =p


Tapi kan..tapi kan, "Mr Misteri" jugak yang berjaya menambat hati Lezza. hehe





Review Alexa untuk pemenang contest

Hai semua, apa khabar? sihat..Kalu x, cepat2 bagun pegi amik ubat makan..pastu baru sambung baca entry ni balik =p. Dah baca tajuk entry ni?? Ha, so post kali ni pasal review alexa la. Fuhhh, penatnya memview semua blog2 pemenang. Tapi x pa, untuk korang and seperti yang Lezza dah janjikan dulu. Semua pemenang akan direview alexa dan diberi 5 bintang. Apa lagi? Korang x nk tau ke Lezza komen apa pasal blog korang? X nak tau..x nak sudah..hehe. Yeah, segala maki hamun telah dilemparkan. Itu sebagai balasan sebab korang dengan beraninya telah pun menyentapkan Lezza dalam contest terdahulu. (Masa tu Lezza gunakan panggilan Miss, so far...sekarang just call me Lezza ok)

X da lah..memain je. X kan lah Lezza nk buat korang mcm tu, sebab korang blog Lezza dah jadi macam ni. Nampak x perubahan? See...see. Seminggu oo lezza bermain ngan koding2 bagai sebab nk meng'upgrade' kan my beloved blog ni. Kalau korang tahu mcm mana nk tgk review alexa tu..pegilah tengok sekarang. If, ada yang belum tahu, Lezza ada buat tutorial kat korang. Ce tengok kat bawah ni

1. Click sini www.alexa.com
2. Type URL blog korang kat tempat lezza nyatakan

Click pic untuk besarkan
 3. Click detail seperti gambar dibawah

Click pic untuk besarkan

 4.  Next, korang cari pulak perkataan review and click kat situ.

Click pic untuk besarkan

5. Lastly, carilah perkataan "Review dari Miss Lyzeer" and click ya

Click pic untuk besarkan
Then, itulah dulu. Nanti Lezza gi serbu blog korang2 ya. Tunggu...


p/s: kalu korang rajin, bolehlah review alexa lezza skali ye, click sini untuk tgk tutorial.












Gonna Married??

Kahwin? Siapa yang x nak...Nabi tak mengaku umat nanti, nasab keturunan jugak x boleh membiak kan? Baru2 ni cousin lezza melangsungkan majlis pertunangannya. So jealous actually. Masa majlis tu, penat jugak la berdolak dalih ngan family2. Asyik tanya je.. 
"kakak bila lagi?"
Sapa nak jawab tu..Bila lezza cakap nk kawin umur 35, semua pakat dok gelak pecah perut. Adoiii, my tokwan boleh pulak cakap
"Masa tu tokwan pun muda lagi, baru 80++"
Alrite, then what should i answer the question properly when i really dont know the correct word to  that. I tunggu Mr right to come aja. Ok, kita change topic..... Guest what, guest what. Ada something lezza nk kabo kat kamu kamu ni....ehe. Nampak x pic kat bawah ni. Ha, nilah namanya baju nikah. Dont be surprise ye, this is not belong to my cousin, me or you neither. Ini Lezza amik kat google je. Apa kaitan liza ngan baju ni pulak kan. Ni nk cerita la...


Ohooo..x sangka u. Jangan x tau, budak mechanical yg melambangkan kebrutalan dan keganasan boleh membuat hasil seni halus. Alrite, back to the point. Baru je tadi my friend hantar baju nikah dia, suh lezza tolong jahitkan manik. So far, the experience almost zero but i try my best sebab x nak menghampakan harapan seorang kawan. Harap sgt tangan yang selalu memegang besi2 dan minyak hitam ni mampu jugak untuk memegang benang dan manik2. Doakan semoga hasilnya nanti is not so bad. Itu je sebenarnya nk story..hehe