Jom join contest raya pertama terompahcaring !

Telah lama menyepikan dari join contest (selalunya join GA and segmen je). So, rasa cam nak support terompahcaring dengan menjoinkan diri dalam contest pertamanya. Kita buat checklist dulu..senang, takut2 ada yg teringgal kan..



Step1

Copy gambar terompah caring ni, dan letak pada entry masing-masing. (done)


Step 2.

Buat satu entry dengan sambung ayat ini ”Hari raya kali ni best kerana…”(ikut suka nak berapa patah) atau (boleh pilih nak buat mana satu)
Buat satu entry dengan sambung ayat ini “Hari raya kali ni tak best kerana…”(ikut suka nak berapa patah) (done)

Miss pilih pilihan yang pertama. Hari raya kali ni best kerana…


Tahun ini beraya,
Happy x terkata,
Full month bersama,
Dengan keluarga tercinta.

Beli baju raya dengan gangster,
Pegi pulak naik van mak salmah,
Empat bulan bercuti semester,
Sebulan ber 'Ramadhan' di rumah.

Masa berblogwalking jumpa ini,
Topup diberi dari kualiti entri,
Harap dapat duit raya lagi,
Dari yang empunya contest ni.
hehe


Step 3.

Tag pada 2 orang blogger lain.



Step 4.

Post link entry yang dah dibuat tu dekat bahagian komen. (done)







P/S : done...nk lapor diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 

Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012

Join cabutan bertuah la pulak




Miss nak tag...


Dah siap..wahhh, pendeknya entry, harap owner cabutan bertuah terima. 

Bersedia untuk lapor diri...(kalu korang nk join klik je banner kat atas tu ye, ikutlah arahan2 yang diberi)

Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE.

Miss tertarik nak join segmen lagi..so, kita boleh isytiharkan bulan August adalah bulan bersegmen. Chewahh, kenapa Miss join segmen ni?? Hah...sebab

Tujuan utama segmen ni diadakan: 

" Untuk bagi peluang kepada semua blogger yang nak tarik pembaca baru datang ke blog masing-masing dan juga kepada mereka² yang nak ber-blogwalking dengan lebih efisien dan dapat promote blog korang secara percuma, korang mungkin berpeluang mendapat pembaca setia & menambah lebih ramai follower. Tapi semua tu bergantunglah pada kekuatan blog korang" - kata2 yg dipetik dari owner segmen


Camne nak join? Korang hanya perlu baca & ikut syarat² di bawah:

1. Kalau korang berminat, bolehlah jadi follower Lighta Shadowee. Tapi itu pun kalau korang berminatlah, tiada paksaan sama sekali. (done)

2. Buat satu entri dengan tajuk Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE. (done)

3. Copy paste pic rasmi segmen ini, dan letakkan pada entri anda tadi. Make sure linkkan pic tersebut ke entri ini (http://lightshadow88.blogspot.com/2011/08/segmen-rekemen-blog-bersama-lighta.html). (done)




4. Letakkan dua (2) link entri yang paling best/menarik/lawak dari blog korang sendiri. Part ni sangat penting! Pilih dengan bijak, supaya pembaca yang datang akan terus jatuh cinta dengan blog korang lepas baca entri tersebut. Kalau diorang suka dengan entri tu, konfem² diorang akan follow & keep updated dengan blog korang. InsyaAllah. (done)



5. Kalau korang rajin & bermurah hati, bolehlah tag rakan-rakan yang lain. Lagi ramai, lagi meriah kan? (done)



6. Lastly, tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini. Siap! (done)

**Tarikh tutup belum ditentukan lagi, bergantung pada penyertaan. Kalau ramai yang berminat, penulis akan panjangkan tempoh segmen ni.





psssst: Miss nk lapor diri..

SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah

Owh, sebenarnya jenis darah jugak boleh melambangkan personaliti. Cuba check kat bawah ni ( Miss amik dari blog dieylashaza.blogspot.com (Owner segmen =p)


Darah A [ Farmers ]
Mereka berdarah jenis ni memang seorang yang pemalu , 
bertimbang rasa , setia , tak pandai menipu , perahsia , 
sensitip , agak degil dan serius dalam hidup..


Darah B [ Hunters ]
Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu


Darah AB [ Humanists ]
Mereka pandai menguruskan kewangan , cool and steady,
ceria , bijak mengawal emosi.


Darah O [ Warriors ]
Outgoing , expressive , passionate , ada ciri pemimpin , 
self-confident , sifat cemburu kuat , setia , sabar


Syarat-syaratnya :

1. Follow blog nih [ takpaksa pon , nih if nak tau perkembangan je]
2. Buat satu entry khas dan letak tajuk :
SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah
3. Letak header kat bawah tu


4. Nyatakan jenis darah korang sama ada A , B , AB , O
[nak memudahkan aku buat ikut kump darah]
5. Like page kat fb [ nih pon takpaksa ]


Jawapannya adalah:
 
Darah B [ Hunters ]
"Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu"
 
psst: Bab pemalas tu memang diakui..kui2x . Satu lagi, Heechul punya jenis darah AB =p


SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Ok2..korang mesti cakap, banyaknya segmen Miss join kan. Yup,banyak...hari2 mesti ada segmen. Sebab?? Syarat dia mudah, x de perlu tag sana or tag sini. So, sesiapa yg nk Miss join, buatlah syarat2 yang mudah =P. hehe.

"Segmen ni saling tak tumpah macam kritik blog jugak. Macam entri pertanyaanlah dekat reader atau pengunjung, tanya dorang blog korang berat atau tak. Yelah, kalau nak pergi tanya satu-satu macam susah kan. Apakata kasi kumpul semua? Berminat? Silalah join. Hahaaa..
Tapi korang kena jujur. Kalau blog tu rasa berat, maklumkan kepada tuan punya blog. Kalau ramai kata blog korang berat, chill. Cari punca kenapa blog korang berat dan usaha baiki blog korang supaya mesra pengunjung." kata2 dari Tia (Jangan marah owner segmen,miss kreditkan kata2 itu kepada kamu)

Korang x nak tahu ke blog korang ni Berat ke x? Sebenarnya Miss jumpa banyak blog yang berat. Apa masalahnya kalu blog kita berat. Mestilah lambat loading, ada sekali miss pegi satu blog ni..bukan je loadingnya lambat tapi..netbook Miss jadi 'hang'. Panas je hati beb. Kena restart lappy balik. Apa lagi..jom lah join sama2..hehe


Syarat2nya:
  1. Buat satu entri. Masukkan banner kat atas ni. Jangan lupa linkkan banner terus ke sini.
  2. Tajuk entri "SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"
  3. Dah siap tinggalkan link entri di kotak komen.
  4. Tarikh tutup segmen AHAD 21/08/2011 pada jam 2 petang (24JAM)



Sesiapa yang rasa blog Miss berat..sila beritahu ye. Miss akan cuba buang apa2 widget yang memberatkan tu =). Untuk kesenangan bersama

Segmen angah ini blog jiwa jiwa - ertinya cinta pada anda



Kali ini kita bersegmen dari blog "Ini Blog Jiwa Jiwa". Actually lepas sahur tadi x de kerja nak buat. Sementara tunggu azan subuh. Miss terjumpa segmen ni. So, join je lah kan. Hehe, rasa berjiwang pulak sorang2.

" Cinta datang dari perasaan yang paling halus. Muncul secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang sangat relevan. Tetapi masa kita sedang jatuh cinta, kita tahu perasaan tu wujud jauh di sanubari. Walaubagaimanapun, cinta pada yang Abadi adalah lebih Suci "

Ok, siap. Owner segmen cakap cerita dengan ringkas dan padat. Miss pun bukan jenis orang yang jiwang. So, harap ownernya sudi2 lah menerima nukilan yang x seberapa ni ye =p

Owh ye, sesiapa yg berminat..kliklah kat header tu ye =)

Segmen C Ayob : Promosi Blog Secara Percuma!!!!

Sebelum tarikh tutup..Miss nak join segmen dari C Ayob. Hah.. promosi blog tau.. hehe, boleh la kenal2 blogger2 yang x femes cam Miss ni. Macam mana proses mempromosikan blog yang akan C Ayob buat. Cam gini..dia akan mempromosikan blog kita selama sebulan, sepanjang bulan puasa ni. 

 

" Maklumlah, ada antara blog korang ini....banyak follower tapi tak banyak orang view.....ada juga kurang follower...banyak orang view... "(kata2 yang dicopy paste dari owner segmen, jgn marah =p)

 

Promosi akan di buat seperti slideshow di blog C Ayob...mantopkan!!! 




Jadi, siapa-siapa nak...buat satu entri.... ( Syarat2nya )

1.    Letakkan Banner C`Ayob-Ilmu Asas Hidup (di atas tu)
2.    Tajuk : PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C`AYOB   dan linkkan ke entri ini....
3.    Siap ?? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini..;
Kalau nak follow blog ini...di persilakan :)
 
 

Segmen Zana : Salam Ramadhan

Kan..kan..Miss dah cakap, Miss tengah gila segmen sekarang (padahal x de entry nk tulis..boo). Berturut-turut Miss join. hehe, Kali ni segmen bertuah yang telah dipilih untuk miss join adalah “Segmen Zana : Salam Ramadhan“. Syarat2 dia boleh tahan banyak, tp bukan susah pun..bedal je labu. Kih2, jom kita stalk sama2 syarat2 dia.

Arm'z ajak komen blog aku!!

Assalammualaikum, nak join segmen lagi..



Sekarang Miss tengah gila segmen. So, sesiapa yg ada buat segmen, ajaklah Miss. Insya Allah, kalu x de aral memang Miss akan join. Hehe.

Syarat2

1. Stick image diatas dalam entry korang. Copy gambar tu yer.. (done)
2. Buat entry bertajuk : Arm'z ajak komen blog aku!! (done)
3. Dalam entry tu korang cita sikit pasal blog korang.(done)

Bismillah, blog Miss ni sebenarnya telah pun wujud sejak tahun 2009. Tapi, masa tu ilmu berblogging sangat tipis didada. Jadi, miss tinggalkan blog ni terbengkalai lebih kurang 2 tahun. Akhir tahun 2010, Miss telah pun tutup akaun FB atas beberapa sebab yang menyesakkan jiwa dan raga (perghh, alasan). Akhirnya Miss mengambil keputusan untuk memajukan semula blog ni awal tahun 2011. Dalam blog ni, miss ni ada pelbagai informasi. Maksudnya, bukan semata2 hal peribadi besesuaian dengan tagline yang akan Miss komersialkan iaitu "Bukan Sekadar peribadi, Banyak boleh dikongsi". 

4. Dah siap?? ok... antar url entry korang di ruangan komen entry ni. (done) 
5. Tag 2 atau lebih kawan.. Pastikan diaorang tahu. (done)

Miss Nak tag..

6. Jangan lupa!! Follow blog ni sekali.. Bukan apa nanti senang nak terjah balik. (done)






psst: checklist semua dh lengkap,boleh lapor diri.

    Siapa nak masuk bloglist blog LisaAfha, sila angkat tangan!!

    Hye, miss nk join bloglist la pulak. psst: orang x de kerja,dok rumah goyang kaki. Hehe (Miss la tu)



    Korang nak join x? tengok syarat2 kat bawah ni

    Syarat pertama:
    Tepek banner ni.aka. header blog lisa ni:). tajuk seperti tajuk entry ni. (done)

    Syarat kedua:
    Pastu cerita sikit pandangan korang tentang lisa, tentang blog lisa, bodek2 ke. haha (ringkas2 pun takpe) (done)

    Bagi pendapat Miss, blog Lisa ni kemas and tersusun. Menonjokan ciri feminin sebab warna pink. Hehe, cuma satu je. Kedudukan nuff Lisa bahagian sidebar x tepat lah yunk. Kena letak kat atas sekali. Nanti Lisa ubah ye =)

    Syarat ketiga:
    Letak blog lisa dalam bloglist korang jugak. (kalau sudi):P... Miss x de bloglist lagi, nanti kalu dah ada..Miss letak ye. Hoho

    Syarat keempat:
    Hantar link ke komen. (done)





    entry kreatif/best dapat special review dari lisa!

    Jom tambahkan FOLLOWER

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Miss nk join segmen, ye la untuk tambah follower and tambahkan kenalan blogger. X de lah cam katak dok bawah tempurung pulak kan..Heee

     
    Ok segmen kali ni dari blog software for dummies and ownernya kita panggil sebagai Aril. Korang berminat x nak join? Klik je kat gambar tu ye..Miss dah linkkan ke blog Aril. Sekarang masa untuk melaporkan diri. Saya dah sedia..saya dah sedia..ye haaa =p
     

    Blog List Lepak Bersama Muz

    Yeay2..Miss join segmen lagi. Actually miss ada pergi blog Muz sebab nak join segmen 'Asal dari Mana' tapi dh tutup penyertaan tu. Agak sedih rasa hati.(Jap nk nangis, huhu). En Muz..miss dari Pulau Pinang =p

    Ok, akibat kesedihan yang melanda..Miss pun godek2 la blog dia kot2 la ada rezeki nk join mana2 segmen. Korang tau Miss nampak apa? hah, benda ni lah, janji boleh tempek nama Miss kat blog dia...Haha, x pe kan En Muz. Syarat tutup penyertaan adalah apabila 100 org menyertai bloglist ni. Miss tgk tadi ada 50 orang. So, Miss adalah peserta ke 51..Auuuu, hehe. Korang pun nk join? Sibuk je..haha, main2 je. Lagi ramai..lagi la meriah. X gitu En Muz. Senang je, klik kat banner bawah ni. Miss dah tolong linkkan ke blog dia.




    Syarat2 nk join sini adalah..

    1. Buat artikel dengan tajuk "Blog List Lepak Bersama Muz"
    2. Letak banner Muz ne kat artikel korang dan link kan ke blog muz.
    3. Letak URL artikel korang tu kat kotak komen di bawah.
    4. Kalo korang nak FOLLOW blog Muz ne dipersilakan. :)

    p/s: Miss dah follow blog kamu, gambar sakuragi hanamichi dengan id azilron =P

    Tutorial pasang iklan Nuffnang pada blog

    Assalammualaikum dan Apa khabar? sihat? wahhh, kalu ye bagus..kalu x berapa sihat tu, cepat2 pegi klinik tau. Hari ni Lezza nk membebel pasal kedudukan nuffnang ads kat blog. Cara-cara nk memasang ads ni pada blog korang. Actually Lezza dah cerita benda ni dalam entry Lezza yang bertajuk

    Tips nak dapatkan BE dari nuffnang

     

    Tapi hari ni Lezza nk bercerita benda yang sama dengan panjang lebar. Hehe..Actually tutorial ni Lezza amik dari nuffnang, but Lezza akan olah dengan cara yang lebih mudah and menggunakan bahasa Melayu. Dah sedia? Angkat kaki 2-2 keatas..Kuang2x (Ramainya tengah angkat kaki)

    Sebelum kita start, tutorial ni adalah guide secara am. If, sesiapa yang menggunakan classic template, mungkin korang terpaksa cari tutorial lain (Kena mintak bantuan pak cik google lah ye). And kalu korang menggunakan layout template, boleh klik tutorial di sini.

     

    Langkah 1: Login ke akaun blog korang 

    Mestilah kena login dulu, kalu x camna nak tempek iklan ni blog korang kan. Kepada sesiapa yang belum ada blog lagi, Hah..cepat2 lah daftar kat link ni http://www.blogger.com/start . Follow je arahan dia untuk create akaun.

     

    Langkah 2: Pergi ke Design and Edit HTML

    Lepas dah login, korang akan terus ke page Dashboard. Nampak kan button design? 

    1. Click button "Design" kat situ untuk letak Nuffnang ads. (tgk pic kat bawah)

     

    2. Cari link "Edit HTML" untuk edit coding blog korang (tgk pic bawah)

     

    Langkah 3: Pasang iklan nuffnang

    Sebelum korang nak pasang iklan ni, Lezza nak korang buat la backup template dulu. Takut2 salah letak, x pasal2 jadi huru-hara blog korang. Macam mana nak back up? Good question.. klik je pada download template (tgk pic bawah)




    3. Kemudian, tick pada "Expand widget Template". If korang skip step ni, korang x kan jumpanya coding2 yang akan diterangkan lepas ni. (Tgk pic kat bawah)



    3a. Pasang Leaderboard ads 

    Mula2 korang tekan Ctrl+F kat keyboard and type "<body"dalam kotak yang Lezza dah bulatkan merah tu.( Tgk pic bawah)




    Kod yang korang copy dari nuffnang tu, kena letak directly selepas perkataan "<body" element yang korang jumpa tadi ye. (Tgk pic kat bawah ni)


    3b. Pasang large Rectangular ads

    Type pulak perkataan "post-line footer-2" dalam template tadi dan carilah dekat2 situ koding "</b;includable>" (dekat2 situ sahaja tau, kalu jauh2 maksudnya korang silap). Then, paste kod dari nuffnang directly atas "</b;includable>" (tgk pic bawah). After dah siap step ni, save setting ye.


    3c. Pasang Skyscraper ads

    Step ni mudah, macam korang pasang widget2 lain kat blog je. Apa yang kena buat? Ok, Masuk ke design and cari link page element (tgk pic bawah)



    Kemudian, insert je kod dalam HTML/Javascript dalam ruang yang telah disediakan (tgk pic bawah)


    Langkah 4: Preview Blog korang

    Leaderboard/header

    Sidebar/Skycraper, iklan ni kena letak atas sekali berbanding widget2 yang lain.

    To put between contents/ Large rectangular. Iklan ni akan keluar selepas entry terbaru korang

    Lezza dah mencurahkan segala2 yang Miss tahu pasal nak pasang ads ni. If ada sebarang kemusykilan, jangan la malu2 tanya pada pihak nuffnang ye. Klik link bawah ni

    Helpdesk support


    p/s: kalu jadi ke tak jadi ke...komen lah kat sini ye. Boleh gak Lezza tau apa masalahnya..peace =)

    Tutorial daftar Nuffnang

    Assalammualaikum reader semua. Sedar x sedar kita dah masuk pun setengah bulan ramadhan kan. Macam mana persiapan raya? wahh mesti banyak dah shop baju raya kan. Ok, 2 or 3 hari lepas miss di request oleh seorang adik comel untuk buat tutorial ni. Namanya Aiman, memang minat gila ngan Korea (yeahh..kita serupa).


    Dalam perhatian Miss, blog adik ni visitor dia ramai, komen pun banyak. Then, rugi lah kalu x pasang iklan kan. Selain dari Aiman..da banyak jugak blog2 yg miss rasa visitor not bad, follower pun dah cecah 200-300 tapi x de iklan. So, kat sini kita share2 lah kan..Miss x boleh nak tunjuk step2 dia dengan tepat sebab Miss dah ada account dia. Tapi Miss boleh lah bagi gambaran secara rawak untuk nk daftar nuff ni camna.. iklan lain Miss x tahu..hehe

    Mula2 klik kat link bawah untuk ke laman web nuffnang.


    Dia akan keluar page macam ni la.. Tekan kat sign up macam yang Miss bulatkan tu.


    Kemudian, dia suruh korang choose either as a blogger or advertiser. Kitakan blogger...then pilih blogger, Ramai yang mula2 nak sign up dia x nampak button kenit ni. Diorang igt x boleh nak daftar..hehe (Tengok pic bawah)


    Lepas dah berjaya masuk.. Isilah form dia ye. Benda yang dia letak * tu wajib isi. Hah, lepas siap isi form ni, klik kat sign up button bawah sekali tau ;). After that, maybe dia akan hantar suruh korang sahkan email kat email korang (Miss dah lupa yang ni)


    Then, settle registration ngan pihak nuff, korang akan nampak banyak button2. (tgk pic bawah) Yang Miss bulatkan tu menunjukkan status korang ngan nuff ni. Kalu korang nampak, status Miss glitterati (lebih kurang cam ahli VIP la). Masa miss isi dulu, status Miss dah memang cam gitu x yah change apa2. Tapi 1-2 bulan yang lepas, Miss ada tolong kawan Miss isikan nuff, mula2 status dia non-glitterati. After 2 weeks baru nuff tukar jadi glitterati. Miss x berapa reti sgt pasal status ni, maybe kalu korang dapat status non-glitterati maksudnya, korang x kan dapat kelebihan cam ahli VIP dapat  (mungkin income lambat naik). So, jangan lah curang ngan Nuff ye,pasang iklan pesaing dia. Nanti silap2 dia akan tarik balik kelebihan yang dia bagi kat kita ;). Panjang pulak aku membebel. Dh sign up, pegi balik kat page dia and klik kat button getting start. (tgk pic bawah)


    Ikut je arahan dia k. Kat sini pun kena isi form lagi (Blogger bio).. Cerita la serba sedikit pasal korang. Lagi bagus guna english la ye..Rojak pun x pa =)


    Then, dia akan suruh pasang ads kat blog korang. Bagi pendapat Miss, step ni lah paling kritikal sebab Miss x pandai main koding. Hehe. Korang klik kat kotak warna oren cam gambar kat atas..Then, dia akan keluar page macam ni pulak (tgk pic bawah)


    Kalu korang terpinga2 macam mana nak isikan koding2 tu. Ok x pa, korang klik pulak kat button blogger cam dalam bulatan kat atas tu. Ada 5 button, korang pilih la yang mana bersesuaian dengan blog korang. hehe =). After that dia akan bagi step2 untuk korang ikut and copy dalam korang punya html kod nanti. Exacly cam gambar bawah ni.


    Kalu korang betul2 ikut step2 yang dia bagi macam gambar kat atas. Insya Allah semua akan ok, Miss pun berkali2 main ngan koding dia..Lepas percubaan ke berapa puluh, baru boleh. Untuk pengetahuan Aiman, seminggu dua after pasang iklan, kemungkinan besar income korang akan '0'. Lepas dari 2 minggu if x de income jugak. Hantar tiket ke pihak nuff ye..(tgk pic bawah). Klik "Contact us" and create lah ticket.


    Untuk tips dapatkan tukarkan income korang dari telur ayam kepada amount or nak dapatkan tips BE.. klik kat link bawah ni tau =)



    Setakat ni dululah Miss boleh terangkan pasal nak pasang iklan Nuffnang kat blog. Kalau ada tersalah Miss mintak maaf ye. Nanti miss cerita pasal kedudukan iklan nuff dengan nk register dengan churp2 pulak. If dah bejaya nanti, tinggallah komen kat komen box ye.. Kita boleh share2 =)





    Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

    Yeahh..lepas pening2 kepala sebab komen box x de semalam..Akhirnya, alhamdulillah dh ok dengan bantuan dari wancikgumuzik. Thanks cikgu. So, Miss nk join segmen dari blog Zoul. Kenal? Mesti kenal punya la..sebab Zoul ni blogger aktif, selalu buat BW. Syarat2 nk dating ngan dia opps salah, nk join segmen ni adalah..

    1. Follow blog aku ini sekiranya anda masih belum follow.
    2. Buat satu entri khas tentang segmen aku dengan tajuk  Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL dan tempek gambar diatas untuk di link kan ke entri aku ini.
    3. Klik "Like" dan pingkan entri anda itu di FB Fan Page akupunyer[dot]com.
    4. Tinggalkan link entri anda itu di ruangan komen untuk aku senaraikan. Jangan buat "anchor text" pulak.

    Ni ha dia punya banner..


    Klik je banner kat atas kalu nk join. Oppss, satu lagi, tarikh tutup dia adalah 31 August ni dan limit penyertaan adalah 50 orang sahaja. Tadi usha blog dia, dah ada 39 penyertaan. So, tunggu apa lagi..pergi terjah blog zoul cepat2.

    Aku cinta padamu dalam 100 bahasa

    Korang tau kan dalam dunia ni ada banyak bahasa. Dan bahasa ibunda kita adalah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia..Hehe . Sebenarnya selain mengungkapkan " I Love U" in english..susah sangat kita nak cakap yang kita suka pada someone macam...

    "Aku cinta Padamu" 

    Perghh..rasa cam skema habislah guna ayat tu. Then, cuba try guna bahasa lain yang menyatakan maksud yang sama macam bahasa2 di bawah ni. Hurmmm, tapi kepada girl yang ada perasaan or crush kat somebody..better gunakan ayat yang skema tadi sebab kebanyakkan lelaki adalah terlalu lurus (x faham istilah2 bunga2 ni) kecuali mat2 romeo la kan. Pernah try guna bahasa lain, tapi si polan dan si polan x faham. Then, x de lah korang sakit hati sangat kan..hehe, by da way, jom usha how to express our felling toward somebody which already taken our heart and soul...Wakakakaka

    English - I love you ( general )

    Afrikaans - Ek Fhet jou lief

    Albanian - Te dua

    Arabic - Ana behibek

    Armenian - Yes kez sirumen

    Bambara - M'bi fe

    Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

    Belarusian - Ya tabe kahayu

    Bisaya - Nahigugma ako kanimo

    Bulgarian - Обичам те

    Cambodian - Soro lahn nhee ah

    Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a

    Catalan - T'estimo

    Cheyenne - Ne mohotatse

    Chichewa - Ndimakukonda

    Corsican - Ti tengu caru (to male)

    Creole - Mi aime jou

    Croatian - Volim te

    Czech - Miluji te

    Danish - Jeg Elsker Dig

    Dutch - Ik hou van jou

    Esperanto - Mi amas vin

    Estonian - Ma armastan sind

    Ethiopian - Afgreki'

    Faroese - Eg elski teg

    Farsi - Doset daram

    Filipino - Mahal kita

    Finnish - Mina rakastan sinua

    French - Je t'aime, Je t'adore

    Gaelic - Ta gra agam ort

    Georgian - Mikvarhar

    German - ich liebe dich

    Greek - S'agapau

    Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

    Hiligaynon - Palangga ko ikaw

    Hawaiian - Aloha wau ia oi

    Hebrew - Ani ohev otah (to female)

    Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

    Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

    Hmong - Kuv hlub koj

    Hopi - Nu' umi unangwa'ta

    Hungarian - Szeretlek

    Icelandic - Eg elska tig

    Ilonggo - Palangga ko ikaw

    Indonesian - Saya cinta padamu

    Inuit - Negligevapse

    Irish - Taim i' ngra leat

    Italian - Ti amo

    Japanese - Ai#eru

    Kannada - Naanu ninna preetisuttene

    Kapampangan - Kaluguran daka

    Kiswahili - Nakupenda

    Konkani - Tu magel moga cho

    Korean - Sarang Heyo

    Latin - Te amo

    Latvian - Es tevi miilu

    Lebanese - Bahibak

    Lithuanian - Tave myliu

    Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu

    Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

    Mandarin Chinese - Wo ai ni

    Marathi - Me tula prem karto

    Mohawk - Kanbhik

    Moroccan - Ana moajaba bik

    Nahuatl - Ni mits neki

    Navaho - Ayor anosh'ni

    Norwegian - Jeg Elsker Deg

    Pandacan - Syota na kita!!

    Pangasinan - Inaru Taka

    Papiamento - Mi ta stimabo

    Persian - Doo-set daaram

    Pig Latin - Iay ovlay ouyay

    Polish - Kocham Ciebie

    Portuguese - Eu te amo

    Romanian - Te ubesk

    Russian - Ya tebya liubliu

    Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort

    Serbian - Volim te

    Setswana - Ke a go rata

    Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')

    Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

    Sioux - Techihhila

    Slovak - Lu`bim ta

    Slovenian - Ljubim te

    Spanish - Te quiero / Te amo

    Swahili - Ninapenda wewe

    Swedish - Jag alskar dig

    Swiss-German - Ich lieb Di

    Tagalog - Mahal kita

    Taiwanese - Wa ga ei li

    Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

    Tamil - Nan unnai kathalikaraen

    Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

    Thai - Chan rak khun (to male)

    Thai - Phom rak khun (to female)

    Turkish - Seni Seviyorum

    Ukrainian - Ya tebe kahayu

    Urdu - mai aap say pyaar karta hoo

    Vietnamese - Anh ye^u em (to female)

    Vietnamese - Em ye^u anh (to male)

    Welsh - 'Rwy'n dy garu

    Yiddish - Ikh hob dikh

    Yoruba - Mo ni fe

    Blog Medan mencari Kawan, Bukan Lawan

    Assalammualaikum and semoga semua dalam keadaan yang sihat. Ok, entry kali ni Miss nak sentuh sikit mengenai perihal blog dan blogwalking dari perspektif Miss sendiri.

    Nak menjernihkan salah faham lah ye..Bukan apa pun, Bulan Ramadhan ni x eloklah kita bermusuh-musuhan ye idak? If kalau korang perasan lebih kurang 2 or 3 minggu kebelakangan ni, bila BW miss akan tinggalkan link kat shoutbox korang. Lebih kurang beginilah bunyinya

    " Follow sini sambil klik2 ur nuff, Singgah sambil cubit2 nuff kamu" sesiapa yang pakai iklan lain "Singgah sambil klik2 apa2 yang patut"

    Actually, Miss betul2 buat apa yang Miss tulis..unleast kalu Miss x perasan benda ni (yang Miss bulatkan merah tu).


    Korang nampak x apa yang Miss cuba sampaikan. Kita ni insan biasa....tersalah type, tersasul bahasa. Malas nk type byk2 kali, klik je link mana2 satu kat bawah. Nk kata nasib x berapa baik, dh follow blog seorang blogger ni. Cari Nuff x jumpa, ok..kita tinggal link. Hah..terklik pulak link yang sebut "Follow sudah, klik ur nuff pun sudah", masa BW pun bukannya banyak. x perasan benda alah ni..terus ke page lain. 

    So, apa yang Miss nk sampaikan sebenarnya ni.."SORRY".

    Miss cuma nak cakap kat sini, apa yang miss tinggalkan link kat shoutbox korang adalah apa yang Miss buat. Miss pakai netbook je, speed tenet pun 512. Kekadang tu, satu blog..Miss terpaksa spend 3-5 minute untuk follow, klik nuff and kalu entry menarik..Miss akan komen. Niat Miss cuma satu, if x boleh sedekah kat korang melalui cash..Insya Allah melalui blogwalking and klik2 nuff korang.

    By da way..kalu 3-5 minute tu x cukup, maybe miss akan spend 5-10 minute per blog untuk pastikan semuanya perfect and Miss x buat salah lagi. One more thing, Miss akan memperbaiki mulu berblogging dari masa ke masa. Oklah, setakat itu dulu..Ingat satu

    Kita berblog untuk cari kawan, bukan nk berlawan..Happy berblogging ya =)




    Blogspot kena virus

    Yup, satu laman blog ni x boleh access sebab dah terkena virus. Virus ni cukup bahaya kerana akan menyebabkan korangnya blog sukar di update sekaligus menurunkan traffic ke blog korang jgk. Benda ni baru je menular beberapa jam. Virus yang di maksudkan adalah virus selsema. Terkena sudah, hehe. Bila tuan yang empunya terkena selsema..susahlah dia nak update blog kan?. BW lagilah susah. Hingus asyik mengalir je. Then, traffic pun ranaplah.


    Apa kaitannya dengan entry kali ni. Sangat berkaitan sebab miss sendiri sudah terkena selsema..huhu, nak post entry pun x best sebab asyik pegang sapu tangan je. lepas bukak puasa berjuadahkan "Kuew teau tomyam" (Nak jugak bagitau), tetiba kepala rasa sakit. Lepas tu cangak la, terus kena serangan virus selsema. Kawan2 sekalian..doakanlah miss cepat sembuh ye =)

    Sesiapa yang ada singgah ke blog ni, Miss minta maaf bebanyak x dapat balas jejak. Nanti Miss sihat and ada kelapangan waktu..kita borak2 ye. Thanks

    Mr Simple VS Miss Lyzeer


    Ok.."Mr Simple" dah release. Mesti ada yang x tau kan "Mr Simple" tu apa. Itu adalah tajuk terbaru Super Junior. Mula2 dengar cam bengong2 sikit..lama2 rasa, not bad jugak la. Tapi miss lagi suka lagu "U", "Dont Dont" and "Happiness". Hurmm..layan jelah vid ni.



    Tips dapatkan BE dari nuffnang

    Assalammualaikum, 2-3 hari lepas Miss ada keluarkan entry mengenai second BE yang miss dapat dalam masa seminggu. Alhamdullillah, rezeki bulan puasa kan. So, ada seorang blogger ni request kat Miss supaya share tips sikit. 


    Entry kali ni miss khaskan untuk newbie yang baru menjinakkan diri dalam berblogging dan kepada blogger yang agak lama berblogging tapi still x dapat income dari pihak nuff. Kat bawah ni miss ada bagi tips , benda ni lah yang Miss buat ....korang follow ye

    1. Jangan main kayu tiga

    Dengan kata lain, jangan curang dengan Abang Nuff ni. Kalau x dia akan merajuk..Hehe, maksudnya janganlah tempek iklan lain kat blog korang. Pilih salah satu je whether korang nak Abang Nuff ke Abang Adverlets kan. Ada sorang mamat hensem lagi, nama dia PakCik Innity (tapi dia ni sombong sikit, hehe..kalu newbie cam kita memang x layak kat dia) X percaya? Cuba gi kat laman web dia and tengok syarat2 nak dating ngan dia. X terjangkau akal fikiran. Bebalik kepada curang ni, korang pilih salah satu tau, pihak nuff selalunya akan me'ignore' korang2 yang letakkan iklan pesaing dia.             

    ** Heartbeat bukan pesaing nuff..so acceptable

    2. Hantar Surat Cinta

    Abang Nuff ni kan ramai peminat, kalau korang x hantar surat kat dia. Dia x perasannya korang. Camna nak hantar surat cinta kat dia? Good question. Korang pergi kat page nuff, tengok kat bahagian atas belah kanan..Ada nampak x button yang tulis "Contact Us". Ha, kat situlah korang boleh create soalan2 and send ticket kepada pihak nuff. Dah send tapi x dapat apa2 balasan? Janganlah putus asa..lagi sekali, Abang Nuff ni terlalu ramai peminat..send je lagi 2-3 kali sampai dapat balasan. Lepas tu Insya Allah korang punya telur ayam tu akan menetas. Miss dah try ni =). Ada hasil

    3. Kedudukan Ads kena tepat dan padu

    Miss pun baru perasan benda alah ni sebulan yang lepas sebabnya Miss ada hantar ticket ka pihak nuff and bertanyakan benda ni lah. Jawapan yang di beri memang sangat memuaskan hati. So, kedudukan yang tepat ada 3 perkara yang korang kena konsider. 

    Header selalunya x da masalah..memang kat atas dari header blog korang. Sidebar, cuba korang check..kedudukan ads nuff, mestilah kat atas sekali..Nuff yang paling utama, benda2 lain..follower ke..shoutbox ke..suma mesti bawah dari ads nuff. And last thing, ads ketiga mesti berada pada entry terbaru korang. Maksudnya, setiap kali entry baru dipost dia kan berada kat bawah entry tu. Benda nilah paling susah miss nak install. Almaklum, saya budak engineering..bukan computer. Tapi alhamdulillah, setelah berpuluh2 kali cubaan untuk mengistall..berjaya jugak (tahniah buat diri sendiri =p)

    4. Sportcheck

    Whoops..hehe, ni agak mendebarkan. Chit, x de apalah. Korang just sent lagi ticket kat nuff (see, komunikasi yang baik dengan pihak nuff sangat penting)..suruh dia tolong check kedudukan ads korang. After miss sent ticket tu..ni jawapan yang cukup padat, ringkas dan memuaskan hati Miss

    " Everthing seems fine now"

    Percaya?..kurang dari seminggu, Miss dapat BE yang pertama.

    5. Update blogger bio

    Hehe, benda ni blogger2 selalunya terlepas pandang. Setiap 2 minggu, pergilah update korang punya blogger bio. Lepas kempen BE first miss dah tamat. Miss pun update bio Miss..Tup2, dapatlah BE yang second ni. Sekali lagi Miss panjatkan kesyukuran..Hehe. Step ni agak penting untuk tunjukkan yang korang adalah blogger aktif.
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    Ok, rasanya..semuanya Miss dah sharekan kat sini. Sesapa yang nk try, semoga bejaya...Kalu ada salah dan silap, mohon maaf dari Miss. =)