Teringinnya nk makan puding caramel

Puding Karamel

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air
 
Cara-caranya

Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. 

Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. 

Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.

Tips : Seeloknya bila nak masak gula hangus ni, kita guna dua dapur. Satu dapur untuk masak gula, dan satu lagi untuk masak air. Bila gula dah cair, masukkan air yang dah mendidih tu. Tapi hati-hati...........jangan main campak jer...nanti terpercik kena muka


2 comments:

muhammad hazwadi said...

miss..muni br je g beli bhn2 nak wat puding karamel..hehe...nk try,jemput ke rumah:)

miss lyzeer said...

uih,,,sedapnya. t kalu dh jadi, boleh miss rasa