Jangan baca!!!

Sekarang jam kat netbook ni tepat pukul 1.44 pagi. family members suma dah masuk tido. Baru lepas tengok "coffee prince" episod 10, maksudnya tinggal lagi 7 episod. 2 hari la gamaknya baru nak habis. Kepada sesiapa yg rasan nk layan cerita korea pegilah maaduu.com. Boleh tahan gakla lajunya, tapi korang tgk pukul 12 ke atasla..hehe

Miss rasa malas bebeno nk buat blogwalking hari ni. Hurmm, dah lebih kurang 4 hari berenti kerja..baru nak merasai erti cuti semester (hehe).

Pagi2 camni, tetiba pulak rasa nk menjiwang sendiri. Kepada yg rajin ziarah blog Miss ni, kalu x nak layan entry ni pun x pa...X da apa pun, just rasa x mau nk tido lagi. sebab tu tajuk entry ni, jangan Baca...hehe

Korang pernah jumpa orang yang susah sangat nk nangis walaupn tgh melayan cerita "one litre of tear"...banyak gak kawan Miss cakap cerita tu memang sedih seyh. Dia memang feel sedih tu, cuma dia x boleh luahkan, dalam hati rasa macam berair sangat. Tapi memang x boleh nk keluarkn air tu.

Bukan sedih je, anything...tambah2 lagi perasaan "suka" kt someone. Suka..haha

"Joaheyo".."Sarangheyo".....menyukai, menyayangi dan mencintai itu adalah sakit. Why pulak sakit..sebab kita x punya kekuatan nak luahkan. Perit sangat rasa ada sekeping hati yang mempunyai berjuta rasa. Arrrgghh, rasa cam nk demam pulak, sakit pala dah ni. Hurmm..tapi Miss tetap rasa nk type lagi.

Keep thinking someone for past one year, every month, minutes and second. Would you think is as crazy. Do me a favor please...

Miss amik ayat kat bawah ni dari blog ameera 
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cubaMEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....

hurmmm..Miss just wondering, whats the end of my life soon.


No comments: