Assalamualaikum :)
Orang pernah cakap. Ya. Dan saya pun pernah cakap juga. Benarkah cakap-cakap orang? Atau ia sekadar kata-kata kosong?
Mencintai tak semestinya memiliki.
Amat perit dan payah untuk diri kita mencintai seseorang tetapi tidak memiliki dirinya. Jika saya mencintai diri seseorang, tetapi tidak dapat memilikinya. Saya juga akan kecewa dan sedih. Orang boleh kata bersabarlah. Tapi cuba kamu yang hadapinya. Mungkin kamu juga akan rasa apa yang saya dan orang-orang di luar sana rasa.
Sering kali diri kita bertanya mengapa ia terjadi? Adakah sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa? Adakah dirinya itu tidak pantas untuk diri kita? Kadang-kadang banyak sungguh pertanyaan yang kita tanya. Apakah? Mengapakah? Macam-macam -kah di belakang pertanyaan kita tu.
Kalau mengikut kata hati kita, mungkin sahaja kita akan berkata bahawa Tuhan sangat kejam dengan kita. Tuhan tidak sayangkan kita. Tapi pernahkah kita terfikir ada hikmah di sebalik yang terjadi dan apa yang Tuhan rancangkan untuk kita.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
Kita ambil suatu perkara itu dengan positif dan jangan menyalahi sesuatu yang terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat. Kita tercari-cari di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah.
Sumber : Noreen Natasha
11 comments:
sayang x semestinya cinta...
rapat x semestinya pasti.
sangat betul.
mengenang nasib diri. sobs sobs..
ahaha.oktipu
cinta oh cinta
betoi apa yang dikata .
:)
amik mood jiwang kat sini jap...
sangat tepat... nak copy kat entry bleh?? tgh mood jiwang skrg.. huhu
betul
kes ni selalu jadi kot.
hmmm
hehe..amik aja =)
Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)
eyka lagi sedih klu eyka yg jadi org yang reject cinta org 2..dan lagi eyka sedih klu yg eyka reject cinta dy ade laa kwan baik eyka sediri...huhu..:(
sabar eyka..semua benda yg jadi pn ada hikmah..ye x?
Post a Comment