Skang dok tengah layan drama "Hilang" kat TV9 setiap hari isnin ngan selasa jam 8.30 malam. Mula2 malas nk tengok, ye la Miss punya mentaliti drama melayu ni menurun semenjak beberapa tahun lepas akibat drama "Sembilu", "Sembilu Kasih" sebab cerita dia yang melalut dan panjang berjela..Opps, sorry.
Tapi mak Miss dok cakap cite ni best..So, layan je la sambil teman mak nonton ( mak aihh, tetiba jadi anak mithali ). Apa yang best, pelakon dia kot, plus jalan cerita. Suka sangat tengok kecantikan Rozita Che Wan ngan Ayu Raudhah. Indahnya ciptaan tuhan, Adik Mia yang super cute. Tidak ketinggalan hero yang semakin hensem ( Ehem2...Zul Ariffin ). Di celahan pelakon yang mantop2, tetiba ada hero pujaan Miss, Abang Arron Aziz ( Jadi watak sampingan pun x pe lah ). Ha, satu lagi..lagu tema dia best. Dari Salma, juara Mentor5.
Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd (Pn. Hajjah Ziela Jalil) dalam slot ratu di TV9 setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam ini mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul (Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.
Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan.
Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental. Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang “kehilangan” ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina,anak kakaknya itu.
Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.
Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih.Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.
Tetiba pulak abang ni ada skali ;) |
5 comments:
cerita nampak menarik..tapi,sayangnya...aiman tak boleh nak tengok tv....
kenapa..tv rosak ke?
oh ade mia sara nasuha..nanti nak tengoklah :)
hye dear... minat gk layan citer ni.. sara pn layan sama bunda.. hehehe... sb nk tgk si kenit mia tu.. tp kalau zul ariffin di gantikan dgn AA pasti lg 1000 kali ganda mahu tonton.. siap download nnt kot.. hehehe.. oke tetiba mencelah pasal AA lg.. owh meroyan.. hahahahaha :p
haha..jumpa geng AA
Post a Comment