This week past with tired..As usually, penat sangat lol..Next week ada lagi macm2 test sedang menanti. Aiyoo…ready physically and mentally I hope ..hehe
But now, lezza bukan nk cerita pasal test n asemen yg berlambak tu..
Lezzanak cakap pasal hari jumaat..What is so special with these day..Hari Jumaat bukan mcam April Fool, Bukan Valentine day..bukan hari guru…tapi HARI JUMAAT
Hurmm…seperti yang kita tau (kalau x tau pun x pa)..ni chek nak habaq, hari jumaat adalah penghulu segala hari…kalu sesapa yg belajar bahasa jepun..hari jumaat adalah kin-yobi ( ada x ala2 king kat situ).ha..kan dah cakap tadi..penghulu segala hari, then..apa kelebihan dia??
Berlakunya hari kiamat
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga
Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Kebaikan dengan memotong kuku
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
Makbulnya doa di antara dua khutbah
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Sebenarnya..kalu korang rajin nk google..banyak sangat kelebihan pada hari ni. Tapi yang paling aku suka hari Jumaat ialah..ehem2x…
Suka tengok lelaki pakai baju melayu. Segaknya, luruh jantung aku. Kalu pakai satu set sepersalinan lengkap..beserta sampin..huh, terbayang Hang Tuah kat depan mata..hehe, terlebih-lebih pulak bayangan aku…
( hensem x ustaz kita ni?)
(Shah Rukh Khan pun bakai baju melayu =p)
(The most hansome guy in Malaysia)