AimanAziz's Giveaway 2012

Lezza nk join satu GA lagi, mohon semua jangan jeles sebab saya rajin. Haha, nak join jugak ke? sibuk je....Lezza gurau je la. Jom la kita join GA Aiman ni ramai2. Lagi ramai, lagi meriah la kan. Ha, gitu. 
Nak join, sila picit kuat2 kat banner atas ni ok.
-
-
-
-
-

Cara-Cara untuk menyertai :-
1- Buat Satu entry yg Bertajuk "AimanAziz's Giveaway 2012" (Done)
2- Tempek Banner di atas Dan Link kan ke Entry Ini. (Done)
3- Komen ttg Blog aimanaziz.my*Gua nak komen yg membina ek ?*   (Yang ni yang best ni - sila baca di bawah)

Pasal komen blog orang, kita bagi dia sentap sikit nak?.....Kuing2 (bersedialah wahai Aiman-kata Aiman x kisah..haha). 

1. Header x cun
Sorry to say En Aiman, tapi dari apa yang Lezza tahu...header merupakan kepala and the most important thing dalam sesebuah blog. Kepala x cantik, then...macam tu jugaklah apa yang org lain fikir pasal entry kita. Lezza x da la cakap yg header blog Lezza ni cantik. Tapi, kalau Aiman pernah termasuk blog ni...Lezza de Blog telah mengalami beberapa transformasi header. Kalau dulu..subhanallah. Memang nk muntah Lezza tgk header sendiri. Hampir 6 kali kot Lezza tukar header, ni paling latest....sebulan yang lepas. Kita compare ye
Header Aiman
Header Lezza
Aiman juga boleh tengok beberapa blog lagi untuk mendapatkan inspirasi. Ataupun, the simplest solution, Aiman suruh je blogger2 mana yang ada buat header..suruh diorang createkan satu untuk Aiman..mostly berbayar la. Ok Aiman, are you still with me kan? Lezza ada  banyak benda lagi nk membebel...Hehe

2. Background Kecik
Apa pulak yang Lezza maksudkan dengan background kecik ni. Meh Lezza bagi contoh

Ha, nampak x tempat yang Lezza bulatkan tu? Macam ada line kat tengah2 kan. Kalau x perasan, boleh zoom pic tu....no hal. Setahu Lezza, background akan jadi macam tu if pic untuk background tu kecik. Ok, solution dia pun senang je En Aiman....don worry. Mula2, masa Aiman nak cari background untuk blog Aiman, Aiman tengoklah kat bahagian resolusi pic, pilih yang besar sikit ok. Ataupun Aiman juga boleh settingkan kat design. Macam ni...pilih Design-Template Designer-Background- Jangan tick scroll with page-Done. Senang je kan =)

3. Warna Background Kusam

Selain header yang Lezza membebel kat atas ni, warna background juga merupakan aset penting untuk sesebuah blog. Macam yang kita sedia maklum, kalu blogger perempuan lebih menggemari warna2 yang terang seperti pink, merah, purple dan kuning. Warna background Lezza sendiri pun warna purple..hehe. Tapi jangan la anggap blog lelaki x boleh nk letak warna yang cantik2....I know, simple is better and lelaki pun x suka sangat warna yang menonjol, tapi......light brown??? Pastu cam kertas yang direnyokkan??Hmm, find something better. This is for you, cuba klik kat beberapa web yang Lezza rasa ok untuk cari background blog

dan banyak lagi..Aiman jugak boleh cari kat image google...Senang je kan =)

4. Kedudukan Nuffnang
Apa pulak Lezza nk kondem ni....releks2 dulu Aiman. Hehe.....Kita kasi tengok dulu kedudukan nuffnang kat blog Aiman ok..

Lezza notice yang Aiman hanya letak satu je iklan nuffnang kat blog. Betul x? Say yes....Ekekeka. Sebenarnya nuffnang ada sediakan 3 iklan untuk diletakkan di blog kita. Leaderboard(atas skali, bahagian header), Large rectangular (Selepas entry) dan Scycrapper (kat tepi). Jadi..kita kena la letak ketiga2 iklan ni kat blog kita. I bet Aiman susah nk dapatkan CPUV dari Nuff (atau dulu kita panggil BE). Cuba klik kat SINI dan SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut. Ingat*** kedudukan Nuff kena tepat dan padu =). Macam image kat atas ni, Aiman letak iklan nuff ditengah2 benda lain. Bukan x boleh or salah, tapi Lezza sendiri pernah tnya pihak nuff pasal benda ni. Lezza pun curious jugak sebab apa Lezza x pernah dapat BE padahal banyak blogger2 lain dapat. Then, macam tu la dia ckp. Iklan kat tepi tu kena letak paling atas berbanding benda2 lain.

5. Tak dak Chat Box
Apa tu?? Maybe Aiman x tau sebab kat blog Aiman x de benda ni. Selain Chat Box, kita juga panggil dengan nama ShoutBox ataupun Fibox. Mana2 satulah..tapi function dia sama ja. Dia ni digunakan untuk blogger2 lain blogwalking ke blog kita dengan pantas sekaligus meninggalkan link di blog kita. Mungkin Aiman cakap yang benda ni x penting....ikut pendapat masing2 la. Ada sesetengah blogger popular x letak pun benda ni sebab sehari, blog mereka dilawati beribu2 manusia dari seluruh pelosok dunia. Tapi....ada juga blogger yang follower mencecah 50+++ tapi still letak benda ni. X percaya, cuba klik kat bawah
Benda ni terpulang kepada individu, tapi satu je Lezza nak cakap. Dengan adanya shoutbox ni...blog kita akan nampak lebih mesra pengunjung =)

Sebenarnya ada beberapa hal lagi Lezza nk komen, tapi rasa cukup setakat tu dulu kot. Mungkin Aiman dah tersedak-sedak baca artikel dari Lezza ni, Haha, Cool Aiman cool. Semua benda yang Lezza coretkan disini adalah nasihat tulus ikhlas dari Lezza sendiri. Semuanya adalah untuk kebaikan blog Aiman sendiri. Lezza pun pernah menerima banyak kritikan2 membina dari banyak blogger lain...X percaya, klik SINI. Siap anjurkan contest lagi =). Then..slow slow la kita berubah kepada yang lebih baik. Pasal GA tu Lezza x kisah sgt menang atau x (Yeke??, ok sebenarnya kisah..hahha). Tapi adanya blogger yang meminta untuk diberi komen tentang blog dia, Lezza rasa x salah Lezza curahkan apa yang Lezza tau. Mungkin benda ni, Aiman akan advise pulak kepada blogger2 baru nanti. 

Eh..terlupa pulak, asyik cakap benda2 yang negative je..Meh Lezza nk bagi puji-pujian sikit. Lezza paling suka speed blog ni. Wooo, blog Aiman boleh berlari ke? Haha, x da la. Blog Aiman ni ringan, sebab tu loading dia laju je. Simple and x banyak widget2 yang weird. EKeke

4- Tag 2 Kawan Anda & Bagitau mereka ye ttg Giveaway ini.

-
-
-
dan SEMUA FOLLOWER Lezza!!!!!

5- Copy Paste ayat ini & masukkan pada last entry anda "Giveaway ini Ditaja oleh Ahmooyy Chantekk , Mk Syahir , Cadar Murah , Izumi Shop , Mizzs Ninie , Eqbal Zack ,  Greennpanda Craft , Izzah Ismail , Hosting Rajawali dan Dianjurkan oleh Aiman Aziz"
(Pastikan Setiap Nama Ade Link) (Done)
6. Last sekali, Tinggal kan link entry di entry ini. Jgn double komen ek ? Sekali je. Nanti wa Approve laa lu punye komen. (Done)



Fuhhh, berpeluh-peluh Lezza nk siapkan entry ni. Harap En Aiman menerima dengan hati yang terbuka penyertaan Lezza ni.



Anda juga mungkin nak join GA lain..semuanya belum tamat lagi...sila klik kat bawah ni k =)


No comments: