Tips tingkatkan traffik ke blog

Dah lama miss nak share tips ni. Sebelum ni miss ada sharekan tips untuk pasang iklan nuffnang pada blog dan cara-cara nak daftarkan nuffnang. If korang rasa teringin nak dapatkan BE daripada nuffnang, miss pun ada share jugak benda alah ni.Tapi benda ni lagi sekali, entry ni dikarang khas untuk blogger2 baru yang nak menapak dalam arena berblogging. Kepada senior2 yang belum pasang widget pun boleh jugak baca entry ni ye..hehe.

Ok, ni hanyalah salah satu tips untuk menaikkan traffik ke blog korang. Macam2 cara sebenarnya..tp miss nak share benda alah ni dulu..Apa korang kena buat? Klik ketiga-tiga web kat bawah ni dan daftar dengan diorang. Proses pendaftaran paling lama sehari..lepas tu follow la dia punya instruction




 






Ketiga2 web tersebut menggunakan prinsip yang sama untuk mendapatkan traffik. Miss amik contoh dari gengcyber.com..korang baca ye

 

Bagaimana GengCyber.com Berfungsi

 

1. Website / Blog anda: Daftar website atau blog anda dengan kami dan letakkan widget yang disediakan oleh kami. Prosesnya cukup mudah dan sememangnya tidak memerlukan kemahiran yang sangat rumit.

2. Post / Entri anda: Selepas meletakkan widget yang kami sediakan di blog anda, anda boleh meletakkan post atau entri anda di bahagian laman hadapan GengCyber.com setelah dilulusan oleh pihak kami.

 

Konsep GengCyber.com berfungsi

 
Langkah 1:
 
Setelah website / blog anda mendapat kelulusan dari pihak kami, anda dikehendaki meletakkan widget kami di blog anda.


Langkah 2:

Seterusnya, pengunjung dari website atau blog anda akan klik pada widget kami dan ini akan membawa mereka ke GengCyber.com melalui browser baru yang dibuka (ini juga bermakna pengunjung tidak meninggalkan laman web anda)


Langkah 3:

Kemudian, pengunjung dari blog anda tadi akan dibawa ke blog orang lain atau entri yang mereka klik sebelum ini dari blog anda.


Langkah 4:

Dengan menggunakan konsep yang sama, post anda akan kelihatan di blog orang lain dan kami akan membawa pengunjung kembali kepada blog anda.

Langkah 5:

Jadi,semakin hari pengunjung yang singgah di blog anda akan bertambah dari masa ke semasa.

Anda akan menerima 150-200% pengunjung yang anda hantar ke GengCyber.com. Sebagai contohnya, jika anda menghantar 1000 klik / pengunjung melalui widget di website / blog anda, kami akan menghantar 1500-2000 pengunjung yang berminat dengan post anda.




Amacam? Faham x kaedah dia...Apesal dan Oh!blog pun prinsip yang sama jugak. So, apa tunggu lagi..cepatlah daftar dengan ke3-3 web tu. Kalau nak tengok contoh, korang boleh tgk kat blog miss di akhir entry. Sesetengah blog..diorang suka letak kat bahagian atas entry. Terpulang kepada keselesaan masing2 la..Opps, sebelum Miss terlupa, 


Peringatan Paling Penting!

 

Widget kami ini wajib diletakkan di laman web ataupun blog anda. No widget, No trafik. No trafik, No talk.. Tiada trafik ke blog anda akan diperoleh selagi widget kami tidak diletakkan.

1 comment:

Unknown said...

Macammana nak add widget tuh?