10 Magis cinta

Tudia..mood jiwang dh mai dah..hehe, mesti korang2 yang tengah reading entry ni pernah bercinta kan..x pun tengah bercinta. Kalau x pernah bercinta tu, welcome to the club lah ye..Miss lah presiden kelab tu " i'm single forever ". Hehe. Usha sikit cinta ni apa sebenarnya ye..


Sekian lama mengetahui cinta itu indah dan membahagiakan. Apabila ianya datang dalam kehidupan seseorang itu, segala yang pahit akan menjadi manis, segala yang sakit akan terawat dan segala yang yang buruk akan menjadi cantik. Itulah antara magisnya sebuah cinta.

  • Cinta mampu mengubah kehidupan seseorang dalam sekelip mata, antaranya mampu membuatkan yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya.
  • Hanya dengan cinta seseorang yang tidak pernah senyum, pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat
  • Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu menyakitkan
  • Apabila berbicara soal cinta, tiada siapa yang mampu menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta
  • Kuatnya cinta ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah, bukit yang tinggi dan laut yang luas.
  • Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.
  • Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. Ini kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
  • Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih pentng, harus ada keikhlasan kerana perasaan sayang sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi 

4 comments:

EiZaRaZiErYa said...

terbuai jap dek madah2 pujangga,jiwang belaka..ehhemmm..

LaLa mhdnor said...

Lala pon ada tulis sal magis cinta, tapi da lama :)

http://fazieyla.blogspot.com/2011/09/10-magis-cinta.html

Leeza said...

hehe...

CikNuwairah said...

entry ini ada kaitan dengan isi2 dlam entry terbaru saya..^_^