Aku bercinta dengan doktor tapi nk kawin dengan engineer

Hello2x malaysia. Apa khabar semua? Sihat?..kalu ye alhamdulillah, kalu x cepat2 lah jumpa doktor tau..Dah lama bebeno miss x hupdate blog ni. nk dekat 2 minggu kot. Sejak dah memegang gelaran student degree balik...adoyaiii, busy ye hidup plus umah sewa pulak x de internet. Huhu, kepada yang tengah membaca entry ni..dh join ke belum contest terbaru miss?

Cepat2 lah join ye, miss belum tentukan lagi tarikh tutup dia..kemungkinan besar hari raya haji ni (wahh lambat lagi rupanya..). Back to the main topic, miss nak tanya..korang pernah tengok x cerita 3 idiot? Ala, filem hindustan tu...Amir khan berlakon. Sebenarnya filem tu ditayangkan tahun 2009, tapi hujung taun 2011 ni, baru miss dapat tengok. Hehe, biasa la..miss ni memang ketinggalan. **tadi kata busy, sempat pulak aku ngadap cita hindustan yang panjang melampau tu...hehe.


Nama je tajuk dia 3 idiot tapi cerita penuh dengan nasihat2 yang sangat membina. Lepas tengok movie tu, miss banyak kali berfikir. Berfikir dan berfikir lagi...duduk termenung sorang2. Tambah2 lagi, cerita tu mengisahkan tentang kehidupan pelajar engineering. (terkena dengan batang idung sendiri..amik kau). Adakah aku macam si silencer tu**watak dalam movie 3 idiot**. Kalu ye, omg...apa yang aku belajar sepanjang aku berada kat universiti. Ilmu yang aku dapat, aku x boleh aplikasikan dalam kehidupan sendiri...


Ok, miss tertanya2 pada diri. Aku ni betul2 minat pada mesin ke (miss adalah pelajar kejuruteraan mekanikal ). Walhal, cita2 sebenar nk jadi seorang doktor. Hurmm, tapi bila fikir2 balik...macam x layak je miss nk jadi doktor, sebab kesian kat orang. So, apa sebenarnya yang aku minat..huhu, sampai sekarang still lagi mencari passion yang ada pada diri miss.


Amir khan (dalam cerita tu la) cakap, yang universiti ni ibarat factory yang memproducekan mesin2 (kita la tu)..Belajar semata2 nak mendapat grade yang tinggi. Lepas tu, tanya balik..dah lupa semua dah. Memang betul la, kita perlu dapat grade yang tinggi, tapi apa yang penting..ILMU. Semua yang kita belajar tu ilmu. Kita kena belajar untuk mencintai ilmu. Ada sorang kawan miss pernah cakap, walau kita rasa penat macam mana pun belajar..Ingat satu, kita belajar sebab LILLAHI TAALA. Sebab tuhan menciptakan kita untuk kita mempelajari segala khazanah di muka bumi ni.

Sampai tu dulu la kot entry terkini..lepas jugak gian nk post entry..hoho. Selamat maju jaya ye kepada semua. Jangan jadi si silencer tu, tp jadilah mcam 3 idiots..hehe


3 comments:

- LIANA ASIF - said...

tengok juga cite ni, asenya da 3 kali khatam.... hehehe
mmg byk pngajaran, ayat2 yg dia ucapkan mmg kena dengan situasi kita sbg student.. klau miss b'cinta dgn doktor tp kawin dgn engg, sy lak b'cinta dgn cheff, b'tunang dgn akitek kawin dgn engg..huhu
sy pun student eng, tp civil la.. hehe
salam singgah... :-)

farz zull said...

dah tengok! dah tengok! menarik kan...memang antara movie yang penuh pengajaran...lawak dan dalam masa yg sama terselit macam2 ilmu, nasihat..;)

Leeza said...

sebenarnya nk lama nk tgk cite ni..tapi byk sangat aral..hehe, miss baru 2 kali khatam. best sgt..suka nasihat yg dia nk sampaikan kt kita