ENJOY LAH..=P

Hidup ini ibarat pelangi..berwarna-warni. Warna kehidupan merangkumi keceriaan, kesedihan, kemurungan, kesihatan dan macam2 la..
Untuk menghindari har-hari yang x ceria, aku nk share beberapa keratan cerita yg mungkin boleh mencetuskan ketawa yang x henti2..hehe enjoy
(p/s: kredit to majalah remaja)

BUKU YANG TIDAK BERMUTU

Azam memasuki sebuah perpustakaan dan menuju ke meja tempat pegawai perpustakaan itu bertugas dan berkata “Saya hendak komplen!” Lalu pegawai perpustakaan itu bertanya. “Ya saudara, ada apa yang boleh saya bantu?””Minggu lepas saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini tetapi saya tak puas hati dengan kualitinya . buku itu langsung tidak berkualiti!” jelas Azam. Pegawai perpustakaan itu dengan cuak bertanya lagi, “buku yang mana satu saudara?” “huruf-huruf dalam buku tu kecik-kecik, tak dak perenggan, tak dak gambar yang menarik dan paling menyedihkan tak dak langsng cerita melainkan banyak nama orang dan nombor-nombor pelik!” Terkejut dengan jawapan itu, pegawai perpustakaan itu segera bangun dan mencekak pinggang lalu berkata, “Ohh…awaklah yang mengambil buku telefon kami yang hilang minggu lalu!”

3 ORANG BUDAK & CITA-CITA

Ditepi padang permainan, 3 orang budak sedang bersembang fasal cita-cita diorang
Budak A : Kau dah besar nanti nak jadi apa?
Budak B : Bila dah besar nanti saya nak jadi Superman!
Budak A : Wooooo…saya pulak nak jadi SuperGirl!
Budak C : Saya pulak nak jadi Supermarket..macam-macam adaaaa!!!!!

BIHUN VS MEE

Entah apakah sebabnya si mihun sangat cemburukan mee. Walaupun duduk bersebelahan di Supermarket mahupun kedai runcit, namun mereka tidak pernah bertegur sapa. Malah mihun seringkali mempersendakan mee dihadapan umum…”Dasar si kunig gemuk montel..siapalah malang sukakan dia!”
Suatu hari, seorang pekerja supermarket mengalihkan rak mee ke tempat lain. Ini membuatkan mihun sangat gembira kerana tidak perlu lagi duduk bersama musuh tradisinya.
Tetapi keesokkan harinya, rak baru diletakkan disebelah mihun yang menempatkan spaghetti. Mihun sangat marah dan berteriak, “Hoi Si Kuning Gemukkkk!!!...Jangan fikir kau buat teknik rebonding, aku x kenal kau !!!!”

No comments: