April Fool......"Bodoh ke Tidak Kita"

Besok 1 April 2011...yeah, April Fool..boleh kenakan orang ni..hehe, teringat zaman muda mudi dulu. zaman hingusan katakan. Tapi, bila dah besar panjang..i'm just wonder, April Fool ni sebenarnya apa? Kenapa x de March Fool ke? Januari Fool ke? Sedap sangat ke di padankan April ngan Fool ni?..entah2 nama orang..ye x? Search punya search..terjumpa la satu artikel 
ni...




Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April
 
April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.



Kepada tuan-tuan, puan-puan, pakcik2, makcik2 , adik2, kakak2..dan abg2 sekalian yg bercadang gitu2 nk kenakan membe2 sendiri...x payahlah kot. Dah terang lagikan bersuluh yg sebenarnya perayaan ni di sambut untuk meraikan kejatuhan orang Islam tu sendiri.

Harap2 artikel ni mampu menyedarkan sesapa yg masih kurang kesedaran mengenai April Fool ni. Sekian =)

4 comments:

Nisa' Pasir Gudang said...

bagus tu ..teruskan beri kesedaran. Jangan asyik nak ikutttt je semua benda org rambut blonde tu buat...kan?

Leeza said...

yes..saya sokong and setuju sangat..=p

fendy said...

peringatan yang bagus. :)

Leeza said...

thanks..sama2 lah kita saling memperingati=P