Jodoh berkaitan dengan gelombang frekuensi


Assalammualaikum semua. Rasanya dah lama Lezza x update blog. Baru-baru ni Lezza ada pergi terjah satu blog ni...syurgadidunia.blogspot.com. Kat blog tu ada banyak sangat artikel2 yang bagus untuk kita. Salah satu artikel ada kaitan dengan tajuk title kali ni. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Disitu penulis blog tersebut menerangkan secara panjang lebar secara sains sepertimana yang dikatakan oleh agama kita sendiri. Tapi Lezza akan cuba olah artikel tu dengan lebih padat dan pendek. Sebab penulisan sebenarnya memang panjang lebar dan Lezza kira memang cukup lengkap. To those yang nk baca karya syurgadidunia boleh la klik di link yang Lezza letakkan kat atas ye. 


Masa kita berada di sekolah menengah if not mistaken, kita telah pun didedahkan dengan pelajaran sains bahawa badan kita terdiri daipada trillion sel. Sel2 ni pulak terbina daripada molekul2. Dan secara asasnya semua benda adalah terdiri daripada atom dan apa yang tinggal selepas atom HANYALAH TENAGA. Apa maksudnya disini? Jelas daripada statement tersebut kita (Kamu dan saya) hanyalah tenaga yang dizahirkan. Manakala "fizikal" yang diilusikan cantik oleh pencipta kita, Allah S.W.T hanyalah untuk didunia yang sementara. 

Ok, berbalik kepada tenaga tadi..ianya bolehlah dinamakan "ROH" yang akan hilang apabila kita mati. Tenaga yg dimiliki oleh badan kita itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Sebagai contoh, apa yg kita fikirkan,  kita rasakan,  perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif ini akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita. Yang paling menarik adalah kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. 

Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Thats why sometimes bila kita berjumpa dgn seseorang yg x kenal, even first time jumpa kita dah boleh besembang dan berasa selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama. Ini disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. So, didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Sains juga telahpun membuktikan kewujudan frekuensi ini. Sebagai contoh adalah EEG (Electroencephalograph) pengukur gelombang frekuensi otaki (alat tersebut diletakkan dikulit kepala). Selain itu MEG (Magnetoencephalograph) merupa pengukur gelombang magnetik yang dihasilkan oleh otak. Dari otak juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh baik dari sistem saraf mahupun endokrin (kimia emosi). Salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.


Contoh 1: Perempuan Cantik VS Lelaki Hensem



Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.

Contoh 2: Perempuan Cantik VS Lelaki Alim

Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?



Al-Quran telahpun dibuktikan dengan sains. Siapa kita untuk menidakkan kebenaran. Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja. Tetapi adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja (secara lahiriah)? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Kesimpulannya, eloklah kita semua semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Untuk itu, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk menjadi lebih dari sebelumnya....amin =)




kredit to: 
syurgadidunia.blogspot.com


5 comments:

Illa Aqilah said...

Wahhh banyak jugak tips ni macam orang saya ni..hihi..^_^

Leeza said...

hehe..sama2 la kita renung-renungkan =)

Ieta Mat Saad said...

o, macm tu rupanya...

Leeza said...

Lebih kurang la kot...hehe

Anonymous said...

I read this article completely about the comparison of most recent and preceding technologies, it's remarkable article.

Also visit my web site; Natural Cleanse