Pintu Ke Neraka dijumpai di Gurun Karakum

Meh sini..meh sini. Lezza ada penemuan baru nak share dengan semua pembaca "Lezza De Blog"...Grrrr, sejuknya office ni hari ni, dah nk naik beku. (sorry, dah lari topik pulak). Semua orang tau neraka tu apa kan? Lezza x nak la membebel panjang pasal benda ni. Ye la, banyak benda yang nk kena belajar pasal ilmu agama lagi. Hmmm...Tapi, topik yang Lezza nk cerita adalah "Pintu Ke Neraka" dijumpai di Gurun Karakum yang terletak di Turkmenistan. OMG, seriusly.....rupa-rupanya kat dunia ni pun ada "Pintu Ke Neraka" X percaya?...meh Lezza share gambar. Tengok bawah ni k...


Sekali pandang pic kat atas tu, mungkin ramai di kalangan kita akan menyangkakan gambar ini adalah salah satu adegan daripada filem sains fiksyen. Sila percaya apa yang anda lihat. Gambar kat atas ni x nampak sgt yang lubang tu besar kan. X pa2...kasi tengok pulak pic kat bawah ni.


Gambar kat atas ni menunjukkan yang dua orang dewasa sedang melihat "The Door to Hell". See, betapa besarnya saiz lubang ni. Macam mana lubang ni terjadi? Lubang yang sangat besar yang wujud di tengah2 gurun ini juga bukannya terjadi akibat daripada mana2 peperangan mahupun semulajadi. Kawah ini dibuat oleh  ahli-ahli geologi lebih daripada 40 tahun yang lalu dan api di dalam kawah tersebut telah membakar sejak itu.

Inilah tempat yang dipanggil sebagai Derweze in Turkmenistan ataupun lebih dikenali sebagai "Pintu ke Neraka" oleh penduduk setempat. Cerita yang sebenarnya macam ni. Pada tahun 1971, ahli Ahli geologi Soviet telah menggali lubang  di gurun tersebut dan telah berjaya menemui gas asli yang sangat banyak dikawasan itu. Malangnya, tanah dibawah lubang tersebut runtuh dan meninggalkan "Giant Hole" seluas 70m diameter. 

Ditakuti lubang itu akan menyebabkan pembebasan gas-gas beracun pasukan, ahli geologi tersebut memutuskan untuk membakarnya. Mereka mengharap agar api yang digunakan untuk membakar gas asli akan padam beberapa hari sahaja tetapi gas itu masih terbakar sehingga ke hari ini. Warna api yang seakan keemasan boleh dilihat disekitar daerah itu yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 350 orang.


So, pembaca yang disayangi sekalian. Pertama, "The Door to Hell" adalah nama lubang besar tersebut. Jangan la pulak ada yang percaya lubang tersebut akan membawa korang ke neraka. Kalau waktu siang, cahaya dia x berapa nak nampak sangat. Tapi, kalau malam..memang cantik. Kedua, kejadian ni memang pelik. Why? Sebab pembakaran dia x sudah2 dah nak masuk 40 tahun. Mesti ada something yang relevan untuk para saintis rungkaikan. Memang misteri. Then, x bahaya ke kesan dari pembakaran tu? Ketiga, dengan adanya "The Door to Hell" ni, Turkmenistan mula dikenali dikalangan pelancong. Bagus2...


Eh..korang nak menang hadiah x? Senang je..kepada sesiapa yang ada blog lah ye. Kat bawah ni ada senarai Give Away yang sedang berlangsung. So, cepat2 lah join. Kalau ada rezeki, bolehlah menang hadiah. Syarat2 dia pun x susah =)







7 comments:

Suburbanzero said...

subhanallah...api xpadam2 40 tahun.

Mummy Adriana said...

Dah nampak kebesaran ALLAH disitu :)

Leeza said...

Sama-samalah kita amik iktibar dari kebesaran Allah =)

Sop Nama Saya said...

terima kasih atas info

Sop Nama Saya said...

terima kasih atas info

duniafana said...

ini baru api dunia....dunia yang fana

.:: sya ::. said...

nice info :)