Lisa Surihani bakal amalkan "Diet Dukan"

Hello semua. Opps, assalammualaikum kepada yang beragama Islam and selamat malam kepada yang lainnya. Pagi tadi masa Lezza dok kusyuk drive sambil layan radio ERA.fm (ok, memang kelakar habis JOHARA pagi di ERA) sempat pulak promote kan, tau x apa news yang agak memeranjatkan Lezza. Berita (lebih kurang macam ni la bunyinya)..pelakon terkenal Lisa Surihani akan mengamalkan diet yang diguna pakai oleh Kate Middleton kerana berat badannya telah naik sebanyak 4 kg. 

Sebelum Lezza nk membebel dengan lebih panjang, meh Lezza nk share sikit info pasal Lisa Surihani. 


"Berat sebelum kahwin 46 kilogram dan sekarang telah bertambah kepada 50 kilogram dan saya gembira dengan peningkatan itu kerana berat badan saya dibawah paras ideal sebelum ini," from Lisa Surihani larhh


Daripada pembacaan Lezza daripada beberapa blog, Lisa Surihani gembira sebab berat badannya dah pun meningkat. Tapi alih-alih dengar kat radio ERA tadi, dia berhasrat untuk mengamalkan diet Dukan Diet seperti yang dipraktikkan kebanyakan wanita Perancis dan isteri kepada Putera William iaitu Kate Middleton.


Tapi, kalau tengok gambar terbaru dia (pic atas) memang nampak agak berisi. Orang sedang bahagia katakan =p. Hehe, Patutlah Lezza pelik.... tadi masa Lezza tengok statistik kat Nuffnang, bukan main banyak lagi orang search Dukan Diet kat blog Lezza ni. Sebenarnya Lezza dah lama post pasal Dukan Diet ni. Cuma, mungkin ramai yang x tahu pasal diet ni sebelum ni. Then..jeng jeng, nak tahu ke macam mana sistem diet ni. Uhhh, dah x sabar2 semua ye. Senang je, meh klik SINI.

Lepas ni ramai lah yang akan kurus persis Kate Middleton tu. Apa2 pun semoga berjaya kepada sesiapa yang nk cuba diet ni. Yang penting keazaman kena tinggi and cekalkan hati. Good Luck semua, muah muah =)

4 comments:

Mira Adzlia said...

lps ni kurus la lisa..tp lisa da mmg cantik pun...:)

Leeza said...

kan...tapi nmpak sikit la berisi lepas kawin ni. Terutama kat bahagian kaki =p

cik azLyzah⊙.☉ said...

die mntain cntek gax..

*done follow awak ek^^

Leeza said...

thanks