Kurus dengan "Menari"

Hoho...Lezza dapat lagi satu idea macam mana nk kuruskan badan. Korang nak tahu x idea apa yang Lezza dapat ni? Ha...kat title pun da sebut kan. Jom kita kurus dengan menari. Sedar tak sedar sebenarnya pengaruh k-pop ni dah hampir 5 tahun kat negara kita Lezza. Lezza tahu k-pop ni pun dari kawan2 asrama yang masa tu tengah gila Super Junior. Jadi, rasanya x salah kalau kita adaptasikan pengaruh korea ni dengan exercise untuk kuruskan badan. 



Tambah2 pulak baru lepas bulan Ramadhan, mesti ramai yang berat badan naik. Kan...kan..mengaku je la. Sama la kita..huhu. Antara video2 yang Lezza nk suggestkan kat korang, Lezza rasa, tarian2 ni boleh membantu kita untuk kuruskan badan. Sorry guys, kebanyakkan tarian2 ni lebih sesuai untuk girls. Tapi kalau lelaki nk try pun boleh. Sebab tarian2 ni semua boleh mengeluarkan peluh.

1)  Wonder Girls _ Like this _ Dance Practice

Tarian lagu ini dikatakan boleh membantu menguruskan badan secara keseluruhan. Ini disebabkan, tarian ini akan menggerakkan semua anggota badan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kiranya semua kena shake la ni.  
2)  Mr. Taxi - Girls' Generation - Dance Cover by 'St.319' from Vietnam  
Cover lagu dari kumpulan ST319 ini akan memudahkan korang, terutamanya yang kurang familiar dengan lenggong2 pinggang dan tarian. Kalu Lezza bagi link yang SNSD dance practice lagi susah. Sebab satu group ada 9 orang...payah nk tengok and focus. Jadi Lezza rasa dance cover ini adalah yang terbaik.   
3) Cry Cry - T-Ara (티아라) Dance Cover by St.319 from Vietnam  
Lezza suka gila cover dari group ni. Compare dengan original dari T-Ara, diorang buat lagi gempak and lebih mudah untuk ikut. Tarian dia pun x lah susah sangat.  
4) SNSD Practice Genie dance  
Video terakhir dari SNSD ini lebih focus kepada pinggang dan kaki. So, sangat sesuai untuk korang yang nak kuruskan bahagian2 tersebut. Nak kaki cantik...go for this.   
Ok, macam ni:  
1) Mula-mula korang pilihlah lagu mana yang korang suka and sesuai dengan jiwa korang. Lain daripada yang Lezza listkan pun x pa.
2) Then, buatlah tarian ni sehari lebih kurang 20 minit. Ataupun seminggu 3 kali selama 20 minit setiap kali.
3) Tekad dan bersungguh-sungguh Itu je lah tips yang Lezza boleh sarankan. Jom kita kuruskan badan bersama-sama =) 

7 comments:

Yui Bieyna said...

hehehe... mcm tau2 je Yui nak kruskn bdn yg pnuh ngan "Lemak Tepu" neh !

Leeza said...

ok..jom kurus =)

SouLmatemaS.com said...

hai... tips yang sgt bergune.. :)
sy Mas
SHAKLEE ID 869907
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
http://soulmatemas.blogspot.com/
edmas077@yahool.com
016-6810844

boleh try supplement sihat untuk turunkan berat badan.. tenkiu :))

Zara Eliasak said...

Assalamualaikum lezza , hai !! Anyeong !! Haha mmg bgus pon kan . Sape2 y rse lemak dh berkepuk2 tuu leh laa try .. Skg tgh cubee nk ikot step dari lagu mamacita super junior .. Nak ikot 1 step tu pon kene repeat byk kali .. Tp x bosan , sbb best .. Lantak laa org nk kate terlompat2 pon , jnji keluar peluh tu y pntg .. ;)

Anonymous said...

nice post yah! =)

이만빛 said...

Tapi tak semestinya dengan group wanita sahaja. Saya selalu menari group lelaki dan Berat badan saya sikit pun tak naik

이만빛 said...

Tapi tak semestinya dengan group wanita sahaja. Saya selalu menari group lelaki dan Berat badan saya sikit pun tak naik