Ikan ini hidup lebih lama dari Dinosaur

Sini, sini..Lezza ada informasi yang sangat berguna nk share dengan pembaca semua. Nak tahu ikan apa yang hidup lebih lama dari jangka hayat dinosaur? Ni ha....IKAN GAR. Ataupun sering jugak dipanggil dengan nama  "Alligator Gar" .Dah nama pun alligator, rupa ikan gar ni x ubah macam buaya. Ce tengok pic kat bawah...sama x?


Lezza nk bagitau ni, ikan gar bukanlah ikan todak. Oke....x percaya boleh cari kat google. Melihat pada ikan gar tak ubah macam kita sedang melihat ke masa lalu. Sebahagian besar dari populasi ikan ini tidak berubah sejak tahun 100 juta tahun yang lalu. Mereka ini juga sering dipanggil sebagai fosil hidup. 


Gars terutamanya ikan air tawar ditemui hanya di Amerika Utara, dari Montana ke selatan Quebec ke Costa Rica. Selain itu, banyak jugak fosil2 yang berjaya ditemui di Eropah, Afrika, Asia Selatan, dan Amerika Selatan.


Gars, juga dipanggil sebagai garpikes. Ikan ini mendapat nama mereka dari perkataan Anglo-Saxon yang bermaksud lembing. Badan ikan gar adalah panjang dan berbentuk tiub dengan moncong yang besar. Kulit mereka adalah sangat keras dan berbentuk seperti berlian  yang mewujudkan satu perisai perlindungan kepada mereka. (Sebab tu mereka mampu bertahan dari serangan2 pemangsa)


Mereka kelihatan ganas dan boleh membesar berkali ganda. Beberapa spesies ikan ini mampu mencapai hampir 10 kaki (3 meter) panjang dan berat sehingga 300 paun (136 kilogram). Pemangsa rakus dan cekap ini, Gars mempunyai mulut besar yang penuh dengan gigi, yang sangat tajam seperti jarum. Mereka umumnya adalah ikan lembap tetapi mampu mencapai kelajuan yang tinggi. Mereka biasanya bergerak berhampiran permukaan untuk menunggu ikan yang lebih kecil berenang menghampiri mereka. Apabila mangsa berada berdekatan, mereka akan terus menerkap mangsa tersebut.

Salah satu daripada sebab-sebab yang mereka masih berada sehingga sekarang walaupun hayat melebihi dinasour adalah kerana mereka mempunyai keupayaan untuk membiak walaupun berada di perairan yang deras dan ganas. Mereka mempunyai pundi berenang yang boleh mengisi udara. Mereka akan menggunakan pundi ini untuk bernafas dalam persekitaran oksigen yang rendah. Ikan ini boleh bernafas diatas air dan mempunyai sistem paru2 seakan2 manusia. 

Daging Gar boleh dimakan, tetapi adalah sangat bertulang dan jarang dimakan. Telur Gar adalah sangat toksik kepada manusia ..

2 comments:

budak kecik suatu mase dulu said...

ikan gar ini ade persamaan dengan saya lah, . . . . ganas dan sukar didekati ? sape yg dekat bakal dapat kecederaan, raawrr (mengaum macam ikan gar) . . . . . . rakus dan cekapkah saya? . . . errr, harapnya yelah kot . . . eh bukan, harapnye taklah, . . . . saya dah mule merepek, . . . hahaha :D

Leeza said...

macam2 kamu ni =p