Filem "The Innocence of Muslim" menghina Islam

Assalammualaikum semua, apa khabar? Sihat x? kui kui. Pernah dengar x pasal filem "The Innocence of Muslim"? Ok macam ni, filem ni sudahpun ditayangkan secara online pada 1 Julai yang lalu. Owh...lama la jugak. Lezza pun baru tahu. So, apa yang hot ni? Macam ni, disebabkan filem ni, umat Islam di Malaysia telahpun membuat demostrasi secara aman dibeberapa masjid besar negara ini selepas solat Jumaat tadi. Sebelum ini ramai juga yang membaca artikel Lezza yang bertajuk "Penemuan Kalimah "ALLAH" dalam klip video Oppa Gangnam Style". Sekarang jom sama2 kita tengok pulak apa pulak halnya dengan filem ini yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Film The Innocence of Muslim adalah arahan Sam Bacile seorang yang berbangsa Yahudi Israel. Kandungan filem ini dikatakan bertentangan dengan title filem ini sendiri telah menimbulkan tentangan hebat dikalangan umat islam terutamanya di negara Mesir dan Libya. Apa yang paling best adalah kualiti gambar dan video yang dirakamkan. Why?? Kualiti filem ini dikatakan tak sesuai langsung dengan dana pelaburan untuk filem tersebut. Kalau nk lihat dari segi kualiti, mungkin ramai yang tertanya2 kemana perginya dana sebesar 5 juta dolar yang konon dikeluarkan untuk filem ini. 


Pengarah filem ini juga dikatakan adalah seorang yang misteri. Hal ini kerana dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan Holywood dan tidak pernah terbabit dengan mana2 filem mahupun siri tv. Ada kemungkinan bahwa ia seorang Israel yang tinggal di Amerika seperti yang dikatakan oleh produser film dan para pelakon filem ini. Sam Balice hanyalah nama samaran semata2.



Selain dari itu juga, pekerja belakang tabir filem ini mengaku tak tahu menahu bahawa hasil akhir filem The Innocence of Islam akan jauh berbeza daripada perancangan awal. Sebagai contoh Cindy Lee Garcia, salah satu pelakon dalam filem ini menegaskan bahawa dalam title  awal filem ini adalah berjudul Desert Warriors dan tidak berkisah tentang mana2 agama sekalipun. Tambahan lagi, pada awalnya film ini mengambil setting negara Mesir sekitar 2000 tahun lalu dan tak ada apa perbincangan apa2 pun mengenai Nabi Muhammad saw. ataupun Islam. Staf2 yang terlibat dalam pembikinan filem The Innocence of Islam sendiri sudah membuat pernyataan melalui CNN bahwa mereka sangat kecewa dengan perubahan keseluruhan isi filem oleh Sam Bacile.


Dalam berita yang disiarkan oleh Republika menyebut bahawa Sam Bacile juga mengaku sengaja membuat filem yang berkaitan Nabi Muhammad untuk membela tanah tempat lahirnya. Sam Bacile juga mengaku filem tersebut dibuat untuk menyebar kelemahan Islam keseluruh dunia. Dia juga berkata bahwa filem tersebut merupakan refleksi atas kebenciannya terhadap Islam. 

Secara keseluruhan, film ber-budget rendah ini menggambarkan kehidupan umat Muslim sebagai manusia tak bermoral dan sarat dengan kekerasan. Filem ini juga menggambarkan Nabi Muhammad saw sebagai lelaki hidung belang, pedofilia, dan homoseksual. Aduh..macam2 sekarang ni. Hmmm


5 comments:

Tiada Lagi Disini, . . . . Ber"Hijrah" said...

jadi, para hackers bersiap-sedialah korang untuk menghack filem ni di internet dan melumpuhkan sebarang usaha menyebarkannya secara online, . . . jgn bg filem ni tersebar, gunakan kepakaran korang dalam bidang IT, Hack diorang bg lumpuh, . . .

Anonymous said...

ini filem kerja orang tak berpendidikan dan tak bermoral langsung! tak guna tengok filem ni pun!

Anonymous said...

this is too much... keep spreading the news... he doesnt deserve to keep walking on Gods great earth. thats too much.

Anonymous said...

saya belum tgk lagi cerita yg kafir tu bikin,diorang hina islam dan NABI SAW kita mcmna?

Anonymous said...

sam bacile bukan yahudi israel tp egyptian-born coptic christian