Dato Nicol Ann David menari????

Semangat membuak2 nk post entry ni....Ohoii. Sebelum tu, assalamualaikum semua. Sihat hari ni? Bagus2. Macam yang sedia maklum acara Squash tidak dipertandingkan dalam Olympic London 2012 baru2 ni. Lezza pun baru tau....tu pasal dok tunggu2 jugak emas dari Dato Nicol Ann David. Gagaga, i'm lack of knowledge again. Macam mana nk dapat kalau memang dia tak pi main pun. 


Ok, macam ni. Dari pembacaan Lezza la kan (correct me if i'm wrong ok). Squash ni memang x pernah dipertandingkan lagi dalam mana2 edisi sukan Olympic atas beberapa sebab. Antara sebabnya adalah harga hadiah yang ditawarkan untuk pemain2 Squash. Pada tahun 2005, hadiah sebanyak  $71,000 telah dibelanjakan semasa British Open untuk acara lelaki dan wanita. Manakala, 2005 World Open's telah membelanjakan lebih kurang $270,000. Banyak tu wooihhh. 

Pemain Squash yang pernah memegang title no satu dunia Peter Nicol berpendapat bahawa acara itu mempunyai peluang yang besar untuk dipertandingkan pada edisi Olympic Games 2016 di Rio de Janeiro. Tetapi undian telah dilakukan dan squash tidak tersenarai untuk dipertandingkan kerana pihak OIC telah membuat keputusan untuk membawa masuk acara golf dan rugby seven.

So....apa yang Dato Nicol Ann David ni buat??? Ha, ni la yang best nk cerita ni. Beliau telah pun membuat persembahan dengan menari "Flash Mob" Squash 2020 bersama pemain-pemain skuasy yang lain melakukan  di The Curve, Mutiara Damansara. Nak tengok....Ni ha, kat bawah ni

Boleh jugak tengok kat link sini. Sumber dari Facebook, clear sikit muka Dato Nicol. Klik SINI.

1 comment:

trah zain said...

squash memang patot wat kan? M'sia mesti ada peluang yg besar nk dpt emas..huhu frust la camni, sokong Datuk Nicol!!!