Kurus dengan "Dukan Diet"

Selamat pagi semua. Hohoho. Hari ni Lezza nak cerita mengenai macam mana nak kurus dengan menggunakan "Dukan Diet". "Dukan Diet" ni sebenarnya apa? Ok, meh sini Lezza nak story sikit. Diet ini sebenarnya digunakan sendiri oleh Kate Middleton. Beliau kehilangan banyak berat badan selepas pertunangan dengan Putera William. Diet dan rutin senaman Kate Middleton mendapat banyak publisiti semasa majlis perkahwinan diraja. Berat badan beliau sekarang adalah £ 130 dengan ketinggian 5'10 ". 

Beliau juga kelihatan langsing dan  hebat pada hari perkahwinannya. Oke..macam mana? Rasa semangat x nak tau plan diet Dukan ni macam mana? Dukan diet sebenarnya didesign oleh seorang doktor perancis, Pierre Dukan. Diet ini mempunyai 4 fasa. 




1.Attack Phase (Fasa Serangan): 
Dalam fasa serangan, diet terhad kepada protein sahaja. Walaupun hanya putih telur merupakan protein tulen, daging tanpa lemak, ikan, makanan laut, ayam dan produk tenusu tanpa lemak juga boleh menjadi sumber kepada protein tulen. Protein akan menyebabkan kita berasa kenyang. Korang boleh mengikut diet ini selama 2-7 hari bergantung kepada berapa banyak berat badan yang korang ingin kurangkan. Lagi lama korang berada dalam fasa ini, lagi banyak berat badan akan dikurangkan.
    2.Crucial fasa (Fasa Penting):

    Dalam fasa ini, diet protein semasa fasa satu tadi diselang-selikan dengan sayur-sayuran hijau atau yang siap dimasak. Anda boleh menyelang-selikan kedua-dua jenis makanan ini (korang boleh makan sayur-sayuran seberapa banyak yang korang nak). Ini membantu dalam membakar banyak kalori. Tapi, protein dan sayur-sayuran ini tidak diboleh dicampur dalam satu hidangan. So, Makanlah macam mana yang anda mahu. Pagi makan protein, tengah hari makan sayur ke. Stick pada peringkat ini sehingga mencapai sasaran korang. Dengan kaedah ini,korang akan kehilangan satu paun pada setiap 5 hari. 


    3. Consolidation Phase (Fasa penyatuan): 

    Ini adalah fasa yang menyebabkan badan rasa release. 2 fasa sebelum ini merupakan fasa yang sangat strict tetapi pada fasa ketiga, badan kita tidak akan rasa terlalu tertekan. Dalam fasa ini, anda boleh menambah 2 keping roti dan satu bahagian buah-buahan dan keju ke dalam diet anda. Selain itu anda juga boleh menambah 2 hidangan karbohidrat. Tindak balas berbalik, anda dinasihakan untuk berada dalam fasa ini selama 5 hari bagi setiap 5 pound anda hilang semasa fasa 2. Dengan memudahkan badan anda kembali ke tabiat makan biasa, ia juga membantu menghalang semua berat badan yang hilang daripada kembali.

    4.Permanent Stabilising Phase (Fasa Menstabilkan Tetap):

    Fasa ini adalah di mana bermulanya semula kehidupan normal. Makanlah apa sahaja yang korang inginkan , tetapi hanya mengambil makanan yang sihat. Tetapi, sehari dalam seminggu, korang kena kembali ke fasa pertama tadi (terhad kepada protein).




    Amacam? Dengar macam x susah kan...tapi dengan halangan yang perbagai datang daripada persekitaran, korang kenalah tekad. Ingat!! 

    Usaha itu adalah tangga kejayaan. Peace








    4 comments:

    biela bell said...

    wah.. tips ringkas nie.. apa2 pun kena kawal pemakanan :)

    Leeza said...

    ya betulll

    Anonymous said...

    Very awesome blog !! I couldnt have wrote this any better than you if I tried super hard hehe!! I like your style too!! it's very unique & refreshing…

    Cik Yaya said...

    ow..bru taw..cmni diet dier..
    boleh amalkan ni.. thnks share ^,^