Valentine's Day Halal?

Hari ni 13 Febuari, so apa pentingnya 13 Februari ni. So far x de kepentingan cuma apa yang Lezza boleh cakap,  kemungkinan 13 Februari adalah antara paling sibuk untuk membuat persiapan. Hah, tak kan korang tak ingat kot...13 Februari adalah sehari sebelum 14 Februari. X tahu lagi...Ececeh thumbs up sesiapa yang x pernah tahu ada apa pada tarikh 14 Februari. Kemungkinan korang ni dilahirkan untuk menjadi single macam saya. **tetiba pulak kan. Whats up, whats up this is Valentine Day yo. Baru teringat...baru teringat, cepat pegi mall beli something untuk si "Dia". X pun cepat2 buat card untuk wish semperna Hari Kekasih ni. Sighh....Chopppp, sebelum korang buat semua benda lagha ni Lezza nak share satu artikel yang mungkin boleh memberi input berguna kepada kita sebagai seorang Muslim. Once again, Muslim ya..peace =p



Entah di mana silapnya, masih ada remaja Islam yang menunggu-nunggu kedatangan 14 Februari setiap tahun untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day. Walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa perayaan sedemikian haram (sorry ter'bold") disambut oleh umat Islam. Majoriti tokoh agama menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Jom Lezza bawak korang melayari sejarah.... 

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine. 

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. 

Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian. Tapi masyarakat kini lebih suka untuk menganggap hari valentine adalah hari memperingati kekasih berdasarkan pendapat yang ke tiga tu. Ye idak??

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ‘sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam. Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain. Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ok, fine..maybe lepas baca artikel ni sure ada lagi yang ragu2 dengan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM kan (dasatnya korang, oppps). Nah, lezza ada surprise lagi nk bagi bagi kat korang. Layan video ni pulak....khas untuk korang. Peace, selamat beramal yo




p/s: artikel ni dikeluarkan semata2 untuk memberi peringatan kepada pembaca dan diri sendiri




10 comments:

ChaCha said...

xkose mak nok nk sambut.hahahha :P

say NO to VDay.

Ratu Lissa said...

entry yg sgt berguna (: umat islam x sedar diri tu muslim je sambut V'day nie

Detective Fiqa said...

betuull VD adalah HARAM !
nice yaa :)

myownblog/belalang said...

say no 2 valentine...=)

ZouL said...

jangan sambutt! Haramm tuu hehe..

Entri baru : Gambar - Hari Kekasih Datang Lagi

Leeza said...

haram means haram...full stop

jangan pulak ada pihak yang memutarbelitkan fatwa untuk menghalalkan benda tu

kasihsayang said...

menarik . thank kongsi .

Leeza said...

sesama..ilmu kena sebar2 kan =)

Fuzz@ said...

ntah knp masih ade yg x fhm bhsa ttg ni..dah terang2 ckp haram..x fhm jugak..nk sgt ker ade hari kekasih??haha

Leeza said...

@Fuzz@
tu lah..macam x da hari lain je nk berkasih-kasihan kan..nk jugak 14/2
nak jgk..