Kau

Ini adalah entry melekat selama 2 minggu. Hadiah utama kepada pemenang contest "Aku nk Bagi Miss Lyzeer Sentap" Korang boleh pergi ke blog Aimie terus dengan Clik disini Lezza pilih entry ini sebab lezza rasa entry ni menunjukkan keberanian seorang gadis untuk meluahkan isi hatinya walaupn bukan dengan cara berterus-terang. Lezza harap Aimie akan berjaya nanti..Hehe, Good Luck =)

 
Aku pasang lagu. Tibatiba. Aku suka lagu ni. Aku teringat dekat kau. Aku tahu kau takkan faham kenapa dan mengapa aku boleh rindu dekat kau. Benda remeh. (taknak dengar lagu, pause cepat!)Kau ego gila. Betul tak? Mungkin aku salah tafsir diri kau. Aku minta maaf. Tapi aku bagitahu apa yang aku rasa.

Dulu kita rapat. Aku ingat lagi macam mana mulanya perkenalan kita. Masanya ketika kita sama sama terpilih untuk wakil sekolah dalam pertandingan melukis. Kita ada bakat yang sama. Hati aku kata kita ada link. Eceh! Sebab aku fikir kita sama. Kau dari kelas sains dan tukar aliran sastera sebab minat seni. Sama dengan aku. Banyak samanya. Tapi aku tak fikir lebih. Jangan perasan.

Hubungan kita berterusan walaupun pertandingan tu dah berakhir. Kau kalah,tapi tak nak mengaku. Aku pun sama. Kfine. Kita mula chatt dekat Fb semua. Dan kau mula berani cerita tentang masalah kau dengan makwe kau dulu. Kau tanya pendapat aku tentang hubungan kau itu dan ini. Kau mengadu. Walau hakikatnya aku tak dapat nak tolong sebab aku tak pernah bercinta. Tapi aku berusaha nak tolong kau. Kenapa? Aku tak pasti.

Hubungan kawan kita berterusan lagi, sampai kau habis SPM. Itulah yang terakhir. Sebelum SPM, kau mintak aku doakan kau. Aku doakan semua, bukan kau sorang. Kau minta aku pinjamkan kau buku buku rujukan aku dan buku text. Aku bagi. Lepas kau dah selesai semua Ujian kau. Kau macam lupa aku. Kau terlalu sibuk Fizi.



 Kau bakal cikgu. Stylo gila. Lepasni gerenti anak murid semua tak belajar, tapi angau kat kau. haha

Ramai orang kata kau macam Nubhan then Aku pulak macam Yuna. Eceh! Suka hati je.

Mungkin dalam entry ni aku tak cerita kebaikan kau selama kita kenal. Aku minta maaf lagi sekali.Ohya, aku jugak curi gambar kau. Berdosa nya aku. Maafkan aku bila kau dah baca nanti.





Selepas result SPM kau keluar. Aku tunggu berita gembira dari kau. Walau aku tau, kau dapat 6A3B. Aku bangga sangat untuk kau. Kau dah bakar semangat aku. Kau buat Aku nak lebih dari kau. Tapi kau lansung tak text aku, message aku, call aku semua. Sampai aku memaksa diri aku untuk mulakan text malam tu walaupun aku tahu aku akan menjadi macam perigi cari timba. Tapi aku tak kisah. Kenapa? Ntah. Aku tak pasti lagi. Lepastu kau terus hilang dan hilang dan hilang..

Semenjak tu kau dah jarang text aku. Kalau tak handphone sony ericsson aku mesti ada je message dari kau, misscal semualah. Aku terasa. Bukan apa, aku cuma rasa kehilangan. Kenapa mesti? Ahhh tolong, aku tak tahu !

Aku sibuk nak study lah, SPM tak lama lagi dah kau tahu? Aku penat nak belajar bila teringat dekat kau. Bila masuk kelas seni, mesti aku ingat kau. Kenapa hah! Kau bomohkan aku ke? Aku taknak perasaan apa apa please!

Kau memang buat aku sakit hati dekat kau. Kau sengaja kan?
Kau pun dah rapat balik dengan makwe lama kau. Aku tahu, walaupun dia pernah remove kau dan aku dari List Friend Fb dia dulu. Maaf, aku tak cemburu. Aku gembira sangat hubungan korang dah ok. Tapi... ntah!

Kau jangan risau sebab aku takkan lupakan kau. Betul aku sedih. Betul aku rindu kau. Aku rindu kau kata aku lawaa.. hihi stop! Pernah ke? Ohya kau hensome dalam gambar kat atas tu. Dah dah dah. Aku tahu mesti nanti ada mulut yang kata kata pasal aku sebab buat entry pasal kau Fizi. Kau kan ramai peminat dekat sekolah tu.

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. sumber dari mediaserius.com

Blog aku ni pulak ramai budak sekolah yang jadi stalker. Ingat aku tak tahu leteww? Menyampah aku . Sekian, Assalamualaikum.

p/s: Sorry Aimi, Lezza x masukkan lagu. X reti sebab link dia dh hilang...hehe, nanti kalau Lezza dh pandai, Lezza masukkan ye. Peace

6 comments:

soooooour said...

cinta remaja sekolah.....lalalalalala...

Leeza said...

hehe

Jay Joseph ^^ said...

amboih...cinta meraban naa...huhu...
blogwalking sini...liza peace no war!
hehe
jum jenjalan...

Leeza said...

@Jay Joseph ^^
we just support each other =)

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

alamak, malu kot... kenapa mesti entry yang ini sebenrnya? haha

Leeza said...

ok what..hehe =) Lezza suka