Hidup Si Kosong

Lamanya x berupdate...sejak kebelakangan ni macam tersangat x de idea untuk tulis entry. Ok, miss tau yang korang mesti bosan bila baca entry blogger lain kalu dia tulis ayat nyampah cam miss tadi kan "xda idea nk updatelah, busy dengan kelas la, dan lain yang sama maksud dengannya".


Kalu tengok kat title entry ni, "Hidup Si Kosong". Mean?? Bosan2 ni, So jom kita bincang pasal "HIDUP". Selalu kita dengar perkataan ni kan, tapi korang faham ke maksudnya? Apa tujuan korang hidup kat atas muka bumi ni?? Mengejar cita2 dan impian? Menjadi manusia terkaya di dunia? Mendapat isteri terseksi dan tercantik or dapat husband yang paling awesome cam abang Aaron kita (Auu)..haha. Miss tau..miss tau, sebagai seorang blogger mestilah korang nk blog korang jd femes cam Hanis Zulaikha, Ben Ashaari or Fatin Liyana yang ada beribu riban follower kan. Ekekeke, just joking..jangan simpan lam ati pulak.

Kalau nk fikir2 balik...kita belajar, kita dapat kerja, disamping tu dh jadi cam blogger2 yang femes tu, kahwin, dapat anak..bela anak sampai besar, pastu kita tua..then? Mana kesudahan kita? Siapa nk tolong jawab..cepat angkat tangan. peace....X nak cakap banyak, miss pun kurang sgt ilmu didada. Marilah sesama kita hayati keindahan ayat2 dibawah ni


Dihiaskan(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Aali-Imran: 14)

**Kebanyakkan kita memang termasuk dalam golong yang Allah sebut tu, taksub sangat dengan duniawi **


" Tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah supaya manusia menjadi abdi kepadaNya, dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Oleh itu, seseorang yang dipandang oleh Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya.

Selain itu, Allah juga menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Dalam ayat ini, ternyata Allah telah memberikan manusia suatu kedudukan yang tinggi dengan memilih manusia sebagai khalifah, jawatan yang tidak diterima oleh makhluk lain. Namun jawatan penting ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sebagai pangkat atau kedudukan yang perlu dibangga-banggakan.

Allah menyatakan bahawa manusia beroleh keuntungan (di dunia dan akhirat) dengan melaksanakan tugasan tersebut. Pelaksanaan suruhan amar ma’ruf dan nahi mungkar hanya dapat dilaksanakan dengan efektif dengan adanya kuasa. Kekuasaan yang ada pada manusia ini perlu disalurkan dengan cara yang betul dan adil. "



Nota kaki tangan: Kalaulah bukan menjadi hamba abdi dan khalifah kepada-Nya, memang kita ni x de matlamat dan tujuan nk hidup di bumi Allah ni. So, sesamalah kita renungi dan muhasabah diri...peace

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

hidup perlu ada matlamat....;-)

**sama la...konon bz jrg2 hupdate blog..malas..ehheh

miss lyzeer said...

yup setuju 200%