Kuiz Cantik





Cantik adalah sesuatu yang bersifat terlalu subjektif kerana mata orang yang melihat...mempunyai penilaian yang berbeza-beza. Ada yang kata kulit gelap itu cantik dan kulit cerah itu tidak cantik. Selain itu ada yang mengatakan orang yang berisi lebih comel daripada orang kurus. Mana yang tepat? Terpulanglah kepada individu yang menilainya. Cantik bagi korang pulak macam mana ye?? Nak tahu, korang ni dalam kategori cantik yang macam mana??? Jom jawab kuiz ni...






1. Ciri-ciri yang kamu miliki ada pada diri kamu....

a)     Sedikit berisi, kulit sawo matang dan punya lesung pipit
b) Bentuk badan ideal tetapi sedikit rendah, berkulit gelap, rambut panjang dan hidung yang mancung
c)     Kurus dan tinggi, berambut pendek serta kulit putih







2. Kamu pergi ke sebuah restoran dengan teman-teman bagi meraikan hari jadi salah seorang teman kamu. Setiba disana terdapat sekumpulan lelaki. Reaksi lelaki-lelaki tersebut apabila kamu dan teman-teman kamu melintas

a)   Mereka terus berbual seperti tidak nampak apa-apa tetapi kamu rasa    mereka cuba untuk memandang
b) Ada yang memandang tetapi matanya tidak tertumpu pada kamu seorang sebaliknya turut memandang yang lain
c)     Ada yang cuba mengukir senyuman terhadap kamu



3. Di kolej ataupun tempat kediaman kerja, kamu merupakan

a)    Seorang yang merendah diri dan pendiam sehinggakan ada yang tidak perasan dengan kehadiran kamu
b) Biasa-biasa sahaja. Kamu punya teman yang suka bersosial dan sekali-sekala pergi membeli-belah, menonton wayang dan berkaraoke.
c)  Ramai teman malah kemana sahaja kamu pergi, ada sahaja yang mengenali dan kamu juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.







4. Teman lelaki kamu seorang yang

a)    Ringkas, baik hati serta tidak memandang paras rupa malah mencintai kau seadanya
b) Agresif, suka bercampur dengan ramai orang, peramah dan suka melihat kamu cantik
c)      Sangat cerewet, pemilih dan sedikit ego!








5. Bagi kamu cantik itu adalah..

a)     Luar dan dalam serta bukan daripada fizikal seseorang
b)  Punya pakej yang lengkap iaitu cantik daripada hatinya dan juga cantik jugalah daripada rupanya
c)  Penampilan yang menarik dan rupa yang menawan kerana itu perkara pertama orang akan lihat







Amacam..Dah jawab 5 soalan mudah kat atas?..Cuba tengok balik jawapan korang tu, then..


Sekiranya jawapan kamu banyak a

Minta maaf, kamu sebenarnya punya banyak kekurangan. Bukan kamu tidak cantik, malah kamu turut mempunyai aura serta kelebihan sendiri. Namun kerana fikiran kamu yang kurang terbuka malah lebih suka menyendiri daripada bercampur dengan orang menyebabkan aura serta kelebihan diri kamu tidak menyerlah dan dilihat kurang menarik. Perbaiki penampilan diri dan ubah minda kamu untuk lebih terbuka agar kamu juga mampu menjadi secantik orang lain. Sekiranya perlu berdiet maka berdietlah untuk menguruskan badan. Andai perlu bersolek, maka lapiskanlah sedikit solekan di wajah setiap hari setiap kali kamu keluar agar orang yang melihat akan lebih tertawan.



Sekiranya jawapan kamu banyak b

Kamu bijak membawa diri, malah kamu tidaklah punya rupa yang menarik pun kerana sikap serta pembawaan kamu yang menarik membuatkan kamu nampak begitu istimewa. Biarpun mungkin kamu tidaklah ratu kolej ataupun pejabat tetapi kamu merupakan di antara orang yang sering menjadi perhatian. Silap-silap hari bulan orang yang cantik pun tidak dilihat ketika melintas sebaliknya kamu pula yang menjadi tumpuan. Namun andai kamu memperbaiki lagi penampilan diri, percayalah kamu akan lebih menimbulkan lagi aura kecantikan kamu dan tidak berkeliplah mata si dia untuk memandang.



Sekiranya jawapan kamu banyak c

Kamu memang cantik semula jadi serta punya pakej yang lengkap. Tidak hairanlah mana sahaja kamu pergi, ada sahaja mata yang terpikat dengan kejelitaan kamu. Bukan itu sahaja, kamu jugak seorang yang sangat trendy dan up to date. Setiap pakaian yang dikenakan sentiasa mengikut zaman dan yang paling penting sentiasa berjenama. Walaubagaimana pun, jangan fikir cantik sahaja sudah mencukupi, dalaman kamu juga harus ditambah agar aura kecantikan kamu terus bersinar





Sumber dari majalah remaja..peace =)

2 comments:

Myza Sam said...

:) HAHA . besh la kuiz ni :D

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

Nur Aischa said...

a'ah oh haha best kuiz ni ;D