Income mendadak dari rumah

**Sila baca sampai habis untuk kebaikan bersama**

Percaya? Income kita boleh naik dengan hanya buat kerja sampingan dari rumah. Memang boleh, tp tgklah kerja yang macam mana kan. Siapa x nak kaya wa cakap lu.. Kelebihan kerja sampingan yang Lezza bakal dedahkan




  • Ini bukan pakej "MLM" (multi level marketing). 
  • X payah susah nak kena cari orang untuk jadi downline kita.
  • Kena pulak buat meeting tengah2 malam..konon2nya perjumpaan ramai2. 
  • X payah jugak kena sign up ke sign in ke..
  • Modal pun x kena keluar beb. 
  • Buat hanya bila ada masa
  • Yang paling best, ikut masa kita..bukan masa orang
  • X perlu mengadap laptop 24 jam sampai bengkak lubang idung
  • Bukan pesaing nuffnang or churp2, jgn risau



So..macam mana? Rasa nak tahu x apa kerja tu? Betul ke x perlukan modal? Ya, x perlukan modal RM, tapi modal lain memang kena ada la. X kan nak duit jatuh dari langit tapi kita syok je goyang kaki depan tv kan. 

Mana ada orang buat business tapi x keluar modal, entah2 Lezza ni Mak Ayam ke apa? Kalu korang terfikir benda2 macam gitu, better korang clearkankan korang punya negative thinking dulu.

Sebab kerja ni kurang sesuai untuk orang yang asyik merungut je lebih..tp habuk pun x de. Kepada sesiapa yang masih mempunyai kekuatan untuk membaca entry ni..tahniah diucapkan sebab Lezza akan dedahkan satu cara untuk menarik rezeki. Bukti?? Mestilah ada..tapi Lezza akan bagi tahu di akhir entry ni. Lepas tu terpulang kepada korang, nak join or x.... Bak kata orang, buat kerja sikit tp rezeki melimpah2....berbaloi-baloi..hehe.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


"Dhuha" 


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : 

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."



Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)



Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)




Paling miss suka adalah doa solat sunat Dhuha yang terlalu indah..



Maksudnya:
 
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Apa yang Lezza nk tekankan kat sini adalah rezeki. Pengertian rezeki terlalu luas. Kesihatan, pelajaran, kebahagiaan, wang ringgit, keluarga, akademik dan macam2 lagi lah. So, apa bukti solat sunat dhuha ni akan membuka pintu rezeki kita? Pertama mestilah ia dah pun termaktub dalam Al-Quran dan yang kedua Lezza dah pun amalkan benda ni sejak tingkatan 3 lagi. Alhamdullilah, walaupun Lezza x kaya raya..Lezza x jadi Billionaire pun sekarang lagi. Tapi , macam yang Lezza cakap tadi..pengertian rezeki tu terlalu luas.. X percaya? Apa kata korang cuba dulu..lepas tu kita share2 ;)




Berminat? cara2nya..

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya:

صَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali



سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ 
عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


Baca doa ini selesai solat


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


~Selamat Maju jaya Lezza ucapkan~

8 comments:

-Incek Fik- said...

Serius suka dengan entry ni, semoga kita mengamalkan apa yang kita pelajari selama ini. InsyaAllah! ^^

miss lyzeer said...

hehe..thanks =)

wasabi.senpai said...

bila sekilas pandang, rasa macam malas nak bace benda macam ni.tape terdetik nak tekan.*teet*


wow!sangat osem kak =]

wasabi.senpai said...

bila sekilas pandang, rasa macam malas nak bace benda macam ni.tape terdetik nak tekan.*teet*


wow!sangat osem kak =]

A-Chik said...

info berguna..selama ni aku x pernah amalkan sunat dhuha..thanks.

miss lyzeer said...

semoga dapat memberi manfaat bersama =)

yayath said...

thanks for the info..dulu duduk asrama ada jugak buat solat dhuha nih..sekarang da jarang.

miss lyzeer said...

sama lah kita..dulu buat ramai2 kat asrama, sekrang memang bergantung pada inisiatif sendiri je...=(