Sinetron bakal diberhentikan??

Assalammualaikum dan salam Ramadhan semua. Sinetron bakal diberhentikan penyiaran di Malaysia?? x de ribut..x de hujan. OMG, gigil jari kaki, jari tangan semua. Nak duduk pun dah tak tenang.

Mana x nya...Dalam kita sedar atau pun x, sebenarnya demam sinetron dah pun masuk tahun ke-5 melanda Malaysia (correct me if i'm wrong =p). Ingat x lagi macam mana fenomena ni terjadi? Cuba korang imbau balik sinetron yang benar2 membuka mata rakyat Malaysia tentang karya daripada seberang ni. Kalau korang tanya Lezza balik, Lezza masih ingat sinetron "Bawang Merah Bawang Putih". Cerita ni ditayangkan masa Lezza sekolah tingkatan lagi (wahh, dah lama rupanya)



Cerita BMBP ni menonjolkan banyak unsur saspen dalam setiap episod. Sampai kita pun rasa berdebar2 apa kesudahan cerita dia kan. Next, cerita "Mutiara hati" yang menampilkan Mas Aji dan anaknya Nabila sebagai tunjang utama juga x kurang hebat. Sampai ada 2 musim lagi, "Mutiara hati" dan "Mutiara Hati 2" *Lezza x jumpa pulak gambar dia. Suka lagu dia yang bersifat islamik, Bukan tu je, demam sinetron ni berlarutan sampai la satu sinetron ke satu sinetron yang lain..


Miss x berapa tahu perkembangan "Aqso dan Madina". Tapi x salah, cerita ni  telah pun diulang2 siarannya 2-3 kali. Mak Lezza memang x pernah ketinggalan tengok cerita ni tau. Tanya je apa2 semua dia tau. =p .Setiap sinetron yang dipaparkan juga mempunyai 100-200 episod. Cerita "sembilu" arahan Yusof Haslam pun lebih kurang macam gini jugak episod dia =p. Banyak tu, lebih kurang satu tahun setengah la nak habiskan satu cerita.. Korang tau apa yang lebih memikat hati penonton di Malaysia untuk terus duduk kat depan kaca Tv dan menunggu siaran Sinetron ni? hah..Sudah tentulah para pelakon yang cukup ganteng dan cantik. Kui2


Like cerita "Cinta dan Anugerah" ni, ada banyak tunjang utama yang semuanya memiliki pakej hampir sempurna. Miss suka tengok Nabila yang  cantik dan berpesonaliti lemah lembut. X kenal?.. Perempuan yang berada kat tengah2 antara 3 cewek kat atas..Hehe. korang? mesti  ada yang suka sama Avian, Aira atau pun Mini kan. Nama Asyraf Sinclair dalam cerita tu, Lezza dah lupa. =p


Tapi apa yang menyedihkan, kekadang ending cerita-cerita sangat menyakitkan hati. Maybe pengarah akan cakap yang dia nk penonton ni berfikir macam mana pengakhiran cerita ni. Tapi agak2 lah kan..dah tengok sampai 200 episod, suruh aku pulak yang fikir ending dia. Contoh cam cerita "Sejuta Cinta Marshanda". Kepada sesiapa yang pernah layan, Lezza layan loncat2 ja perasan x ending? Sampai mati Lezza ingat dialog yang Marshanda lafazkan

"Masih ada Stella diantara kita"

Hok oloh, cam gitu je panamatnya..aku pun boleh buat cerita cam tu *ni Lezza cakap dalam hati jela. Gitu2 pun korang2 dan Lezza sendiri still nk tengok lagi. Maybe sinetron "Cinta Fitri" ramai yang x tahu sebab ditayangkan pada waktu tengah hari. Lezza boleh tertidur tengok cerita ni sebab heroin dia cakap lembap cam nak mati je bunyinya..*Mak jangan marah, akak ngantuk..pegi tido lagi baik..hehe


Tapi, puts ur hands up. Sapa yang x tau cerita "Nikita". Uihh, semua pakat senyum blako eh..teringat Nikita yang super cute plus ngan watak tambahan Dr April. Ye idak?  Cerita ni tengah hot kat TV sekarang, sesiapa yang belum tengok, korang boleh la tengok sambil dok masak untuk berbuka ye. eh, aku pulak yang promote


So, lepas baca entry yang panjang ni., ada orang baca ke.Korang rasa boleh ke sinetron akan diberhentikan penyiarannya di Malaysia? Mungkin boleh, tapi akan mengambil 5-10 tahun lagi. Teringat cerita hindustan panggung sabtu, wajib tengok. Tiap2 hari sabtu mesti ada cerita Hindustan..tapi sekarang ni kadang ada kadang x. Sebab? musim dia dah habis. Macam sinetron ni..walaupun dah 5 tahun, orang kita still nk tengok, tengok dan tengok lagi. Sekarang, without subtitle pun dah boleh faham apa yang diorang cakap =p





9 comments:

Fz27 said...

cerita yang terlalu panjang membuatkan ANA tertidur 18 kali hehe masa tgk..

~Sya~ said...

skrg tak layan sinetron..byk tak logik..penat nk fikir...hehhe

Mohammed Faizal said...

haha...bagus btol la...aku memang tak penah tengok cite endon ni...sebab aku jarang tengok tb ni

yatie Awang said...

kakak suka tengok gak, tapi astro punya, kalau tv lain, tak sebab banyak iklan dari cerita, sekarang tengah layan sinetron cinta bertasbih

miss lyzeer said...

Fz27 : kan, panjang sangat, kekadang tu saja je tunggu episod seratus++ sebab nk tau terus ending dia =P

~Sya~ : Itulah..byk yang x logik contoh can bwang merah bawang putih. jalan cerita pun lebih kurang sama =)

miss lyzeer said...

Mohammed Faizal : kalau ada kuliah memang x sempatnye tengok..harap balik kg je, tumpang2 mak tengok..hihi

yatie Awang: kekadng tu iklan 5 minute, cerita baru 3 minute. Adik miss yg kecik pun perasan pasal benda ni. Cinta bertasbih? wahh, ruimah miss x de astro =p

Dunia Cik Maia said...

bagus jugak diberhentikan.. macam tak berkembang je otak tengok sinetron.. jalan serita same jew kekadang lau kite kaji citer tu betul-2.
komfem pasal harta mesti adela, org kaya tak suka orang miskin. kekadang dah muak. cukup-2 la yang ada kat astro len, lau dok kat selatan johor plak lagi terus dapat channel indon. RCTI len, SCTV nye len.. Saya dah nek bosan tengok sinetron yang terlalu panjang. tapi lau ye pown nak ade jugak cukup jela satu stesen tv, lau tv3 dah ade tv9 tak payah laa..hehe peace ^_^V =)

miss lyzeer said...

itulah..jalan cerita sama je. mesti org kaya suka org miskin. kalu yg jadi heroin ke hero ke..mesti suci gila lah wataknya..hehe

Putera Nazran said...

lama x tngok mutiara hati,, huhu