Iqram Dinzly kena jual

Haaa? Biar betik Iqram pelakon yang tengah top tu kena jual dengan kumpulan kongsi gelap. Hurmm, sedih, tapi itu kenyataannya...wahh gitu

Ok selepas habis je slot drama Dewa Cinta...Iqram Dinzly sekali lagi akan menghiasi akasia dengan drama yang berjudul "Kasih Alia". Actually Miss dah terlepas 2-3 episod yang awal sebab sibuk buat persiapan berbuka. Tapi, minggu ni x miss lagi. Drama ni memang ditunggu2 sebab ada Fida. Hehe, kenal Fida ibrahim, ala pelakon yang cam muka siti nurhaliza tu. Dengar cite dia ni cousin Siti..entahlah. Tapi minat dia sebab dia ni comel sangat and berbakat. OST drama ni jugak dinyanyikan oleh Fida tau. First time dengar cam suara dia..dok godek2 kat pakcik google..Haaa, memang sah fida yang nyanyi. Sedap gak  suara dia.. Ushhaa sikit


Kisah Alia ni kisah kekeluargaan. Banyak onak dan duri yang terpaksa ditempuhi oleh keluarga dia. Diterbitkan oleh JS Pictures mengisahkan dendam yang membara sehingga mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak.
 
Kasih(Fida) telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia. Qabil  (Iqram) pula telah dijual kepada sindiket jual beli organ dalaman. Alia telah menganggap bahawa Qabil telah mati manakala syariff (ayah diorang ) x putus2 berusaha untuk mencari...Macam tu la lebih kurang permulaan ceritanya.

Drama ni menampilkan pelakon baru dan lama seperti:
Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia),
Sheila Rusly (Yuhanis),
Iqram Dinzly (Qabil),
dan ramai lagi..

Bila tengi pic ni..macam, ala sweetnya Fida ngan Iqram..hehe
Jom la tengok ramai-ramai..di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3!





7 comments:

Gee said...

suka ngn fida...(^_^) comel

moneymakergroup said...

layan gak cerita kasih alia ni sebelum waktu berbuka puasa

Safee Sali Dirisik Kelab Jerman

tiqa ramlan said...

cerita nih sangat best ! :)

saya dewi said...

suka sukaa. selalu tengok sebelum berbuka :D
fida comel iqram dinzly pula handsome bangat meyh *pitam* :P


btw selamat berbuka dear! ^^

miss lyzeer said...

kan..fida comel sgt
to dewi..hehe, pitam ye. Belum tgk aaron aziz lagi

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...

tgk pun sekerat2 jer. xfolo sgt...

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

miss lyzeer said...

selamat berpuasa jugak blade